Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, March 19, 2013

Resepi | Macaroni Bakar

Assalamualaikum..

Dari sehari ke sehari nak kongsi resepi kat sini. Sajer nak share jer.. Aku ni takder si pro tukang masak sebab tu kalo berjaya buat benda benda simple macam ni.. alahaiii..teruja ai.. Nak jer share cepat cepat kat blog.

Sebelum aku buat benda ni macam macam resepi aku jumpa. So secara tak rasminya aku buat kesimpulan sendiri. Lain orang lain citarasanya. So pepandai kita menambah mengurang apa saja bahan yang kita rasa perlu and sedap. Ada satu resepi siap taruk rempah kari bagai. Atas plak letak sos mayonis. Setengah orang plak letak daun bawang sumer. Macam macam pesen.


Aku punya resepi pun ada sedikit kelainan. Ekceli dah 2 kali aku buat macaroni bakar . First time cuba hari tu sebijik aku tiru resepi. Tapi kurang mampat melekat sebab mungkin aku taruk telur sebijik jer. Sebab aku takut hanyir. Kali ni aku ikut resepi sama cuma bezanya aku aku taru seafood skali. Aku taruk kupang, udang, sotong..sukahati makhincik jer. Practice make perfect kan?

So untuk resepi macaroni bakar versi cikanie.. Bahan yang wajib ada macam bahan kat bawah :


Telor aku masih nak taruk sebijik jer. Takut hanyir.
Perencah Spageti
Cheddar/ Mozarela Chese
Butter utk tumis..
Bawang Putih ngan Bawang Holand jangan dilupa

Selain tu :


Kupang..Udang sotong (takder dalam pic) malas nak ambik sebab tengah rendam dalam sinki
Ayam kisar pun taruk gak..hehehe
Susu full krim sepatutnya..aku hantam susu segar jer.

Bahan asas plak jangan di lupa.. macaroni la.. takper nak yang pesen mana.. tiub basikal ker, kerang ker, berpintal ker... prefer san remo tiub basikal tu la. Rebus jer dulu empuk2.


Pastu tumis bawang tu semua guna butter..taruk ayam, seafood tadi....masak tu semua taruk sos sapegeti bolognaise , masak tu taruk la full cream tadi. Masuk cheese sket..kacau lagi. Dah elok sumer masuk macaroni.... jangan lupa taruk oregano sesudu kecik tu jer.


Lepas masuk macaroni tutup api then masukkan telur tadi. Kacau sebati taruk dalam bekas aluminium..tabur chese kat atas then bakar.


Bakar dalam suhu 180darjah selama 20-30 minit. Sampailah jadi rupa macam kat bawah ni.


Settle... sedap tak?.. sedap kan?... kekeke...ekceli masa nak potong aku tgk macaroni bakar aku ni terburai jugak. tak melekat..pehal plak... check punya check rupanya heater kat aven telah dipulas letak kat OFF... so camner nak masaknya.. Tak lain tak bukan laksamana aku 2 orang tu la punya kerja. Tangan tak reti diam seminit..ada jer nak godeknya.. Terpaksalah acik bakar sekali lagi... saborrrr jer la.

Paham ke idok resepi kat atas tadi.. Kalo dah paham apa lagi.. jom la try.

Sekian Wassalam.

3 comments:

Sue Saari said...

Sesekali tkr selera western ye dop??sedakk nmpknya bleh try ni... ;)

Ietams said...

uii sedap gilos tu!
buleh la cuba resepi ni nanti

aCik Anie said...

nana- boleh cuba kasi Ammar makan..
Ieta- cuba ...senang ajo.. campok campok pun sodap ehhhh..