Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, October 2, 2012

Cerita Sabtu Lepas

Assalamualaikum...

Cerita Sabtu yang penuh dengan warna warni. Tak sangka dalam keriangan di malam Sabtu tu... pagi Ahad dapat berita yang menyedihkan. Ekceli nak bercerita pagi ni pun ambik mood dari semalam lagi... tapi tak lepas lepas jugak. Akhirnya siap jugak entry pasal ni pagi ni.

Pagi sabtu tu aku ke rumah Ila, Slayang sana nun. Macam biasa la.. Kalo ke sana aku mintak Ajeed yang hantarkan pagi tu pastu malam nanti dah habis kerja dia ambik aku balik. Ekceli kesian gak ngan dia sebab nak kena hantar dan ambik balik..yer la..Kajang Selayang bukan dekat woiii..dengan jalan jem lagi..Lagi satu tempat kerja dia kan kat tengah tengah jadi route dia Sabtu hari tu lebih kurang gini la  Kajang - Slayang - Salak South - Selayang - Kajang. Itu sebabla kalo aku ajak ke Slayang mesti stress giler muka dia.. tambah plak ngan jalan jam. Aduiiii bebel jer la sepanjang nak ke Slayang tu. Bebel bebel dia pun sampai jugak. hihi. Tu sebab la kalo aku request suruh dia hantar sana mesti dia moody moody ala manja gitu. Nasib baik nak jugak dia hantar  sebab apa tau.... aku speku dia nak lepak lama lama kat rumah mak dia Ahad besoknya tu... sebab dah plan Ahad pagi balik rumah mak dia plak.... :)

Jangkaan aku tepat.. Ahad tu kul 9 baru sampai rumah.. memang kaw kaw dia berhepian kat rumah mak dia.

sedap giler cheese cake oreo yellokitchen ni...siyessss.. mewah ngan buah buah segar plak kat atas...

Sambung balik cerita Sabtu lepas. Ila suruh datang sebab dia cadang nak beli kek sambut bufday Aqil. Bufday Aqil nya 22 Sept hari tu. Kira dah lepas la. Sooooo dah alang alang beli kek cantik katanya apa salahnya jemput si Hafiy n Hadif skali. Walhak kek jer semata. Pastu dia buat agar agar roti yang tak berapa nak menjadi. Ok la khennn ... pestime buat sebab katanya makan yang aku kirim hari tu sedappppp...

Macam yang di jangka la diorang berempat...pantang jumpa... seminit tak reti duk dendiam.. Ya Allah...aku perati dari start jumpa sampaila ke tengah malam kitorang nak balik... seminit pun tak stop main. Pening Ya Rabbi. Choppp.. lupa.. diorang senyap kejap masa Aqil nak potong kek. Masa ni masing masing claim kek tu diorang punya. Paling ketara Hadif. Sebab lokasi yang dia pilih betul betul depan kek tu.
Dah la claim kek tu dia punya, boleh plak dia pandang kat bufday boy tu macam pelik sangat  sangat ngan Aqil sebab over acting kat depan kek dia...kononnnnn...

Alhamdulillah....tenang sekejap rumah Ila bila masing masing khusyuk makan cheese kek nih. Memang kek tu betul betul sedap... Budak apa lagi kalo cheese  ni. Memang kegemaran diorang la. Tapi yang licin dulu buah kat atas tu. Sekejap jer aku tengok kek tu dah togel. Dah takder rupa kek. Masing masing kutip buah anggur , kiwi n strawberry kat atas tu.
Lepas makan diorang kembali mengganas... jumpa gunting kat mana ntah. Habis satu bijik buku di gunting..Pastu paling best siap boleh tampal kat dinding rumah lagi. Feeling kreatif artistik la sesangat. Lantak la korang .. janji perut masing masing kenyang. Malam tu rumah adik aku berubah suasana.... dari sebuah kondo mewah hehehe kepada tongkang yang pecah di landa ombak tsunami...
Dah agak agak tengah malam... masing masing dah kehabisan minyak...So baring baring la plak.. tapi tetap ganazzzz....Buktinya ...tgk perempuan kat depan tu...
Dan di masa ini jugak adik ipar si Ila yang kena admit kat Hospital Selayang bertarung dengan maut..Sebab dalam kul 2-30 pagi pihak hospital telefon laki dia cakap yang adik ipar dia dah takder. Meninggal. Dia pergi dengan tenang mengadap Penciptanya. Masa ni takder saper yang teman dia kat spital. Sebab doctor cakap dia dah beransur pulih sehari sebelum tu. Rupanya dia sihat sebab nak menyedapkan hati orang orang sekeliling dia.

Aku gerak balik ke Kajang dalam kul 12am.. Kul 1 gitu baru sampai rumah. Masa Ajeed datang nak ambik aku tu dia terserempak ngan laki Ila. Katanya dia nak ke Hospital tengok adik dia. Ntah kenapa dia tak terus pergi sana. Melencong ke tempat lain dulu rupanya. Pukul 2-30 tu terkejut la dia bila pihak hospital cakap yang adik dia dah takde. Innalillahhiwaiinnailaihirajiun.Sedihnyaaa... sebab arwah ni bukan macam kit tau.. dia anak istimewa. Jadi sah sah dosa pun takder. Sebab tu tuhan ambik dia dengan cara yang mudah. Tak menyusahkan saper-saper.

Sesaper yang baca entry ini sudilah kiranya korang sedekatkan Al Fatihah untuk arwah adik ipar Ila ni. Moga dia tenang di sana dan di tempatkan di kalangan golongan yang terpilih.

Al Fatihah..
Amin...
Wassalam...


No comments: