Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, September 26, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum..

Walopun agak terlambat, tak kira.. nak jugak cakap Selamat Pengatin Baru ni
Ekceli raya hari tu 2 orang sepupu aku selamat sudah menjadi suami orang. Ucapan buat mereke berdua

Selamat Melayari Hidup Berumah Tangga

Semoga menjadi ketua rumahtangga yang berjaya merangkap nahkoda kapal yag terbaik untuk anak anak kapal. Hidup rumah tangga penuh dengan asam garam. Setakat gaduh kecik kecik tu abaikan jer la. Takyah nak berpanjangan sampai ke malam. Takat sejam 2 jer tu consider ok lagila. Malah perlu..Wajibulgunnah……

Mizi Dan Isteri..(Na)



Sorry la kalo nasi dagang hari tu tak berjaya memenuhi selera korang. Almaklumla pestime buat nasi dagang.

Dan.................................. Buat,

Zam @ Abe Ngoh ngan Isteri..



Sory datang hari tu makan kuih raya jer.. Kak Ani nak masak korang tak kasi. Bukan apa lain kali lom tentu lagi korang sampai Kajang ni. Sekali stahun tu pun kira ok la. Yer la bukan dekat Johor ngan Selangor ni Tapi takperla, kalo ada rezeki jumpa lagi sudi sudikan menjamu perut korang kat sini. Allaaa setakat nasi ngan petai jeruk plus telur cicah budu , apala sangat.. yo dop?.

Lastly buat korang berdua…
Semoga Berbahagia Hingga Ke akhir hayat… Amin…

No comments: