Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, July 22, 2011

Ke Red Wok la kita.

Assalamualaikum..

Petang baru datang idea nak bercerita. Ekceli pepagi lagi aku dah berkobar kobar nak updatenya.. aderla modal sket nak bercerita pasal ANNISA malam tadi.. Empp hampeh…. Tak dapekkk.

Saper adetengok Episod akhir ANNISA malam tadi. Touching giler.. Aku siap nangis sedu sedan lagi. Hafiy naik heran tengok aku tersedu sedan. Itupun sebab line clear. Kebetulan Ajeed kuar jumpa geng malam tadi.. Apa lagi… penuh perasaan la aku layan ANNISA. Nak nak plak si Balqis tu mati.. Aduhhhh….. Tapi yang paling kesiannya Anna la. Dahla mati laki, kawan baik pun mati gak… lagi kesian bila dapat tahu yang dia kena tipu ngan kawan baik dia sendiri. Sedih..sedih.. Kena plak ngan lagu tema Seribu Kesalan tu… bertambah tambah la kesedihan aku yang tukang tengok kat luar nih.

**********************************************************************************
OK .. pasal ANNISA dah habis masuk plak kisah AN ANIE plak. Malam tadi hajat nak gi pasar malam nak makan nasi kerabu tak kesampaian lagi. Dah la minggu lepas tak kesampaian sebab Ajeed masak sendiri nasik ayam... konon alasannya nak pegi beli nasik ayam.. dia plak yang terlebih rajin nak masak. Layan ajer lah.

Nanti kita singgah pasar malam erkk…
Tak payah la.. kita makan kat Red Wok jer..




Ermmmm..okkkk…. Sanggup tahan napsu nak makan nasi kerabu sebab Ajeed kata dia nak blanja makan kat Red Wok. Ingat nak makan steambot..nak tryyy la.. sedap ker idak. Tengok ramai jer customernya setiap kali lalu lalang situ. Sekali , datang sana perut macam mintak nasi plak… So aku pun order la NASI GORENG TOMYAM…



Ermmm bolehla.. tapi yang buat tak berapa sedap…Nasi dia dah sejuk. Kalo panas panas agaknya sedap gak kot.. Tapi sebab lapar tak tertahan. Sumbat gak la.. Sejuk pun sejuk la.



Pastu untuk basahkan tekak aku ni aku oder air limau kasturi asam boi… perghhhh kawww giler limau dia. Pastu asam boi tu dia siap blend lagi…bertambah tambah kaw la..Masam manis masin…. Korang bayang camner rasa….



Untuk budak 2 beradik aku oder fillet ikan tabur mayonis jer.. Nasik rasanya tak tertelan kot diorang. Sebab diorang ni nak main jer lebih. Itu pun 2-3 ketul jer masuk mulut. Diorang tak berapa gemar kot.. Sudahnya aku ngan Ajeed yang tukang habis. Haadif plak balik pekena ikan taucu malam tadi punya. Hafiy plak dduk balun hirup sup sayur asin babah dia.



Sup ni boleh tahan gak la.. sebab macam macam ader.. kenyang la… Kami 4 beranak memang tak habis pun nak clearkan satu mangkuk besar.



Ajeed plak oder nasik putih.. pastu sup sayur tadi..then dia oder sepinggan asparagus masak daging kicap.. ok jugak..sedappp… Pastu telur dadar yang superb…gamaknya 3 bijik kot. Tapi aku terlupa nak snap air Ajeed n telur dadar tu. Ajeed oder air stoberi.

So total sumer 55 henggit… berbaloi la kot.. sebab kami sefamily konyang tak terhingga.

Hadif macam dah berisi sket kan?…



ke mata aku yang rosak. Budak berdua ni mula mula sampai jer behave, lama lama perut dah kenyang masing masing buat hal.. satu restoran tu diorang tawaf…



Anak saper la ni… malu weyyy…

No comments: