Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Saturday, November 13, 2010

Sarapan Pagi



Pagi Ahad kami cuba bangun seawal mungkin. Yer la mau kemas.. kan kul 12 mau check out. Lepas settle sumer kami turun ke lobi hotel. Mau makan pagi. Sengaja turun awal, kalo lewat jawabnya licin la makanan kat situ.


Macam yang dijangka.. menunya adalah sangat biasa. Biasala buffet kan. Nasik Lemak lauk kari ayam, ader bubur nasi sket, pastu ader roti bakar sket, makanan ala-ala mat saleh sket, pastu untuk bebudak ada Honeystar.. ader koko krunch. Macam biasa pilihan kami yang biasa-biasa ajer.. Nasik Lemak. Ermmmm tak berapa nak menepati citarasa ku sangat. Ok jer la. Janji dapat mengalas perut jer. Untuk budak berdua ni aku suap bubur.. bertambah-tambah ko. Tak sangka plak ia menepati citarasa Hafiy and Hadif.

Lepas jer makan kitorang jalan-jalan tepi laut jap. Ambik angin pagi sebelum baik. Tengok orang mai bola tampar. Geng Family day tu la. Banyak sangat aktiviti diorang.



Aku sangka semalam jer diorang serbu kolam. Pagi ni pun sama. Penuh dengan geng dia jer. Lepas jemu jalan-jalan kat sekitar hotel terus naik bilik. Ajeed macam biasa la. Sambung tido. Tapi aku tak dapatnya. Berperangla dengan askar 2 orang ni. Sementara nunggu nak checkout. Dalam kul 11-30 baru kitorang kosongkan bilik hotel tu.


No comments: