Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, November 17, 2010

Mangsa Serangan

Aku dah tak boleh nak kata apa dah….



Asal jer kuarkan laptop .. benda pertama yang menjadi pilihan ada lah mouse…. Tarik-tarik ….terus ketuk ketuk, Inilah pesen Hadif…Dan pesen abangnya plak lagi ganazzzz…. Tariikkkk..pastu cungkil setiap mak nenek butang yang ader kat dalam tu. Akhinya 2-2 jahanam. Dulu right klik boleh lagi…. Left klik jer jahanam..tpi sekarang 2-2 dah tak boleh pakai. Apa boleh buat.. budak baru nak kenal dunia.. Sumer benda dia nak kaji. Naper kuar warna merah, naper bunyi bila tekan..tet..tet, naper boleh gerak bila tekan tengah-tengah gitu..right?



Dan hal ini telah disokong seratur peratus oleh si ayahnya sendiri. Bila aku larang jer..

Takpe la.. nanti rosak beli lain.. biar la dia nak main..

Seeeeee….. sket lagi kalo dia pukul-pukul hendak-hentak keybord dengan toys dia…

Takper la… nanti beli lain jugak kerrrr?….

Hadif pun cukup suka dengan laptop.. makin dilarang makin kuat dia ketuk.. Adui..jahanam jugak la laptop tu. Hafiy takder sangat..dulu-dulu masa kecik yer..suka ketuk ketuk.. sekarang dah cerdik sikit..dia tahu benda tu boleh jahanam kalo ketuk gitu..Cuma satu jer tabiat dia la.. Suka langgar modem..secara tak sengaja.. Kan benda tu terjuntai gitu jer. Patah jugak la sket lagi. Pastu satu lagi sula korek mouse… ntah naper.. dia ingat mainan dia kot..

Macam macam kan imaginasi diaorang…… suka explore macam-macam..elok jugak untuk perkembangan mental diorang.

No comments: