Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Sunday, November 28, 2010

Hadif termakan CILI

Malam 2 hari lepas kejadian ini berlaku…

Sebab tak nak bagi si sulung nangis aku izinkan dia godek godek cicah buah mangga tadi. Ader la cili burung tu 2 biji. Aku siap potong-potong kecik. Adiknya plak, tangan dia memang cepat tangkas dan pantas… Apalagi jatuh la ke lantai… Yang Si Hadif ni plak sempat capai sepantas kilat cili padi yang jatuh ke lantai tadi. Terus tangan masuk mulut…. Apalagi meraaung raung la… bukan sepotong..tapi 2 potong masih dalam mulut..



Aku berjaya korek 1 potong jer.. Satu lagi aku sendiri pun tak nampak kat dalam mulut dia.. Sampai la dia kuarkan sendiri sambil terjerit jerit kepedasan.. kesian tengok dia.. Berpeluh-peluh.. muka merah merah.. pastu nampak macam dia tak dapat bernafas… macam oarang lelah gitu. Risau tahap gaban dah aku.. Panik pun ader…..


Dah berkali-kali baca ayat nabi Ibrahim tu…. Hembus kat dalam mulut. Nasib baik lepas 20 minit dia dah berenti nangis. Sampai tertido dalam tangisan.. Kesian Hadif. Macam-macam kena kat dia… Budak tengah lasak kan.. Tapi siyes bebbb..dia punya tangisan malam tu memang cukup buat aku panik. Tak pernah sebelum ni aku tengok dia menangis macam tu.. Lain macam sket tangisan dia…. Cucuk pun tak sekuat ni dia nangis..

Kesian sungguhhhhh kat budak kecik ni…..

No comments: