Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, June 30, 2014

Resepi | Pengat Pisang

Assalamualaikum..

Buat pengat pisang berpuluh kali dah. Boleh lupa nak tulis resepi kat sini.
Pisang nangka jer bagi aku yang sedap dibuat pengat. Sebab apa tau..sebab dia rasa masam masam kena plak dengan lemak santan tu. Sedapppp.. Tambah plak sagu mata ikan dalam 2 sudu..Tak nak banyak sagu tu. Nanti menganggu konsentarasi mengunyah pengat pisang. Sekali skala tergigit tu yang rasa best tu. Kalo suap pisang masuk sagu tak best plak kan.

Jenuh duk mongorek balik pic pic lama kot ada terselit pis pengat pisang sesat. Tapi takder sudahnya aku ambik kat google jer la. Tq pakcik google yang sentiasa tidak pernah mengecewakan. Tengok gambar dia fuhhh....rasa nak balik carik pisang jam ni jgk. Tapi susah la nak carik pisang. Berangan dari hari tu lagi nak makan. Tapi susah nak cari pisang yang boleh dibuat pengat.

Bahan bahan:

Pisang Nangka/ Awak/ Kebatu
Santan 1 bijik kelapa
Gula Melaka
Gula
Garam sket
Daun Pandan
Sagu mata ikan 2 sudu teh

Cara nya senang jer. Kalo boleh pisang tu rendam air kapur dulu. Takderla lembik sangat bila dah masuk periuk nanti. Rendam la dalam 5 min.

Masuk santan dalam periuk..Masuk gula, garam. gula melaka..daun pandan.
Mengeleggak tu masuk la pisang..
Pisang agak nak masak...masuk sagu yang direndam air tadi..
Kacau kacau kejap.. Masak..
Rasa tu agak agak la...
Masuk la sket sket dulu..Rasa balik..tak cukup tambah..kurang takper boleh tambah. Terlebih manis camne..nak tambah air hilang la lemak santan tu.

Ermm...dapnya..

Wassalam.

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Awal awal puasa dah dapat "cuti". Sempat berterawih 1 malam jer la. Takpe..kita cari pahala sunat yang lain. Sebab kalau tak ambik peluang untuk mengumpul pahala dalam bulan ni. Memang rugi sesangat. Bulan mengumpul pahala. Ya Ramadan Al Karem.

Datang ofis pagi ni plak bukak pintu..Ya Allah .. semerbakk bau tikus mati. Mana la dia membusuk ni. Seminggu lepas memang akak cleaner ada bagi racun. Aduii..tak tahan bau dia wey. Nak nak perut kosong. Mau keluar bintang kepala gue.******#$%@. Pengsann...Wangi sangat.

Hari Ke-2 ramadhan ape cer?. Semalam aku kemain excited lagi . Maklumla cuti kan?.Siap 2 jenis kuih lagi. Hambik.. Hari ni mintak ampun la suami. Tak sempat nak bersilat kat dapur. Makan jerla kuih semalam. Memang sengaja buat lebih pun. Dah tau sangat bila masuk hari berkerja jer memang tak sempat la. Lauk plak ikut ada jer la. Tapi syukur la. Atleast ada jugak makanan yang boleh di makan. Alhamdulillah.

Untuk hari hari yang seterusnya cukuplah dengan apa yang ada. Bazar pun malas nak pergi. Sesakk.. Semalam lalu Bazar Ramadhan sambil ambik angin petang sementara tunggu waktu berbuka. Saja nak survery suasana tahun ni macam mana. Masya Allah..tak boleh tak boleh.. Ketat..padat..semak..nak makan apa buat jerla.. aku rela.

Misi tahun ni taknak membazir. Masak hanya cukup untuk berbuka dan sahur. In shaa Allah..:)
Harap boleh...hihi.

Wassalam..

Thursday, June 26, 2014

Rindu ..

Assalamualaikum..

Rindunya nak cium pipi baby
Rindunya nak cium perut baby
Rindunya nak pakaikan baby bedak
Rindunya nak barutkan perut baby
Rindunya nak cuci pusat baby
Rindunya nak mandikan baby..
Rindunya nak main dengan baby

rindu...rindu...rindu..

Takpela..mungkin ada sebab tuhan blom bagi baby kat aku..
Sesuatu yang terjadi itu tiada yang sia-sia.. Semuanya bersebab.


Syukur dengan apa yang ada sekarang ni.

Wassalam

Wednesday, June 25, 2014

Resepi | Onde Onde a.k.a Kekoh Chaa

Assalamualaikum..

Mood rajin masuk dapur sekarang ni. Resepi berderet la. hihi
Tekak nak makan macam macam. Pantang tengok kawan aku buat. Mula la menggeletik nak buat. Walhal ada benda yang tak pernah hayat buat tu tetapi dek kerana napsu makan yang sedang menbuak buak ni. Gagah jugakla pegi kedai beli barang tu barang ni.

Onde onde ni bahan dia sama jer dengan nak buat Puteri mandi tu. Tu sebab senang jer nak buatnya. Bahan yang lebih buat Puteri mandi hari tu aku guna balik. Cuma beli kelapa jer la.
Bahan Bahan:

Tepung Pulut 2 cawan
Air
Kapur sket
Pewarna
Gula Melaka
Kelapa Parut
Garam sket

Macam biasa la..Uli doh tu pakai air yang dah di bancuh kapur and pewarna skali.
Masuk sket sket..Jangan sekali masuk..Buat ker terlebih lembik camner.. Kalo keras boleh tambah lagi..keras lagi tambah laggi. Gitu la. Sampailah dapat doh yang sempurna. Keras tak keras sangat, lembik pun tak lembik sangat. Sedang sedang elok gitu.

Jangan lupa awal awal lagi rebus air seperiuk. Senang..cepa sket mengelagak. Sambil gentel sambil campak dalam air mendidih. Cepat la boleh makan. Jangan nipis sangat..nanti bocor. Keluar gula melaka tadi. Sket pun ok.Janji boleh tutup gula melakan tadi dengan sempurna. Manis sangat buat apa. Bila dah masak tu angkat la..Sejat la kejap..kasi air turun ..

Ambik kelapa tadi..gaul ngan garam sket. Tal rasa garam tak sedap. Pastu campak la onde onde yang dah masak tadi. Golek golek sket kasi kena dengan kelapa parut tadi. Lupa nak bagitau. Nak tau onde oonde tadi dah masak ke belum cuba tengok dia timbul ke tak. Dah timbul tu boleh la cepat cepat angkat.

Aku ni rajin ada time jer. Time angin malas takyah cerita la. Tengok ni la.. Tengah elok mengenggel rasa penat plak.. lambat jer nak sidah sebijik sebijik. Sudahnya aku gebtel buat Puteri mandi jer. Cepat.. Gentel picit...kentel picit. Tapi siap jugaklah sepinggan onde onde tu dalam malas mala..belennya habis aku buat puteri mandi. hihi..

ok..sekian wassalam

i-BR1M | Must Read

Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.  

 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.  


Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut  


Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?



 

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?



Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:


Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.


Bilakah tuntutan akan dibayar? 

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

 _____________________________________________________________________________________


OK.. dah clear pasal i-Brim kan..Sekarang baca plak pengalaman aku sendiri dalam membuat tuntutan I-Brim ni. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada untuk dijadikan sumber rujukan pada mereka yang tak tahu apa apa pasal I-brim ni

13 March 2014
Arwah ayah takde. Alfatihah.. Sedih plak bila tengok document kematian arwah. Sayang ayah..Moga ayah berbahagian di sana. Amin. Rindu ayah sangat sangat. :(

19 March 2014
Dalam masa seminggu tuntutan dibuat kat Takaful Ikhlas cawangan Kota Bharu. memang kat sini jer kalo bagi mereka yang tinggal di Kelantan. Alamat dia kat bawah ni.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Lot 331 & 332, Jalan Sultan Yahya Petra,
Wakaf Siku, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 1-300 8 (TAKAFUL) 825 2385
Tel    : 09.743 9362/744 7277
Faks  : 09.748 6864 

Dokument yang perlu di bawak macam dalam kotak kat atas tadi la. So dah settle isi borang semua kitorang pun balik la. Orang Takaful tu cakap kami submit jer borang ni. Dapat tak dapat refer kat HQ la. Maknanya KL la.
Pastu dia cakap lagi pihak takaful akan email atau mesej kalo dapat. Aku pun tunggu la sampai laaaaa ni.. sampai tarikh semalam. Punya la ikut law yang diorang suruh. Yer la kita nak duit dia..tunggu jer. Ada rezeki adalah, Bukan pesen aku terhegeh hegeh tebal muka nak tanya itu ini kat diorang semata mata nakkan RM1000 tu.

24 June 2014

Cuba kira berapa lama tempoh masa .3 bulan lebih kan. Katanya dalam masa sebulan dia akan masukkan dalam akaun si waris. Ni dah 3 bulan. So aku pun call la HQ. semalam. Nak tanya status tuntutan la. Naper pending lama bebenor. HQ cakap dia takder terima apa apa tuntutan. Aku pun call branch dia yang kat Kota Bharu tadi. Tapi diaorang cakap dah email benda tu. Mana satu yang betul. Ok takper. Aku suruh staff Takaful KB tu foward jer email yang dia dah submit 19 March hari tu. Memang sah diorang dah email la. Apa cer?.

Persoalan sekarang.
Kenapa HQ cakap belum terima. So aku cakap takper nanti aku submit balik borang hari tu skali lagi.
Bila dah submit dia cakap plak.

Penama yang ditanggung jer boleh tuntut. Hari tu aku taruk nama adik aku yang lain.Penama yang ditanggung tu maknanya nama yang arwah ayah aku buat masa register Brim hari tu.
So guana gamak sekarang ni. Nak kena isi sekali lagi ker?

Huh..(panas..panas)
Tapi sape sape yang nak cari borang iBrim ni boleh print dari sini

Wassalam