Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, November 11, 2011

301011 Yang Lalu

Assalamualaikum..

Salam buat sumer readers…
Macam kekok plak nak bercerita kat sini. Takperla..kalo ader tersalah silap ker ayat macam terpelik ker..paham paham lah yo.


Hujung bulan lepas Hadif genap 2 tahun. Sempatlah beli kek sebijik buat lepas gian dia nak tiup lilin. Tapi yang sadisnya bila di suruh tiup lilin dua menangis plak. Dalam keter bukan main menggeletis nak tiup.



Kali ni malas nak bagi jajan hantar kek bagai kat taska. Kalo Hafiy dulu siap pulut kuning lawan ngan rendang pastu bungkus plak dalam daun pisang . Almaklum la..anak sulung kan..excited mesti terlebih. Tapi walopun aku tak dapat buat sumer tu dekat si Hadif itu tak bermakna kasih sayang pun dibeza beza…yer dop.. sumer sama.. sayang sama sayang.. marah pun sama sama marah.



Harapan untuk Hadif cuma satu jer.. Jadilah insan yang selalu memberi manfaat kepada orang lain… Amin.



Ibu Sayang Hadif...

Wednesday, November 9, 2011

Pengubat Buat Sang Perindu

Assalamualaikum…

Salam peluk cium buat semua pembaca blog ini.
Setelah berabad lama menyepi diri..alhamdulillah terpanggil kembali ke sini untuk berkongsi segala kisah . Hanya diruangan yang satu inilah segala rentetan kisah hidupku sebagai blogger bermula.

Dan hari ini aku kembali menitip segala cerita yang mungkin menjadi pengubat bagi sang perindu diluar sana … Cewahhh,… Chop.. sebelum tu aku nak Tanya.. ada ker yang merindu….

SILA SENGETKAN HIDUNG ANDA…

Ntah naper..geli geletik plak tangan aku nak hapdate blog..
Amacam raya?.. OK?..BEST?.. PENAT?…Bagi aku plak apa yang pasti penat balik kampung hari tu lom hilang lagi. Kain dah meninbun meratap ratap mintak di lipat. Tapi aku buat derkkk jer.. Malas ya amat.. Bapak segala malas. Sejak balik dari kampung hari tu masak pun blom.. lipat kain pun blom.. kemas rumah pun blom.. semuanya blom..blom…blom.. Adakah sebab makan daging banyak sangat?… peningggggg.. kalo yer memang sah ada darah tinggi la tu.

Kebetulan balik hari tu adik aku ada buat korban.. sooo apa lagi ya beda bedu la.. boleh makan daging fresh giler.. Sampai tertumbang kat atas katil. Dalam bilik.hehe

10 Zulhijjah hari tu, Semetara menunggu lembu ditumbangkan sempat posing dulu buat sekeping dua.. buat tatapan dihari muka.. Aku macam biasala..makeup malas… so muka pun ala-ala jer…

 
Hafiy pakai seluar koyak

Pada mereka yang merindui putera-putera ku….Hafiy dan hadif, diorang pun dah semakin besar.. Alhamdulillah…Hadif dah masuk 2 tahun hujung October lepas.. Hafiy plak bulan 2 ni 4 tahun… Sooo takder apa apa perubahan besar dalam hidup kami sekeluargala.. Cuma tuan blog ni jer la..yang semakin membesar. Dari sehari ke sehari. Masa balik kampung hari tu ada terserempak ngan kawan lama… wellll..terkejutla…Mau tak terkejut kalu dari saiz S terus tingggg bertukar ke saiz L. Dagu plak siap jadik kuih lapis dayang salhah.



Itu jerla kot cerita terkini tentang tuan blog ni… Takper… tunggu masa free sket lagi untuk aku kembali menggila update blog.. sekarang ni tengah membela lemak lemak tepu.. Mana tahu boleh tukar jadi emas 916.. Emas mahal weyyy….

 Wassalam...

Monday, October 10, 2011

Wajib Jaga Tepi Kain Jiran

Assalamualaikum...

Kalo macam situasi semalam la aku rasa kita memang wajib jaga tepi kain jiran kita. Itu pun tengok pada situasi. Kalo situasi yang tak berapa nak sopan, segan sket kot. Nanti tak pasal pasal kena tuduh gila kuasa nak jadi ustazah.

Ekceli citer semalam macam ni..

Semalam hari lepak lepak sefamily.. aktiviti lepak lepan guling guling golek golek mcm dugung golek depan tv tu biasa la. Kata cuti kan.. so aktiviti relex tu 80% la.. 20% lagi aktiviti masak memasak. Sampai dah jemu makan cekodok.. asal Ahad jer goreng cekodok.. Hafiy pun dah pandai demand..

Ibu ni tak abih abih buat ni...

Terkejut aku.. terbantut aktiviti goreng menggoreng cekodok bila di sapa oleh sekerinting itu.... Amboiiii demand nya ko nak.... Abih ko nak requst apa plak lepas ni.. makaroni cheese bakar ke?.. Itu tunggu babah beli oven dulu. Baru boleh citer bab bakar membakar. Buat masa ni hadap la cekodok pisang dulu yer.

Macam mana nak habis pisang tu kalo setiap kali balik mesti Ajeed bawak balik 2 tandan kecik pisang lemak manis tu... Rezeki.. takkan nak tolak.

Ok berbalik citer jiran tadi.

Semalam tengah ralit basuh keter.. Ajeed asyik duk menggoyoh rim .. bangun bangun jer terus terpacul kelibat lelaki india dalam umah jiran sebelah. Blom masuk umah lagi.. baru jer bolos pagar luar. Biasanya akak sebelah tu tutup pagar besar jer, pagar kecik memang sentiasa tak berkunci..(agak aku la)

Ajeed : Hahh.. nak apa ni?
L India : Mintak derma...(sambil nak kluar pagar balik)
Ajeed : Ramaila orang macam ko sekarang ni...


Tapi Ajeed tengok takder apa resit pun kat tangan dia. Lelaki tu plak terus keluar tanpa banyak cakap. So apa yang boleh aku simpulkan la... kalo takder gangguan dari jiran sebelah ni rasanya rumah akak tu dah kena masuk kot.

Selang beberapa minit lepas tu akak tu kuar. Rupanya anak dia pun perasaan yang ada orang masuk pagar umah dia. Ajeed pun melayan akak tu borak kejap. Rupanya beberapa minggu lepas umah selang 3 bijik dari umah aku kena samun. Orang tu tinggal sorang jer. Katanya dah nak pindah tempat lain... Takut kot kejadian sama berulang lagi. Yer la wolopun lelaki.. kecut perut jugak kalo kena serang hendap cenggini.

So... aku rasa tindakan jiran yang kepochi sebegini sikit sebanyak membantu kot. Yer la, malang kan tak berbau.. kalo ader bau senang kita hidu...

yer dop?

Singgah Jenguk Blog Kejap

Assalamualaikum..

Terasa rindu plak kat blog ni. Rasa macam lama sangat dah tak membebel kat blog. Dah alang alang sign in... post jer la barang 1 2 entry.

Rasa macam ketinggalan plak bila baca citer citer menarik dari blogger lain . Yer la ..banyak jer idea diorang. Aku plak dah mula merasa ke"give up"an dalam berblog.

Maafkan aku blog ku sayang kerana biarkan rumahmu ini berusang bersawang..tunggu nak naik anai-anai jer. Aku pun tak pasti masih ada lagikah insan yang sudi menbaca bebelan usangku ini.

Lately ni banyak sangat masalah problem yang melanda yang tak dapat nak share ngan readers kat sini. Ikut hati nak jer aku luahkan apa yang terbuku kat blog usang ni. Tapi tak boleh. Ader hati yang perlu aku jaga. Dan segala permasalahan itu biarlah ia kekal di sini kerana sampai masa pastinya ia kan berlalu pergi dengan sendiri. Di sinilah faktor kesabaran amat amat diperlukan.

Yer la.. mana ader manusia yang takder masalah.
So apa apa hal pun kuntumkan senyuman dibibirmu cikanie..walau hatimu sedang bergundah...

Adiossss.....
Wassalam............

Saturday, October 1, 2011

Bestnya Lepak Di Pankin

Assalamualaikum

Apa yang best kat kampung? Lepak lepak sambil gossip gossip kat tangga rumah kan?.. Nak nak diwaktu petang. Ada plak air batu lawan plak cekodok labu.. Fuhhh… syurgaa…



Sementara tunggu mak aku kutip doyan kami lepak kat pankin umah makcik aku. Sempat lagi SI Hadif ni tidor. Kat umah sendiri panas sangat. Bahang lagi. Nasib baik ada tempat untuk kami melarikan diri dari kepanasan.



Kalo korang nak tahu rumah makcik aku ni kat dalam dusun doyan mak aku. Kalo doyan tu gugur diorang yang tahu dulu tau. So kalo musim doyan, rambutan ke, kat sini lah tempat kitorang melepak sambil menikmati buah doyan fresh. Orang kata tangkai tu pun masih panas lagi. Tapi biasala kalo makan buah fresh, nak kopek dia susah ya amat. Tapi makan , puas hati..tip top punya la.



Masa kitorang balik hari tu buah doyan dah ujung ujung ranting. Halus mulus dah.. Tu pun berebut tau dengan Si Tupai. Tupai dah koreh separuh, kitorang plak yang makan separuh. Apa boleh buat.. dah balik lambat sangat. Tapi takper la.. at least merasa jugakla makan doyan fresh walopun tak berapa nak puas hati sangat.

Tahun depan kan ada lagi.. nanti aku nak ambik cuti 2 minggu. Reasonnya balik makan doyan.. OK?.. Nanti apa plak reaksi boss aku nanti… hehe..(jahat kan?)