Assalamualaikum..
Ambik mood nak menulis.. maklumla mood cuti balik kampung masih menebal. Biasanya ambik masa 2 minggu baru ok..hehe.
Balik kampung dari UTARA SELATAN BARAT TIMUR semua makan jem kan. Memang mencabar betul perjalanan balik kampung ambik masa 16-19 jam. Fuhh,,nak nak bawak baby, seminggu sakit urat kalo kena batang hidung sendiri. Nasib baik i ni jenis bijak merancang perjalanan ok..huhu :)
Malam jumaat dan sabtu memang time kemuncak jem kot. Sebab ahad pagi kitorang gerak balik macam takder keter sangat. Lagipun kita ikut Simpang Pulai-Cameron Highland-Lojing-Gua Musang. Memang takder jem lansung.
Perjalanan yang sangat tenang, keter takder..bukan takder langsung, sekali skala jumpa la dua tiga bijik. View yang sangat menarik, kabus tebal cuaca sejuk...angin ..masya allah, indah sungguh alam ciptaan tuhan. Banyak nampak kawasan situ orkid liar tumbuh melata area tebing sepanjang perjalanan kitorang, Cantik sangat. Nak turun petik pun takut ada penunggu bukit kang.. mak aii..seram.
Tapi tak tahan jalan bengkang bengkok macam ular kena palu. Consider ok la dari makan jem vontot to vontot. Paling best boleh singgah beli strobery..
Seram tgk muka makcik kat atas tu. Naper muka, gigi, mata semua kuning ehh...
Raya haji tahun ni memang sempoi habis.. Dah la lembu tak dapat untuk kikah Harraz, Sang Suami plak tak boleh balik, balik tumpang adik kita, padat satu kereta macam ikan sardin expired. Balik sana kena semput plak. Soo apapun tak boleh buat. Ingat nak juga buat makan sket sket. ambik mood raya.. tapi tak boleh lansung. Dengan Harraz oq eq oq eq lagi. Soo i jadi sangat malasss sangat. Lantok la makan rambutan di pagi raya pun.
Lepas solat dan makan nasi menu hari biasa, kitorang terus gerak balik KB. Sebab utama balik kampung ialah nak tengok mak sedara kita sakit. Makan buah tu selingan jer. Harapan nak makan lembu lagi jauh tersasar, takder langsung...orang sedekah pun takder. Dalam hati mintak la ada orang kasi daging la ..non hado ok..tapi yang bestnya dapat makan kambing.. terbaikkkk la... krup krap krup krap lemak dia. Sedap gila masak campur dengan buah ara. Kenal ke idop buah ara macam mana?. takpe..abaikan.
So ..itu jer la citer raya kita. Best nya makan buah..nanti up citer pasal makan buah. Kasi rehat kejap.
Sekian Wassalam
Love
Cikanie
No comments:
Post a Comment