Nampak gaya hari minggu jerla ada masa nak masak bubur bagai. Hari biasa memang tak cukup masa. Sampai rumah dalam kul 7. Pung pang pung pang... kejap jadi tarzan, kejap jadi ustazah.. kejap jadi mak tiri kejap jadi orang gaji, kejap jadi tukang cuci, sedar tak sedar jam pendek dah tunjuk pukul 9. Anak pun dah tido. So aku sendiri decided..bubur bubur, puri puri hari minggu sahaja. weekdays makan nestum jer nak oiii... sian bambam ibu, nasib la nak..
Sabtu lepas buat nasik bubur Beras+Carot+Kentang+Ikan bilis. Blend halus menggigil bambam makan. Pantang lambat sikit marah wooo. Buat tak banyak dalam 2 kali makan jer. Walopun ada bau hangit sket tetap bambam aku nganga mulut. hahaha. Periuk nipis buat hal. Cepat sangat nak hangit. Ok lagi la.. Ahad punya cerita nasib tak terbakar rumah. Macam ni la rupa bubur nasik Harraz
Nasib baik malang masih berbau, kalo tak berbau malam tu memang menangis takder lagu la aku jawabnya. Boleh lupa tu, masya allah.. Sejam setengah la lebih kurang aku kat luar. Sebab lepas makan siap gi Manjaku beli puting susu pusing pusing cari penyedut hingus lagi...hehehe..
One point lesson:
Pastikan sebelum keluar rumah check dapur dulu.. ada masak ke tak. Walaupon korang saya tak masak kot. Jangan... sebab ada kalanya kita blur..memori kadang kadang reset kejap. Ambik masa beberapa saat untuk pulih balik. Kadang kita ni hanyut. lagho..safety mesti letak kat no1..safety first kalo orang kampung aku cakap :)
Ingatan untuk diri sendiri yang sememang nyanyuk dah tahap jingga dah ni.
Sekian Wassalam
Love
Cikanie
No comments:
Post a Comment