Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, June 30, 2014

Resepi | Pengat Pisang

Assalamualaikum..

Buat pengat pisang berpuluh kali dah. Boleh lupa nak tulis resepi kat sini.
Pisang nangka jer bagi aku yang sedap dibuat pengat. Sebab apa tau..sebab dia rasa masam masam kena plak dengan lemak santan tu. Sedapppp.. Tambah plak sagu mata ikan dalam 2 sudu..Tak nak banyak sagu tu. Nanti menganggu konsentarasi mengunyah pengat pisang. Sekali skala tergigit tu yang rasa best tu. Kalo suap pisang masuk sagu tak best plak kan.

Jenuh duk mongorek balik pic pic lama kot ada terselit pis pengat pisang sesat. Tapi takder sudahnya aku ambik kat google jer la. Tq pakcik google yang sentiasa tidak pernah mengecewakan. Tengok gambar dia fuhhh....rasa nak balik carik pisang jam ni jgk. Tapi susah la nak carik pisang. Berangan dari hari tu lagi nak makan. Tapi susah nak cari pisang yang boleh dibuat pengat.

Bahan bahan:

Pisang Nangka/ Awak/ Kebatu
Santan 1 bijik kelapa
Gula Melaka
Gula
Garam sket
Daun Pandan
Sagu mata ikan 2 sudu teh

Cara nya senang jer. Kalo boleh pisang tu rendam air kapur dulu. Takderla lembik sangat bila dah masuk periuk nanti. Rendam la dalam 5 min.

Masuk santan dalam periuk..Masuk gula, garam. gula melaka..daun pandan.
Mengeleggak tu masuk la pisang..
Pisang agak nak masak...masuk sagu yang direndam air tadi..
Kacau kacau kejap.. Masak..
Rasa tu agak agak la...
Masuk la sket sket dulu..Rasa balik..tak cukup tambah..kurang takper boleh tambah. Terlebih manis camne..nak tambah air hilang la lemak santan tu.

Ermm...dapnya..

Wassalam.

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Awal awal puasa dah dapat "cuti". Sempat berterawih 1 malam jer la. Takpe..kita cari pahala sunat yang lain. Sebab kalau tak ambik peluang untuk mengumpul pahala dalam bulan ni. Memang rugi sesangat. Bulan mengumpul pahala. Ya Ramadan Al Karem.

Datang ofis pagi ni plak bukak pintu..Ya Allah .. semerbakk bau tikus mati. Mana la dia membusuk ni. Seminggu lepas memang akak cleaner ada bagi racun. Aduii..tak tahan bau dia wey. Nak nak perut kosong. Mau keluar bintang kepala gue.******#$%@. Pengsann...Wangi sangat.

Hari Ke-2 ramadhan ape cer?. Semalam aku kemain excited lagi . Maklumla cuti kan?.Siap 2 jenis kuih lagi. Hambik.. Hari ni mintak ampun la suami. Tak sempat nak bersilat kat dapur. Makan jerla kuih semalam. Memang sengaja buat lebih pun. Dah tau sangat bila masuk hari berkerja jer memang tak sempat la. Lauk plak ikut ada jer la. Tapi syukur la. Atleast ada jugak makanan yang boleh di makan. Alhamdulillah.

Untuk hari hari yang seterusnya cukuplah dengan apa yang ada. Bazar pun malas nak pergi. Sesakk.. Semalam lalu Bazar Ramadhan sambil ambik angin petang sementara tunggu waktu berbuka. Saja nak survery suasana tahun ni macam mana. Masya Allah..tak boleh tak boleh.. Ketat..padat..semak..nak makan apa buat jerla.. aku rela.

Misi tahun ni taknak membazir. Masak hanya cukup untuk berbuka dan sahur. In shaa Allah..:)
Harap boleh...hihi.

Wassalam..

Thursday, June 26, 2014

Rindu ..

Assalamualaikum..

Rindunya nak cium pipi baby
Rindunya nak cium perut baby
Rindunya nak pakaikan baby bedak
Rindunya nak barutkan perut baby
Rindunya nak cuci pusat baby
Rindunya nak mandikan baby..
Rindunya nak main dengan baby

rindu...rindu...rindu..

Takpela..mungkin ada sebab tuhan blom bagi baby kat aku..
Sesuatu yang terjadi itu tiada yang sia-sia.. Semuanya bersebab.


Syukur dengan apa yang ada sekarang ni.

Wassalam

Wednesday, June 25, 2014

Resepi | Onde Onde a.k.a Kekoh Chaa

Assalamualaikum..

Mood rajin masuk dapur sekarang ni. Resepi berderet la. hihi
Tekak nak makan macam macam. Pantang tengok kawan aku buat. Mula la menggeletik nak buat. Walhal ada benda yang tak pernah hayat buat tu tetapi dek kerana napsu makan yang sedang menbuak buak ni. Gagah jugakla pegi kedai beli barang tu barang ni.

Onde onde ni bahan dia sama jer dengan nak buat Puteri mandi tu. Tu sebab senang jer nak buatnya. Bahan yang lebih buat Puteri mandi hari tu aku guna balik. Cuma beli kelapa jer la.
Bahan Bahan:

Tepung Pulut 2 cawan
Air
Kapur sket
Pewarna
Gula Melaka
Kelapa Parut
Garam sket

Macam biasa la..Uli doh tu pakai air yang dah di bancuh kapur and pewarna skali.
Masuk sket sket..Jangan sekali masuk..Buat ker terlebih lembik camner.. Kalo keras boleh tambah lagi..keras lagi tambah laggi. Gitu la. Sampailah dapat doh yang sempurna. Keras tak keras sangat, lembik pun tak lembik sangat. Sedang sedang elok gitu.

Jangan lupa awal awal lagi rebus air seperiuk. Senang..cepa sket mengelagak. Sambil gentel sambil campak dalam air mendidih. Cepat la boleh makan. Jangan nipis sangat..nanti bocor. Keluar gula melaka tadi. Sket pun ok.Janji boleh tutup gula melakan tadi dengan sempurna. Manis sangat buat apa. Bila dah masak tu angkat la..Sejat la kejap..kasi air turun ..

Ambik kelapa tadi..gaul ngan garam sket. Tal rasa garam tak sedap. Pastu campak la onde onde yang dah masak tadi. Golek golek sket kasi kena dengan kelapa parut tadi. Lupa nak bagitau. Nak tau onde oonde tadi dah masak ke belum cuba tengok dia timbul ke tak. Dah timbul tu boleh la cepat cepat angkat.

Aku ni rajin ada time jer. Time angin malas takyah cerita la. Tengok ni la.. Tengah elok mengenggel rasa penat plak.. lambat jer nak sidah sebijik sebijik. Sudahnya aku gebtel buat Puteri mandi jer. Cepat.. Gentel picit...kentel picit. Tapi siap jugaklah sepinggan onde onde tu dalam malas mala..belennya habis aku buat puteri mandi. hihi..

ok..sekian wassalam

i-BR1M | Must Read

Apakah i-BR1M?

i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.  

 

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?

Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.  


Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?

Tempoh perlindungan i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut  


Apakah manfaat-manfaat i-BR1M?



 

Bagaimanakah anda membuat tuntutan manfaat?



Borang tuntutan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun di:
  1. Laman web Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di www.malaysiantakaful.com.my
  2. Laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di http://www.hasil.gov.my
  3. Mana-mana laman web pengendali takaful yang mengambil bahagian
Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:


Kemukakan borang tuntutan i-BR1M bersama-sama dengan semua dokumen yang disenaraikan di atas di mana-mana pusat perkhidmatan atau pejabat cawangan pengendali Takaful seperti senarai di bawah.


Bilakah tuntutan akan dibayar? 

Borang tuntutan i-BR1M yang lengkap akan diproses dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh permohonan beserta dokumen lengkap diterima oleh pengendali Takaful.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M seperti berikut:

 _____________________________________________________________________________________


OK.. dah clear pasal i-Brim kan..Sekarang baca plak pengalaman aku sendiri dalam membuat tuntutan I-Brim ni. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi lebih kepada untuk dijadikan sumber rujukan pada mereka yang tak tahu apa apa pasal I-brim ni

13 March 2014
Arwah ayah takde. Alfatihah.. Sedih plak bila tengok document kematian arwah. Sayang ayah..Moga ayah berbahagian di sana. Amin. Rindu ayah sangat sangat. :(

19 March 2014
Dalam masa seminggu tuntutan dibuat kat Takaful Ikhlas cawangan Kota Bharu. memang kat sini jer kalo bagi mereka yang tinggal di Kelantan. Alamat dia kat bawah ni.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
Lot 331 & 332, Jalan Sultan Yahya Petra,
Wakaf Siku, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 1-300 8 (TAKAFUL) 825 2385
Tel    : 09.743 9362/744 7277
Faks  : 09.748 6864 

Dokument yang perlu di bawak macam dalam kotak kat atas tadi la. So dah settle isi borang semua kitorang pun balik la. Orang Takaful tu cakap kami submit jer borang ni. Dapat tak dapat refer kat HQ la. Maknanya KL la.
Pastu dia cakap lagi pihak takaful akan email atau mesej kalo dapat. Aku pun tunggu la sampai laaaaa ni.. sampai tarikh semalam. Punya la ikut law yang diorang suruh. Yer la kita nak duit dia..tunggu jer. Ada rezeki adalah, Bukan pesen aku terhegeh hegeh tebal muka nak tanya itu ini kat diorang semata mata nakkan RM1000 tu.

24 June 2014

Cuba kira berapa lama tempoh masa .3 bulan lebih kan. Katanya dalam masa sebulan dia akan masukkan dalam akaun si waris. Ni dah 3 bulan. So aku pun call la HQ. semalam. Nak tanya status tuntutan la. Naper pending lama bebenor. HQ cakap dia takder terima apa apa tuntutan. Aku pun call branch dia yang kat Kota Bharu tadi. Tapi diaorang cakap dah email benda tu. Mana satu yang betul. Ok takper. Aku suruh staff Takaful KB tu foward jer email yang dia dah submit 19 March hari tu. Memang sah diorang dah email la. Apa cer?.

Persoalan sekarang.
Kenapa HQ cakap belum terima. So aku cakap takper nanti aku submit balik borang hari tu skali lagi.
Bila dah submit dia cakap plak.

Penama yang ditanggung jer boleh tuntut. Hari tu aku taruk nama adik aku yang lain.Penama yang ditanggung tu maknanya nama yang arwah ayah aku buat masa register Brim hari tu.
So guana gamak sekarang ni. Nak kena isi sekali lagi ker?

Huh..(panas..panas)
Tapi sape sape yang nak cari borang iBrim ni boleh print dari sini

Wassalam

Tuesday, June 24, 2014

Bermalasan Itu BESTTT..:)

Assalamualaikum..

Pagi pagi bukak phone..terpandang satu artikel yang menyakitkan hati...@*#6)@&$#@(*Y....
Pada aku la dari banyak cakap  baik diam la Puan Lola..Kalo cakap benda yang logik tu ok la jugak. Ni tak logik lansung.

Ok dah.. emo..emo... sebulan skali biasa la perempuan ni. Mesti nak emosi tak tentu pasal. Tak cakap orang. Aku la tu. Hormon berebah nak nak umur pun nak masuk 4 series. :)

Bangun pagi tadi badan sakit sakit. Si Hafiy dan Hadif deman. Batuk batuk jer sepanjang malam. Tak lena tido di buatnya. Takut muntah ke , tersedak ke, apa saja kemungkinan oleh berlaku. sebab tido tu  kan mati kecil. I is takut ok. :)

Malam tadi Hafiy plak mengadu gigi dia dah goyang.. Puncanya tak taula, apa benda digigitnya. Tapi malam tadi nak habiskan seketul goreng pisang pun tak boleh.. Katannya gigi dia dah teruk sangat dah. Dia suruh aku cabut. Aduii..aku bab ni seram... berdiri bulu tengkuk ni. Nak tak nak tunggu babah dia balik la. Hafiy punya gigi dah tahap kritikal, memang rosak habis kat bahagian atas. Bawah plak 2 batang dah cabut. Termasuk semalam 3 la. Yang 2 batang tu balik kampung hari tu cabut kat kampung. Maklum la..sana murah 20henggit jer. Itu pun terpaksa kena cabut sebab dah tumbuk gigi lain belah dalam. Kalo tak cabut jawabnya tak ensemla anak jantan aku. Gigi berterabur. Hahahahha.

Pasni operasi mencabut gigi atas plak. Sebab dah rosak sangat. Sabar yer nak. Sket lagi ensem la kamu. Gigi dah penuh. Sekarang nak senyum pun malu malu kucing sebab gigi depan takder. Sket lagi Si hadif plak yang bakal menerima nasib yang sama. Suka sangat makan gula gula. Haishhh..
 
Opss..nak citer pasal luka Hafiy hari tu. Parut dia takmo hilang.. nak pakai ubat apa erk. Ada tak saper saper yang  boleh tolong rekmenkan ubat parut timbul yang paling bagus. Hari tu beli yang kulit warna biru, apa nama brand lupa la. Tapi ada scar scar la seingat aku. Tak ok pung..

Aku pun satu hal gak la...Tak boleh nak salahkan ubat tu tak elok. Balik rumah banyak kerja, kadang ingat kadang tak. Si anak lak time ibu bising baru dia nak cari ubat. Bila kita senyap dia 2x senyap. Uii lagi suka dia... Alahaiii anak. Ekceli ada aku ambik gambar gigi si Hafiy. Bila dah edit macam tak sampai hati plak nak upload. Taku ada plak yang putus selera makan. Hihi.

Ok la.. Depa dah habis meeting..hihi. Kita buat kerja plak..
Sekian Wassalam.

Monday, June 23, 2014

Resepi | Kulat Sisir Masak Lemak Bertelur..

Assalamualaikum..

Tak pasti resepi ni dah ada ke blom dalam Dapur Cekanie..Tapi kalo ada pun takpe la.. hihi..Seram jer bunyi tajuk dia khen? :)
Masakan urban yang jarang jarang skali boleh jumpa. Sebab nya kulat tadi la. Bermusim jer ada.. Lepas hujan jer.. Tumbuh kat pokok pokok kayu yang dah mati. Orang bandar sure punya lah tak kenal kulat sisir ni apa. a.k.a cendawan kukur..kenal?.. kalo kenal pun sebab kat pasar pasar tani ada jual. Mana yang tak pernah pegi pasar kerat ibu cari ..gerenti tak kenal..:)

Lihat pada rupa..erkk..apa ni?.. boleh makan ke?..sedap ker?,, nak masak camner erk.. gerenti persoalan macam tu akan timbul. Tapi percayalah.. kalo kena cara masak dia.. walaweyyy.. nasi panas 2-3 pinggan gerenti licin. Hanya berlaukkan benda ni jer. Ekceli nak masak benda ni ada beberapa versi. Mana yang suka kering tu masak la sampai kering.. Mana yang suka masak putih taruk dengan bilis pun ok. boleh jugak masak dengan telor.. paling simple goreng telor dadar masuk kulat ni. Simple and sedap. Tapi rasepi aku ni masak lemak campur telor.

Bahan Bahan dia:

Kulat Sisir semangkuk kecik
Kepala santan sebijik
Cili kering-3-4 tangkai
Bawang putih 1 ulas
Bawang Merah-2 ulas besar
Halia skit jer-Hujung kelingking
Kunyit sket.
Lengkuas sket
Ketumbar.2 sudu gula
Telor sebijik
gula , garam secukup rasa.

Semua bahan tadi di tumbuk lumat..atau di blend..kalo nakkan ketumbar tu hancur cantik, tumbuk pakai lesung batu dulu. Pastu baru campur masuk blend skali dengan bahan lain.

Pastikan kulat tadi dipotong hujung dia. Kot kot la ada belen kayu getah yang tinggal..tak pasal pasal buat gulai skali. Dah basuh siap semua..tumbuk tumbuk sket kasi pecah pecah, Jangan terlebih hancur.

Masak santan dulu...masuk bahan yang di blend tadi.. Mengelegak masuk la kulat tadi.. agak agak nak kering pecahkan telor yang sebijik tadi..kacau kasi hancur la. Pastu masukkan gula gram sket..Rasa rasa la. Dah nampak kuah tinggal sket tutup la api. Kalo nakkan kuah tu jangan  masak sampai kering. Depend pada tekak kita , selera kita masing masing :).
Ok..settle..Sedap dimakan dengan nasik panas..

Sekian Wassalam.

Sedih

Assalamualaikum..

Lately ni kita tersaji dengan macam macam cerita yang tak best rasanya telinga ni nak dengar..Rasa macam kita ni semakin ke arah dunia akhir zaman..bukan macam lagi dah, memang pasti. Benda macam ni seolah olah biasa dah..sebati dah dengan fitrah kita sebagai manusia.  Isu halal haram yang semakin mengelirukan kita sebagai seorang muslim..Isu budak kena culik untuk jual organ dalaman seolah nilai manusia di sama tarafkan denga nilai nyawa seekor binatang. Maaf..sedikit terkasar, Isu culik dan bunuh dilapah persis melapah lembu untuk dijual di pasar...Astargfirullahhalazim, Isu kemanusiaan yang semakin lama hilang nilai kemanusiaan dalam jiwa sehingga anak sendiri dibiar kering kebulur dengan najis penuh satu.Makan pun ntah di bagi ntah tidak..Kalo tgk rupa fizikan budak tu macam tak di bagi makan. Masya Allah.. Manusia ke haiwan layan anak sendiri macam tu.

Sedih.... sedih sangat.. tak boleh nak hurai dengan kata kata...Macam dah hurai kat atas..Poyo cakap tak terhurai..hikhikhik.

Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi sebenar. Tergamak tak kita nak buat semua tu. Aduii... kalo aku tak sanggup.. Anak demam aku yang tak lena tido. Anak sakit aku rasa biar aku sakit..pindahkan kesakitan anak tu kat aku. Ada jugak kes kurung orang tua sendiri . Tak bagi makan minum... hidup sampai sekarang hanya ehsan dari jiran yang campak bijiran dan air ikut tingkap jer.. Dah rupa mayat hidup dah. Itu dekat China sana nun. Ini yang jadi kat negara sendiri..orang melayu plak tu. Sebangsa..seagama..selayaknya kamu lebih hina dari binatang Sanggup buat anak sendiri macam tu. Walau apa jua alasan yang di berikan..tetap aku tak boleh terima..Tetap tak boleh diterima dek akal fikiran waras ni.

Pakai tudung Fareeda ko mampu...? Mentanglah anak ko tu OKU..naper..,malu ker..arah daging ko la tu Budak tu takder dosa...3 perkataan jer budak tu tahu..salah satunya MAMA..sanggupnya ko buat darah daging ko sendiri macam tu..Ibu apa yang tak sayang dengan anak sendiri.

Huhh..bengong la mu..
Ehh..aku yang terlebih emo ni apsal..:)

Sekian Wassalam..

Saturday, June 21, 2014

Resepi | Ayam Percik

Assalamualaikum..

Macam mana nak skip makan malam kalo menunya Ayam Percik, Ikan Percik..Ikan Tawar Budu..Ulam..
Saper tak nak. Sekarang mood rajin tengah ON..Mau tak rajin ada grop wassap rajin masak..ko masak aku terliur..aku masak ko terliur. Nak tak nak kena buat la nak makan wey. Paling untung orang sebelah senyum meleret...Dia pun dari nak diet terus tak boleh. hikhik.. Mana acikan gemuk sensorang. 2-2 baru balance. Tak boleh nak angkat body sama sama kita mengensot. Yer dop?

Sebelum ni rasanya menu Ikan percik dah ada. Ayam belum. Tapi benda sama jer . Tukar bahan utama jer. Nak ayam buat ayam, rasa nak makan ikan, beli jer la ikan.

Ayam or ikan percik ni memang dah jadi menu kegemaran family cikanie. Mak pun memang suka buat ikan percik. Kalo musim puasa memang tak pernah lupa la menu ni. Bukan takat puasa, musim tak puasa pun kalo balik kampung sekali sekali mak memang akan buat ikan percik. Ayam tu jarang jarang sangat dia nak buat. Mungkin faktor kemuakan dah capai level paling tinggi....hehehe. Ok ..terus pada resepi ayam percik kita tadi yer.. Antara bahan bahan dia,

Bahan Bahan:

Ayam potong 4. ( dada, paha tak kisah)
Bawang putih 1 Ulas
Bawang Merah 2 ulas besar
Halia skit jer..
Kepala Santan..(sebijik kelapa)
Garam Secukup rasa
Gula sket

Itu jer bahan bahan dia. Senang jer kan Pastikan ayam tu lumur dengan kunyit hidup dan garam dulu.
Dah agak agak meresap kunyit tadi masuk dalam isi ayam tu kita bakar ayam tu dulu. Bakar separuh masak, pastu tuang la sedikit santan yang di masak kuah percik tadi. Santan untuk permulaan tadi tak perlu pekat.. Sebab nak pasti juicy ayam tak hilang. Kalo kering sangat ayam tak best.. Basah basah sket baru best.

Bila ayam dah masuk barulah taruk kuah percik tadi. Pastikan kuah di masak hingga keluar minyak. Baru la sedap ayam percik kita.

Ok la.. Jangan lupa try puasa nanti. Yang jual kat bazar gerenti tak sama dengan yang kita buat sendiri. hihi.
Kita buat lagi sedappp...hehe

Sekian Wassalam