Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, May 31, 2010

DARI BOTA

Sambung balik cerita pasal kenduri kat Bota Kiri. Hari Jumaat tu hanya family kitorang jer yang sampai awal. Rombongan dari Kelantan tu sampai dalam kul 3 pagi. Diorang gerak dari sana pun dah petang..dalam kul 5 gitu…



Dalam kul 3 diorang sampai..dahhhh tak lena tido.. dekat sejam plak duk boraknya.. yerla.. lama tak jumpa.. Hadif pun tersedar jugak… lagi la susah dia nak tido…Cubaan untuk kejutkan Hafiy.. tapi aku tak kasi.. kan kalo dia yang sedar..memang susah la kami sumer nak tido.. nenek n atuknya memang dah tak sabar nak main ngan dia.. besoknya pepagi lagi nenek masuk kejutkan Hafiy.. terpinga-pinga si Hafiy.. yerla.. tadi aku tido diorang takder.. pagi ni celik mata ..ada depan mata… wahhhhh magic giler ni. Hafiy yang konon malu-malu kucing setiap kali jumpa...10 minit lepas tuuuuu,...... harammmmm nak duk diammmm.



Dalam kul 11 weolls siap-siap.. pakai baju lawo-lawo… kami gerak menuju umah pengantin asing-asing.. diorang yang sampai dulu…. Sebab umah penginapan mereka dekat sangat ngan umah pengantin.. tak aci la.. dah la umah kita jauh.. kecik plak.. pastu ekon satu bilik jer ada…. Wahhhhhh banyak songeh muko engko Acik Anie.. org dah bagi tido free pun banyak komplen tampo kan…



Neneknya biasala.. tak berenggan ngan Hadif.. Hadif dah kurus la.. keccian hadif..tak makan ke.. byk sangat komlen mak aku bila tgk rupa hadif sekarang. Memang betul pun..sekarang dia makin kurus.. Jangan salahkan aku.. aku dah bagi makan 2x sehari tau… memang jenis tubuh dia mcm tu la.. jenis macam aku…kurus kering

Sempat lagi bergambar kenangan ngan pengantin… dah berubah tittle.. dulu anak orang.. pastu tunang orang sekarang jadi bini orang. Jadi isteri yang solehah.. jangan jadi macam Mak long mu ini….ishhh..tetiba sensitip plak.



Dah tiba time makan.. wahhhhh…acara yang ditunggu-tunggu… memang tahap lapar gila babas….. tak sabar nak pekena rendang tok kerbau…. Ermmmm sedappppppp…… sumer lauk hari tu sedap-sedap la.. Cuma satu nak komplen..apsel masa korang serve makanan macam berterabur jer.. rombongan dari kelantan datang 4 meja.. diorang prepare lauk utk 2 meja jer.. yang lain tu….sabar menunggu diorang bawak lauk… yang awal-awal la best..dapat makan sedappppp lagi.. aku tgk ader ikan 3 rasa.. sambal tempoyak… meja aku hanya ader ayam goreng, kari daging lembu.. rendang tok kerbo.. itupun dekat 10 minit baru tiba…Tapi takperla.. puas hati dengan masakan diorang yang memang sedappp…… walllaahhhhhhh.





Sekarang dah tiba masa bergambar dengan pengantin. Cisssssss..bila check balik..punyala tak lawo gambar diorang ambik..bergegoooorrr.. malas nak masuk blog.. dahhhhh takder kenangan dengan pengantin. Sudahnya ambik jer gambar pelamin tanpa pengantin. Pelamin bukan main cantik lagi. Tapi bergambarnya kejap jer… aku tgk cameraman banyak ambik gambar candid jer. Buat rugi jerla…



Sempat jugaklah aku snap wajah pengantin tanpa rela... diorang bz sgt.. yola..dah nama pengantin kan.. mau tak bz... soo pandai-pandailah korang nak idup... carila sendiri kat mana toilet.. kat mana dapur...tetiba Hadif mintak susu plak.


Soooooo..sebagai penutup ..SELAMAT PENGANTIN BARU.. moga tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai isteri. Banyakkan bersabar.... saling tolak ansur.... semoga bahagia hingga ke hujung nyawa.



Ikhlas dari ibu Hadif yang tak bermaya tuh..serabai sajorrrrrrk... dan dari Hadif yang sudah tidak bulat lagi...

ALHAMDULILLAH

Walopon sket... ader la jugak.. alhamdulillah.. walopon tak se gah company lain .. setakat ini saja rezeki kami.. terima lah seadanya.. tanpa banyak songeh.



Nasib baik company ni idup lagi... kalo tak mana nak cari kerja.. ambik masa gak kan?..dulu yer-yer sibuk cari kerja.. last-last kat sini gak duduknya.. saper yang mahu terima kami yang dah uzur ni... belajar pun tak tinggi mana.. so apa yang dapat... terima dengan penuh syukur. Syukran syukran.

DEMAM SAWAN (FEBRILE FIT)

Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
  • Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
  • Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
  • Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
  • Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam).
  • Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
  • Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.


Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.


Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.

Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.

Apakah penyebab demam sawan ?
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.

Adakah ia berulang ?
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.

Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.

Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?

  • Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
  • Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
  • Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan.
  • Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
  • Beri minum air secukupnya.
  • Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak anda tidak boleh memakan ubat demam, anda. boleh memberi suppositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali:
  • Umur <> 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup

Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan. Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor

HARI TUAKU

Uolls penah bayangkan tak macam mana rupa kita di hari tua.. cuba bayangkan rupa hari tua kita 20 tahun akan datang....



Hahahhahaha.......... inilah rupa Acik Anie di hari tua besok.. masa ni mungkin dah jadi nenek.. atau mungkin aku bersendirian tanpa suami tercinta...anak-anak yang tersayang adakah mereka meninggati diiriku... atau mungkin.. ahhhhhh .....naper aku nak pikir negative,..... positif okkkkkk..........



Saper yang nak tgk wajah mereka di hari tua... boleh rujuk kat sini.....http://www.in20years.com/

Tua mengejar..pasti tiba saatnya... akan datanglah kepada kita.. takyah ko nak suntik situ sini...kan jadi tin milo..kemek sana sana... biarlah proces ini datang secara natural...bak kata orang natural beauty...tua pun beauty kan...muahhahahhahahha.........puji la............ hohoho...

HAFIY ADMITTED -PART 4

Mulakan pagi ini dengan bismilllah dan doa semoga hari ini dan hari depan akan mejadi lebih baik dari semalam.. Amin. Cerita pasal Hafiy kena admit kat ward lom habis lagi rasanya. Last hari tu aku citer pasal aku pi test JPJ masa hari pertama Hafiy admitted kat ward. Kesannya aku fail buat 3 penjuru… bukit parking sumer lepas.. benda yang enteng macam tu aku boleh fail.. nak buat camner.. dah ketentuan-Nya… redha jerla.. melayang lagi RM180 utk ulangan.

Bagi aku … hanya nak cepat habis jer… nak cepat-cepat balik teman Hafiy kat ward.. walopon aku tgk dia dah hyperaktif sgt…tapi yer la..risau tu yang lebih.. ibu mana yang tak risau kalo anak dia tak sihat.

Masa aku menunggu utk test JPJ sempat lagi call Ajed ..tanya kondisi Hafiy camner. Katanya jap lagi doc akan ambik darah..buat test sekali lagi…kot ader jangkitan kuman kat selaput otak. Kalau sumer OK Hafiy akan discharge petang tu jugak… Sooooo…teruuuuus berdoa sambil bawak keter sebelah JPJ ni.. moga sumer ok ddan Hafiy boleh kuar segera.. JPJ kat sebelah ni.. sampaikan dia tanya aku.. sebelum test ni aku ada belajar ker tak.. mungkin aku lulus jalan raya pun atas ihsan JPJ tu.. mungkin la…

Dah settle sumer aku igt dah fail lagi… alhamdulillah..jalan raya lulus… dah siap sumer..terus call cikgu suh hantar hospital balik.. lupa nak kabo… masa aku pi test memang serabai giler.. yer la..korang bayang kat Spital dah la tak tido… pesan kat Ajeed bawak la baju yang elok sket… kasut sumer… dia bawak baju ketat giler warna pink tu.. match plak tudung pepel… bayangkan lah.. adusss.. nak tak nak pakai jerla..dah itu jer yang ada…

Dalam kul 2 aku settle sumer.. sampai kat spital terus tak lengah lagi.. masuk carik Hafiy.. carik punya cari…dia takder kat katil… risau dah..mana pi plak ni.. tanya orang sebelah katanya babahnya tgh mandikannya kat bilik air.. lega.. pi intai sekejap dalam bilik air popuan .. takder… rupanya dalam bilik air lelaki.. fuhhh…hepy giler aku tgk Hafiy..siap nyanyi lagi… lego rasa hati makcik..tgk anak dah sihat.. hepy pun ada…. Sementara tunggu mereka 2 org tu siap..aku ambik peluang nak mandi..benrsihkan badan.. yerla..melekit-lekit..dah la mandi tak bersabun… hazabbbbbb bermalam kat spital ni.



Dah siap sumer aku tgk Hafiy dah siap pakai baju…dia dah stanby nak mengada-ngada balik dahhhh. Len macam sket perangai dia sejak lepas demam.. mengada- ngada… nak tak nak layankan ajer… dalam kul 2-3 gitu.. segerembolon doc datang balik.. check sumer.. alhamdulillah.. dah boleh kuar petang tu jugak…

Masa misi cakap boleh balik tu....Ajeed takder... Ajeed balik umah jap.. terus dia datang balik kat Hospital.. takder terusnya… dia sempat tido dulu kat umah.. sebab Hafiy pun tertido kat sofa.. malas nak kacau dia.. biarlah dia tido dulu.. Ko pujuk macam mana pun dia takkan tido atas kati.. kat sofa ni gak la dia boleh tido.. heran aku.. kena badi apa ntah.. nak tak nak tunggu jerla kat sofa tu.. tersengguk-sengguk kepala aku.. nak tido sogan plak makcik.. yerla..laluan org ramai.. masuk jer nampak aku tido kat situ.. malam takperla..takder pelawat.. siang hari mcm-mcm rupa org yang datang..

Dalam 3-30 kul 4 gitu Ajeed datang balik.. kemas sumer barang .. settle sumer bill.. yihaaaaaa…boleh balik umah…. Ridu kat bantal sendiri..selimut sendiri.. yang paling penting…boleh tido aksi gaya bebasssssss….



Gud bye misi n doc..yang baik budi bicaranya. Kalo macam ni la layanan diorang tak serik la nak datang lagi… Kalo boleh tak nak lagi jejak kaki kat spital ni.. Apepun TQ pada misi dan para doctor yang merawat Hafiy. Pada kengkawan yang masih menghuni kat Hospital Kajang tu.. sabar jerla.. doa byk-byk… agar anak-anak cepat sembuh yer.. Acik Anie doakan agar..Qalisha.. Akif ceppat sembuh… jgn lasak-lasak sgt.. kan kena cucuk lagi….

Friday, May 28, 2010

KEKENYANGAN

Punyalah susah cari kedai kat sini. Ada tu ada..tapi macam tak meriah sangat. Nak cari tempat makan yang meriah sket. Tapi pusing punya pusing..ngak ketemu... last-last makan la kat restoren yang tak bernama.

Ikan siakap stim, telor dadar, kailan ikan masin... itu jer... RM45.... alhamdulillah kenyang.. opss lupa satu lagi..meehoon tomyam.. pengantin baru yang order... total sumer dia yang bayar.. alhamdulillah.. terima kasih pengantin.

Dari pagi itulah tadi..baru masuk nasik..sebab tu lupa nak ambik gambar.... sampai umah baru ingat..hohoho... sumer dah masuk dalam.. tunggu dicerna jer....erppppppppppp...

K la.... rasa macam nak tido awal jer.. besok nak makan rendang tok daging kerbooooooooooo......

BARU SAMPAI

Bersiaran secara langsung dari umah penginapan di Seri Iskandar Ipoh Perak. Boleh tahan gak umah dia. Serba lengkap, paling penting ada ekon. Diorang dah booking awal-awal tempat penginapan.. datang..bawak masuk beg jer...



Mari kita melawat umah ni kejap.. peti ais ader.. tv ader, dapur gas..sumer ader... yang paling best ader berukband.. so sementara tunggu yang lain-lain..kita bertenet dulu.





Family kitorang yang paling awal sampai. Rombongan dari Kelantan lom ader lagi. Dengar citer masa ni nak bertolak..masa ni la sibuk nak tukar tayar apa... aper da.....



Ekceli besok kami ader jemputan kat Bota Kiri. Anak sedara Acik Anie kawin dengan org Bote.. tu sebab Acik Anie ada sini..

Ok la..kami nak rehat dulu...En Suami dan si bulat sudah lama di lamun mimpi.. aku jer duk sabarrrr melayan karenah Hafiy.. nak tu la..ni la...hissssss.... nak rehat memang takder peluang..



Tak boleh jadi ni..kena kurung ni.. paksa tido.. kalo tak memang tak dapat nak rehat la...

Okla... permisi..

Nanti gambar kenduri besok akan diupload secepat mungkin...

Daaaaaaaaaaaaa............

Thursday, May 27, 2010

COKELET FREE

Saper pengemar coklet..... besok bangun pepagi lagi...



Beryls Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. will having a Free Chocolate Buffet at Bandar Baru Bangi. From 28 May 2010 until 30 May 2010 Every day 9.00am ~ 6.00pm Location: No. 8 Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

JOM KITA SERANGGGGGGGG

HAFIY ADMITTED- PART 3

Dah settle register nak masuk ward…. 1 hal plak.. masuk jer dalam tu lain macam jer muka Hafiy.. yer la 1st time masuk spital. Aku pun 1sr time kena tido spital.. branak lain citer… memang dah sakit..nak tak nak kena duduk spital..tapi bila time segar bugar nak tido spital ni aku pun rasa lain macam cket.. namun apa daya..demi menemani anak tercinta..sanggup ajer la.. sebelum tu dah berkira-kira ngan Ajeed…

Awak la tido spital.. saya jaga Hadif….. kesian Hadif dia kecik lagi..kat spital takper sumer misi jaga..ada masalah panggil misi..
Cuba awak tgk org kat spital.. mana ader bapak yg jaga… banyaknya mak yang jaga…


Emmppp…gitu plak.. takperla ..demi anak tersayang..aku jerla yg jaga.. sebenarnya aku pun serba salah.. nak tinggal Hafiy sian sian plak ….. bila pikir Hadif……..last² keputusannya…. bagi dua la tugas ni..aku jaga kat spital… Ajeed plak kena ambik Hadif taska…malam nanti tido ngan dia.. Rasala..camner liatnya nak bangun bancuh susu….huhu..padan muka dia.. ini bukan tugas entenggggg.


Masa kat spital…suhu badan Hafiy kembali normal.. alhamdulillah… bila dah sihat ..dia mula ligat… nak pegi sana.. jap kan ajak pegi situ plak… pening duk melayan dia.



Malam tu..dalam kul 8..panas datang balik.. kesian tgk dia ..mengigil… tapi badan panas..kepala pun panas..kaki plak sejuk giler.. panik aku masa tu.. kebetulan misi datang check.. diorang trus suh aku bukak baju then jelum dengar air sejuk.. lama lepas tu.. Hafiy boleh tido dgn tenang…



Blom tenang lagi… nak tido lagi masalah timbul… Hafiy tak nak tido atas katil.. yerla…kat umah main bantai tido depan tv jer.. bentang jer toto..guling la sampai lebam kat atas toto.. tiba masa nak protokol sket..ya ampunn…tunggu dia betul-betul nyenyak dulu baru aku angkat masuk katil.. dia lebih slesa tido atas kerusi jer.



Dalam kul 11 misi datang balik.. suntik ubat..tetiba aku tgk cam basah jer katil..rupanya jarum dah tercabut.. 1 hal plak….darah kuar ..penuh 1 tangan.. dia pun dah panik tgk darah…tak nangis..tapi suh aku cuci…..apa lagi. kena cucuk balik la.. dah la aku tak sanggup nak dengar dia melalak…adushhh..nak tak nak…kena gak masuk dalam bilik rawatan..cucuk sekali lagi. Kali ni baikkkk punya balutan..gerenti tak tanggal…



Dalam kul 1 – 2 gitu… barulah aku dapat rebahkan badan atas katil empuk ini..berbantalkan kain tuala.. tu pun bukan tido sangat.. anak org lain yang nangis…aku igt Hafiy.. Dapat plak katil area budak yang kena asma.. kan sakit tu berapa jam sekali kena pasang gas….


Igt boleh tido ker kalo dengar bunyi benda tu.. kalo benda tu saje takper…ni siap pakej dengan melalak tak hingat dunia..kesian betul dgn budak yg kena asma… kat area tu 2 org jer yg kena demam..yang lain tu kebanyakkan lelah dan asma.. nasib baik Hafiy takder asma… kalo tak lagi lama la aku menetap kat spital tu.

Tak sabar rasanya tunggu pagi… nak kena pi test lesen plak pagi tu.. dah booking ngan cikgu..igt nak cancell jer…tapi tak boleh.. nak tak nak aku redah jer pegi test JPJ… pass tak pass lain cerita..yang penting aku nak settle cepat nak balik ngadap anak aku balik kat spital..

Hati plak dah mula rindu kat Hadif…lambatnya balik..rinduuuuu kat bulattttt…Nak tau aku lulus ker tak test JPJ…kena tunggu next n3.

HAFIY ADMITTED- PART 2

Sampai Spital Kajang terus masuk Emergency Room... Register..dalam 5 minit dia panggil...check segala bagai la .. Masa ni suhu badan Hafiy tinggi sket. So doc bagi ubat .. Masa nak bagi makan ubat..Ya Allah..bukan main susah..walhal sebelum ni okkkkk jer ... masa ni la dia nak buat hal... kat umah siap nangis-nangis lagi kalo aku tak kasi dia makan ubat.. Hafiy..Hafiy... paksa punya paksa.. masuklah dalam mulut..tak sumer yang masuk.. 1/3 habis dia muntahkan balik..



Lepas makan ubat.doc mintak nak cucuk pulak..ambik darah.. yerla...nak detect apa puncanya la kan?... Kesian plak aku tgk dia meraung... sakitttt... tapi nak buat macam mana.. dah jejak kaki kat Spital..so kena redhalah... berapa cucuk jarum pun yang kena masuk. 2 tabung kecik tu jer dia ambik. Nasib baik tak payah masuk air...

Punyala ramai org kat dalam ER..ader yg excident, demam, jatuh tangga, denggi.....huhhh.. pertama kali berdepan dengan benda macam ni.. Ya Allah.. macam-macam bermain dalam kepala..



Lepas ambik darah doc suh mandikan Hafiy untuk turun suhu badan dia. Lepas mandi katanya boleh terus masuk ward... sebelum masuk ward kena buat x-ray dulu. Dah settle sumer baru masuk ward.



Lepas mandi Hafiy dah stabil balik.. suhu badan dia dah mula turun. Ubat yang dia kasi tu rasanya yg buat dia tido tu... last-last tertido atas bahu babah dia. Masa buat x-ray pun dia tak sedar.....



Dah settle sumer kat ER ni la doc cakap Hafiy kena Demam Sawan (Febrile Fit). Sawan yang terjadi bila suhu badan melebihi 38°c. Sawan ni plak menyerang pada permulaan demam. Maknanya hari pertama atau hari ke2 demam la. Hafiy ni kena hari ke-2 demam. Tak jangka plak. Sebab sebelum ni..suhu cecah 39 pun tak penah kena.. Tapi lepas ni aku memang kena alert pasal ni.. Demam ...suhu tinggi jer kena jelum...Bagi ubat.. kalo boleh ubat bontot kena standby jer kat umah.

Perangai Hafiy dalam ward tunggu dalam next n3.

HAFIY ADMITTED- PART 1

Ceritanya bermula di sini,,,

Minggu lepas macam biasa.. ahad balik RP hantar duit pencen, balik dari RP singgah umah kawan jap,, dia ada buat acara makan-makan. Sampai umah dalam pukul 7... tgk Hafiy macam tak sihat.. badan pun panas gile.. check suhu dalam 38.5 .panasssss sgt.. trus bagi ubat.. malam tu dia senang sgt tido.. aku jelum kepala dia dengan air pun dia tak marah.. kalo tak jangan harap dapat letak tuala atas kepala dia.

Dalam kul 5..bangun bancuh susu,.... sekali lagi badan dia panas..... bagi ubat lagi... ok la.. pagi senin tu aku macam biasa siap hantar dia ke taska. Dalam kul 10 aku call taska ..tanya keadaan dia... pengasuh cakap dia tido,,, tak banyak cakap.. risau la.. dalam kul 11 taska call...aku tgk nombor taska kat screen dah rasa mcm ader berita buruk yang dia nak bagitau...

Ni mak Hafiy ke?
Yer naper....
Hafiy kena tarik la kak...

Rasa macam jantung aku stop kejap...

Macammana leh kena.. takper akak balik sekarang....

Terus call Ajeed.... isi form time out,, mintak driver hantar taska... Sampai jer taska trus masuk carik dia.. sebenarnya kat luar lagi aku dah dgr suara dia nangis.. ambik jer dia..trus bawak klinik.. masuk jumpa doc...trus masuk ubat bontot...

Kat klinik Ajeed sampai..trus pecut pegi hospital... masuk bilik kecemasan....

Nasib baik Pira ada masa tu .. kalo tak mesti lambatla Hafiy sampai Klinik...

Wednesday, May 26, 2010

2 HARI 1 MALAM

Yihaa aku cuti.... tapi bukan kat hotel ker resort ker... tapi kat Spital Kajang...2 hari 1 malam aku bermalam "bercuti" bersama Hafiy dan nurse serta doc yang baik hati kat Hospital Kajang.



Orang cakapla Hospital Kajang teruk................. yer ker.. tapi aku rasa tak pun... Tapi mungkin jugak tak berlaku kat aku.. mungkin jadi pada orang lain. Apapun jutaan terima kasih pada mereka yang terlibat... dari Taska sampailah ke Hospital.

Kenapa aku bermalam kat sini erkkk?.. kejadian yang tak di sangka-sangka telah berlaku.. dan aku pun tak jangka semua ini terjadi kat Hafiy....sebab sejarah keturunan aku dan Ajeed takder pun penah kena mcm ni....... selama ni aku dgr citer pasal anak orang lain yang kena. bila jadi kat anak sendiri..... ohhh my godddddddddd.................


Sedihhhh bebbbbbbbbb............................

Sooo hari ini aku masih lagi bercuti.. risau plak nak tinggalkan dia kat Taska.. besok mungkin kerja.. so tawakkal jer la..moga dia dah betul-betul sembuh.

Citer bergambar nanti tunggu next entry... dari bilik kecemasan sampaila ke Ward 7 katil No.11...

Friday, May 21, 2010

LEGA KEJAP

Boss takder. 2-2 bos pegi Shah Alam.. Paling lega bila org tu yang takder.............
yeeeeeeeee haaaaaaaaaaa..........

Boleh blogwalking jap.... bau nasik lemak dah mencucuk cucuk lobang idungku.. perut plak berlagu keroncong.
1/2 jam lagi baru leh rehat... Sooooo utk hilangkan rasa kelaparan yang tengah membara ni.. elok aku layan blog jap....

Wednesday, May 19, 2010

BZ YANG TERLAMPAU

IQA dah settle…datang plak IEA.. dah settle IEA nanti BVQI audit plak (external) menanti.. nak update memang tak sempat la.. blog walking pun slow… nak masuk contest mengontest apa lagi non ade masa la.

Sebut pasal terlampau ni igt plak pasal sorang artis terlampau tu…alaa...yg gitu-gitu tuuu...18SX.... uolls perasan tak.. dulu kan dia bertudung sekarang dah tukar imej la. Cuba tgk SAMARINDA..dia ader kat situ..

Kalo rasa diri tu belum bersedia utk ke arah itu.. takyah lah buat lagi.. kan tak pasal-pasal kena kutuk ngan peminat. Awak tu artis.. ikon satu malasia.. ermmm ikon erkkk?.. No komen la.

Kalo tak silap aku Awal pernah mention pasal ni jugak dalam program Fuhhhh… aku tertanya-tanya gak saper.. bila aku tgk Awal pun berlakon sama dalam Slot Samarinda tu..baru aku perasan saper yang dia maksudkan…

Ahhh lantak lah.. sambung kerja balik.

Monday, May 17, 2010

MCM² HAL

Uolls ader dengar tak berita pasal bayi mati tercekik fish ball kat Nursery area bangi…. sebulan lepas tak silap… Semalam kuar lagi berita pasal bayi meninggal di bawah jagaan pengasuh. Ibu mana yang tak risau.. hari-hari tawakkal jer datang ker.. kan kalo diungkitkan tak pasal-pasal..

“ Kan dah lama saya suh awak berenti.. degil…”

Sia-sia jer makan kerepek lemau… Aku tak tau la kalo Hafiy n Hadif aku tinggkan kat umah pengasuh.. Kata pengasuh cuai?.. taska pun ader gak kes-kes cenggini… Taska cuai?..kadang-kadang bawah jagaan mak bapak sndiri pun kalo dah nak jadi..jadi jugak. Ntah..tak tau.. sudahnya tawakkal to Allah je la yang mampu..

2-3 minggu lepas… Hafiy.. Haaa..yang ni kisah terjadi kat aku sendiri. Bukan nak kata org lain la.. aku ni jer contohnya…contoh yang paling dekat.. balik kerja.. opss..lupa..tak silap hari tu hari sabtu.. Ajeed dah kuar kerja.. aku ada masak mee.. bagi la makan kat Hafiy..isi dalam pinggan kaca. Ntah mcm mana silap letaknya pinggan tu pecah… suara dah kuar macam petir dah…

“Hafiyyyyyyy……….”

Satu flat gamaknya leh dengar. Bersepah kaca kat depan TV.. Aku terkam Hafiy dulu.. bawak dia jauh sket dari kaca…terus aku ke dapur ambik penyapu ngan penyodok sampah tu.. erkk..penyodok ker.. uolls panggil apa?.. bantai jer la..

Datang jer balik aku tengok dia tercongok depan kaca….tgk dia tengah sedap jer duk cuba mengigit kaca.. ..apa bayangan dia tentang kaca tu pun aku tak tahu la….. ASTARFIRULLAHHAL AZIMMM… mengucap panjang aku.. dia boleh gigit kaca tu… nasib baik tak luka bibir dia.. check atas bawah belakang depan..alhamdulillah..takder luka…nasib baik.

Lenkali kena kurung dalam bilik kalo jadi kes macam ni lagi.. tapi benda ni memang jadi pengajaran kat aku la.. lepas ni kena alert dengan benda-benda yang diluar jangkaan kita.

Sampai sekarang Ajeed tak tahu hal ni… kalo dia tahu mau berbakul-bakul aku makan kerepek lemau.

Selingan….

Yang ni thumbdrive milik aku.. pantang tersadai jer atas kabinet…mesti ilang… hampir lunyai dikerjakannya..



Ilangnya kemana lagi..kalo tak Hafiy yang main… jangan tak tau tetiba jer thumdrive ini akan bertukar menjadi pistol yang paling power bagi dia.kalah M16 kalo kena tembak... selagi aku tak buat-buat sakit atau mati..selagi tu la dia akan tembak.. dah tu nak kena ader sound effect skali.. sooooo skill lakonan aku ngan Ajeed memang mantoppppp bebb….kalo tak tahan telinga ko dgr suara M16 dia tuh…



Ada ruper pistol tak?..

LELONG

Ingat lagi tak pasal kasut ini… Ekceli Acik Anie pakai kasut ini sekali jer.. Hari tu masa beli elok jer rasa.. Ye la try kejap jer kan.. dah pakai lama sket rasa len macam.. ketattttt sgt.. rasa lemas..takleh napas Acik Anie pakai kasut ni. Sekarang tersadai kat dalam umah…


Kali pertaama….

“ Apa jadi ngan kasut awak ni.. takder pakai pun…..”
“Ketatla…”


Kali kedua

“ Kena bakar api jugak kasut ni”
“Jangan la wak.. bukan taknak pakai..sedap pakai lembut jer tapak dia..tapi ketat sgt la…saya nak jual la”


Sooooo sebelum kasut ni dibakar…ader saper-saper yang nak beli…?
Murah-murah sajer…. RM 15 henggit OK?
Saper nak sila tinggal jejak kat komen box….

MIMPI NGERI

Akibat anti sgt dengan org ni.. malam tadi dia muncul dalam mimpi aku. Paling tak boleh blah dia jadi secret admirer aku dalam mimpi tu.

Ngeri bila pikir dia boleh minat aku dalam diam.. siap guna org tengah lagi bodek aku supaya aku ikut dia.. ntah nak pegi mana ntah..aku ikut tu sebab kawan aku cakap kami pergi berdua..alih-alih dia bawak pakwe dia dan org itu sekali…… pastu masa siap-siap nak bertolak…dia siap mintak izin nak duduk belakang sebelah aku…aku memang tak nak.. siap menyumpah-nyumpah lagi…… tiba-tiba….







"

Aku dengar suara bayi menangis……….
Rupernya… Si Hadif nangis lapar susu…hahhahahhaha…. Nasib baik Hadif kacau.. kalo tak memang aku tak dapat bayangkan macam mana proses dating aku ngan dia.

Akceli aku ni takderla anti sgt ngan dia… orgnya OK..tapi kalo bab berkerjasama dengan dia dalam kerja ..totally memang out.. aku memang tak leh masuk ngan dia. Takleh masuk la… yer la.. kita manusia mana ader yang perfect..Non adernya… saper yang ngaku dia perfect tu memang tak sedor diri la… aku pun tak kata yang aku ni perfect.. dan org yang muncul dalam mimpi aku takderla totally takleh pakai.. kurang situ lebih sini plak. Soo sebagai manusia kita kena legkap-melengkapi antara satu sama lain.

2 hari lepas dia ader audit kat tempat aku.. memang dia tak akan lepas la…dapat NCR 1. Sebabnya kecik jer.. aku tersilap cop.. mata dia boleh nampak warna cop merah yang agak blur tu.. aku pun satu..siyes … memang tak perasan langsung..bagi contoh yang nyata-nyata silap… Sooo aper lagi jawabla…. Takyah la ko nak merayu kat dia ..dia memang tak pedulik punya….dia ni memang jenis takder perasan… ko marahla..kata la gajah rimau ke..dia dgr pun buat “donoooo”.. sebab tu aku cakap dia jenis yg takder perasan….

Saper yang kerja sini memang boleh agakla saper insan unik itu… rahasia kerjaan tauuu..… P & C . Mati aku kalo dia tahu aku kutuk dia..ahahahah.. takderla kutuk ngata jer..:P



Org itu ada di sini... Sorry Abg Is ..saya kidnap dari FB Abg Is...

Friday, May 14, 2010

KISAH ORG SENTAP

Ini bukan n3 pasal resepi masak lemak….n3 ni pasal org tua yang merajuk tapi last-last pegi dapur makan nasik siap bertambah lagi dengan muka yg agak selamba.


Orang tua ni kalo merajuk memang buruk sangat rupanya.. kalo Hafiy merajuk bolehlah aku sogok ngan air NUTRIGEN.. tapi kalo bapak Hafiy.. surrenderrr weyyyy…

Ni sumer pasal masak lemak la yg jadi punca…. Biasala kalo timur dan barat bergabung.. haru biru jadinya.. nasib baik tak melayang lesung batu…. Uolss sedia maklumla cara masakan orang timur dan barat boleh kata agak jauh bezanya.

Malam tadi Ajeed mengidam nak makan masak lemak cara turun temurun keluarga dia la. Kalo ikut style aku masak lemak ni wajib masuk bawang n lengkuas pastu taruk daun kesum atau bunga kantan ker..daun kadok ke…tapi pesen dia cili hidup ngan kunyit semata..pastu masuk serai… memang aku tak berapa gemar kalo ikut style dia.. kalo ader aku ngap jer.. tapi takder la kata nak bertambah.. so bermula la citer malam tadi…

Dia balik awal lagi.. siap beli serai, cilipadi , santan dan ikan gerut…sedap la wey.. ikan mahal.. dia kalo nak masak cilipadi tak main la ikan kecik…. Ikan mahal ajer.. selero besoooooo…. Memang dah plan dan termaktub dalam undang-undang kuarga Acik Anie..saper masak mesti kena ikut style dia.. makna kalo aku masak ikut cara aku..gitulah sebaliknya. Suka tak suka harus terima dengan redha..Aku tgk dia excited giler.. tengahari tak makan..tahan perut nak makan masak lemak malam nanti.

Aku pun ke dapurla prepare apa yang patut… blender santan.. basuh ikan..tumbuk rencah bagai la… Aku pun bersuara la..

“ Banyak mana nak masak ikan ni… saya tak nak …awak jer la yang makan……..”
“Habis awak taknak makan la…. TAK PAYAH MASAKLA KALO MACAM TU ”

Huiiiiiiiii mak aiiiiii….terussss sentaappppp bebbbbb…… aku cakap taknak makan terus sentap habis….

Aku pun senyap jerla… dalam 5 minit aku duk mujuk dia suh masak… kerasssss..tak nak masak jugak…

“Makan Telor jer la…..”

Dari marah..terus merajuk nak makan telurrrrr jer……huhuuuhu……. Nak tergelak pun ader…Aku pujuk lagi… mana tahu berhasil….Hampa gak..dia memang nekad tak nak masak lagi…nak makan telur jer…..


Aku pun aper lagi..trus masuk dapur klung kleng klung kleng… (feeling isteri solehah jap)

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN GERUT style dia la bebbbbbb………aku panggil dia suh rasa dia tak nak.. tanya bahan-bahan yang patut masak pun dia tak jawab…aku pun buatla macam biasa ikut cara yg biasa dia buat. 20 min lepas tu..siap la masak lemak.. cuba rasa sket..perghh..sedap gak…

Kejap lepas tu dia datang bawak telur sebijik… aku tanya dia..

“Aiii…sebijik jer telur.. mana cukup… awak kan tak nak makan masak lemak ni.. masak telur lebih sket utk awak..ni utk saya jer…..”

Sengih-sengih ambik pinggan ceduk nasi… ceduk masak lemak skali…

Selamba jer buat muka toye….sambil berkata..

“Macam ni la masak lemak yang saya mengidam nak makan”

Trus bawak pinggan nasik depan TV…

“SEDAP LA WAK…”

Ermmmmmmm…. Hampeh…

“ Elok gak awak merajuk kan.. tak payah susah-susah awak masak kan..bijak-bijak…”

Tersengih-sengih….

Soo malam tadinya dinner masak lomak cili api sama telor dadar sajorrrrr….

Thursday, May 13, 2010

MOHON BANTUAN



Perhatian kepada sesiapa sahaja yang mengenali wajah ini ..... sila laporkan kepada balai polis berdekatan.
Ataupun telefon jer terus pada nombor yang tertera.

Dipercayai kuar rumah pada pagi Senin tanpa disedari oleh sesiapa. Sedar-sedar dah hilang. Yang lebih membimbangkan dia seorang OKU. Pagi Senin kalo tak sikap aku ader kuar BULETIN PAGI kat TV3. Terkejuttt...macam pernah tgk jer org ni... pastu kuar plak muka akak n abg dia.. sah la....adik dia... petang tu plak terus aku tanya ngan abang ipar dia..

Sooo pada mereka yang terserempak kat area pasaraya ke.... tepi jalan ke.kedai ke..stesen minyak ke....atau mana-mana sahaja. jangan segan-segan tanya nama dia...kalo dia cakap namanya Reena dan tinggal Sg Chua tuu....sah la dia...cepat-cepat la tepon abg ngan akak dia... no. ada kat iklan atas tu.....

Keluarganya sangat-sangat mengharapkan kepulangan adiknya yang tersayang....

Tuesday, May 11, 2010

SIAKAP STIM CAMPAK AJA

Menu paling senang dan sgt sesuai utk org yang malas macam aku ni....



sebab apa aku kata malas...satunya dah beli ikan siap suruh org tu siang..balik umah tinggal cuci jer.. kalo ko tak malu suruh la org kedai tu cuci bersih-bersih. Kalo aku la malu weiii....Pastu yang keduanya..sah-sah bahan yang simple...bawang putih , daun bawang, halia, limau nipis...garam aji.... done...its so ezy kan...

Sumer bahan tadi ko ketuk jer sket-sket ngan lesung batu... pastu campak ajer kat dalam kuali.... dats why la namanya SIAKAP STIM CAMPAK AJER

Dah agak agak nak masak..masukla air limau nipis..kasi masam sket...baru la mebelessss....then last skali masuklah daun bawang... daun bawang ni lagi banyak lagi sedap... jangan plak menimbun sampai tak nampak rupa ikan...

itu jer...senang kan....campak ajer..jgn risau...

ADAMAYA



Semakin addict dengan Adamaya...Tak sabar nak balik umah semata-mata-nak tgk Adamaya... sempat lagi tu.. nasib baik budak 2 org tu sporting .... paham sgt mak dia tgh feeling zaman muda-muda... Kesian pun ada dengan Adam... Tapi macam dayus jer biar bininya macam tu kan?...alaaaaaa citer kan..gimik la....

"Adam hanya untuk Maya"

Wahhhh....touching sungguh kata-kata itu....

" Ajeed hanya untuk Anie"....

boleh gitu.....

Uweeekkkkkkkk.... sapa nak muntak silakan.......

CERITA ORG BUSHUK HATI

Manusia macam ini masih wujud kat dunia.. malah saban hari makin banyak dan banyak,,,,,dan banyak lagi.. ntah datang dari spesis mana pun aku tak tau..
Uolls just baca jer... and pandai-pandailah buat penilaian

5 May 2010

Pls check with Ani whether she record on te DMI Copier record sheet when making copy or printing direct from her computer to the copier

I see the previous month record, there was no copying by ISO on the copier record sheet ! but i did sometimes see printing out from the copier machine (a lot of copies) which looks like ISO documents

Please remind her to write down the copies made on the record sheet


Cik Kunci oiii...
Aku ada photostat... memang banyak.. sebab tu la aku sekali tulis jer...700 pages...aku tak print direct sebab doc tu bersign ...so aku kena potostat.. 2 hari aku macam org giler duk mengadap mesin pototstat.. kalo aku pegnent genti dah gugur anak aku... punya la sinaran UV kat mesin tuh... tapi demi tugas aku sanggup terpacak dari pagi sampai petang .... Sebelum ni aku print setakat selai 2 dalam seminggu takder la aku nak tulis.... mengonggggg....... tu pun ko nak ambik kisah..dah takder kerja...nak ambik tahu kerja org buat aper...

Yang aku bengang naper tak direct sound aku jer.. ko email boss aku pesalll... kalo nak pedajal aku pun biar la ader reason yang kukuh sikit.. like aku pancit tayar keter ko ker?

Then aku suh boss aku cakap aku dah record... dia tak caya... aku yang rekod aku tahu la...dia tak puas hati..then sampai email ni plak...hari yang sama- petang...


Good afternoon to all,

Please be reminded that whenever you make a copy from the photostate machine - whether it is making a photocopy or direct printing from your computer to the photostate machine, please record the number of copies made on the Copier Record sheet provided.

Please also inform this to your staff who always come to office to make photocopy / printing


Kali ni dia cc kat sumer org.. giler... nampak sgt lo ko memang takder kerja.. kerja ko duk perati org yang datang potostat rekod ker tidak.. itu jer.. yer la ko mana ader kerja nak buat....sebab ko tu Manager... Manager mana leh kerja berat-berat

Then sampai plak email yang ni...opsss..lupa nak cakap..email ni aku foward dari inbox boss aku... boss aku makan jap.. aku kidnap jer...
email bertarikh 6 May 2010

I see thru Feb - Apr 3months record, there was none ISO / anie record
Last tuesday when i go to photostate, i saw ISO doc printed out (15set x 6pgs=90pgs), so I wrote down 90pgs for ISO - i think there is the only one on the record

Anyhow lets see whether it will improved



INI SUDAH LEBIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Ek elehhhhhh smallllll matter punya halllllllll..... ko igt ko jer yang bagussss ...ya memang ko yang the best laaaaaaaa...........THEBEST wakkkkkkkk luuuuuuuuuuuuuu
lebih baik ko duk diam-diam...pikir... saper manusia malang yang akan jadi laki ko.... opsssss terlebih sudahhhhhhhhhhh..... sorry tershashullllll.........

PROBLEM ITU MASALAH

Saper yang tgh jiwa kacau elok sangat lah baca buku ni..elok bebenor lah pada mereka yang tengah bermasalah sekarang ni. Tapi yang takder masalah sepanjang hidup dia pun elok jugak bacanya... tak rugi ...



Ekceli buku ni telah dikidnap dari umah member En Ajeed... aku tabik betul ngan laki aku nih.. dalam bz dia..sempat lagi dia curik-curik pinjam nak baca buku ni..

Aiii..besor benar masalah awak erk?..

Tapi aku tahu motip sebenar naper dia pinjam buku ni.. sebenarnya buku ni ubat tido jer.. dia ni kalo kerja teruk mesti dapat penyakit susah tido.. so kalu ader buku settle la masalahnya.. atas tilam pegang buku dalam 2-3 minit..gerenti...terlelap sampai pagi... berdengkurrrr lagi...

Malam tadi Hadif tak lena tido... kejap sedar..kejap lagi kan sedar..resah aku tgk dia.. rupanya baru aku perasan naper... Ajeed berdengkur kuat sgt..patutla budak tu tak lena tido...

So kesimpulannya... jangan lari dari masalah..belajar utk menghadapinya.. kerana setiap masalah pasti ada penyelesainnya. Satu lagi yang perlu kita tahu.. Tuhan tu bukan saja-saja bagi masalah kat kita.. Dia tahu kita mampu menghadapi sebab itulah masalah itu dibaginya pada kita.. Sooo... pandai-pandailah kita cari jalannya....

Dan lagi satu.. cuba ckp saper yang tak pernah ada masalah.. bahagia la ko macam mana pun sikit sebanyak mesti ader masalah.. tipulah lah kalo ko cakap...

"ohhh aku bahagiaaaaaa..... tak pernah gaduhhh...." cehhh.. hipokrit...

Kannn..kannn?...

Thursday, May 6, 2010

OLE-OLE DARI MEKAH

Salam di hari khamis buat semua readers yang disayangi. Besok dah Jumaat… cepatnyaaaaa…. Hari ke hari masa berlalu meninggalkan seribu satu kenangan pahit dan manis bersatu menjadi satu cerita yang tak mungkin dapat dirungkai dengan kata-kata.. hanya mampu ku lakukan hanya melemparkan segala macam cerita itu ke dada blog kesayangan ku ini. Pada yabg sudi berkongsi segala suka duka ini..terima kasih tidak terhingga kerana luangkan masa membaca cerita merapu ku ini.



Malam tadi insan kat atas ni datang umah (sory..kipnap gambar dari FB norez). Bawak ole-ole dari Mekah. Minggu lepas dia sefamily selamat sampai kat Mesia setelah hampir 2 minggu kat Mekah buat umrah. Alhamdulillah moga setiap ibadat yang dilakukan diterima oleh-Nya.. Murah rezeki.. awal-awal lagi dah boleh bawak satu family buat umrah… kita punya turn entah bila.. Tuhan belum bagi kelapangan untuk itu. Insya Allah satu hari nanti ader rezeki kami plak. Doakan yer kawan-kawan. Supaya dibukakan pintu rezeki ke arah itu. D



Dalam banyak-banyak beg ni..mana yang paling lawa. Yang lawa tu lah yang Acik Anie punya… tapi bukan Acik Anie yang pilih dulu..



Tuannya dah siap tulis nama..itu utk saper..ni plak utk saper.. Ingatkan dapat beg jer..



Rupanya dalam beg tu ader lagi isinya. Alhamdulillah.. ader air zam-zam…. buah tasbih, inai, minyak wangi.. kopiah…cokelet… ermm..cokelet tu bahagian Hafiy.. dia yang habiskan.. tak sempat aku nak snap dia dah terkam dulu.



Apapun terima kasih banyak.. moga dimurahkan lagi rejeki kamu sekeluarga. Saper-saper yang nak pi umrah bolehla contact dia.. murah sket..opss bukan sket..banyakkkk..tapi kena ikut turn dan ader masa-masa yang ditetapkan..... Promo sket...

Wednesday, May 5, 2010

SEMUA DALAM SATU…. (Part 6)

Dasat la Acik Anie ni… dalam takder masa banyak plak n3 2 hari i..ni bukan takder masa..terlebih masa ni. Aku rasa mcm pendek jer kisah minggu lepas ni..tapi bila terjemahkan ke dalam blog ni..haiyaaaaa..panjang wooooo….kepala sudah pening..woo… sambung lagi kaaaa?

Yer la…sambung….

Masa kat klinik..dalam duk melilau carik saper yang boleh tumpangkan aku sampai Bintang… nama Hadif di panggil..

Masa tu Hadif tidoo… Alhamdulillah.. sepanjang kat klinik dia tido jer… takder banyak meragam.. dia tahu mak dia tgh susah hati sekarang.. so itu sebab dia tak banyak ragam. Dia bangun masa nak timbang n masa masuk dalam jumpa misi.

Masuk dalam tu.. sheck sumer..misi cakap BMI Hadif tak cantik… tak naik ..bulan lepas 6.2.. semalam pun timbang 6.2. Aku pun dah risau naper tak naik.. sejak demam kena chiken pox hari tu berat dia susut. Pipi pun cengkung jer sekarang. Aku cakap ngan misi dia kena chiken pox.. makanya sepatut semalam kena inject 6 bulan.. tapi kena postponed bulan depan.. katanya dia tak boleh nak cucuk kalo budak demam dan etc la..batuk ker selsema ker…ok la..takper..bulan depan datang la …



Kesian dia.. rupanya demam dia hari tu sebab nak kuar kuman chiken pox ni.. nasib baik bijik yang kuar tu kecik jer.. Kalu nak compare ngan Hafiy dulu..dia kecik sket.. Hafiy tu besar - besar..bapak Chiken Pox tuuu..



Dah siap jumpa misi..tetiba ader org menegur..

Kak Nie datang sorang ker?

Ermmm…sorang..abang tak datang dia hantar jer…balik naik teksi jap lagi

Laaa.. balik ngan kitorang skali la…

Ermm ok gak.. alhamdulillah….tak yah tunggu teksi


Allah temukan aku dengan insan baik hati ini.. walaopun takder aku nak menegurnya..dia yang pelawa aku dulu.. alhamdulillah..

Balik tu aku nyinggah klinik kat area Bintang jap.. ambik MC jap… mintak ubat Hadif skali…balik tu aku jalan kaki sambil gendong Hadif.. dekat jer..dalam 100 meter… OTW tu singgah ambik Hafiy terus.. malas nak turun lepas ni.. kan saper nak jaga Hadif kalo aku turun ambik Hafiy….

Adussss…tamat sudah.. inilah kisahku dari sabtu hingga semalam.. ginilah hidup kita.. selagi ader nyawa..selagi itu kena kerja cari rezeki utk anak-anak..

Untuk suamiku…TQ soo much … sanggup berhempas pulas demi keluarga kita. Nak senang bukan senang...susah senang harap dapat kita tempuh bersama-sama.

SEMUA DALAM SATU…. (Part 5)

Part 5 mungkin episod last kot….harapla… kerja banyak tertunggak ni.. aku cekalkan hati gak nak buat n3 baru… risau kot ader yang kechiwa bila bukak jer blog Acik Anie.. alaaa…kosongggg…takder update…. Blogger prihatin la katakan..huhuhu.

Sambung balik yer… tak pastila uolss igt lagi pasal kronologi kisah ni kan.. takper la..janji update….

Dalam kul 1-45 aku sampai umah… tgk si kecik terbaring tanpa baju… alaaahaii..kesiannya budak itu.. dah la kurus kering..yerla baru lepas demam kena chiken pox plak…rupanya takder letrik..panas la weyyy… Hadif hanya berpampers.. babahnya mcm biasa dengan pakaian rasmi kat umah.. kain pelikat lalalallala. Tanpa baju… oh seksissss…amat gantangggg …

Terus terkam Hadif peluk cium dia….… rinduuuu….walopon ½ hari tak jumpa… n seraya babahnya berkata..(wahh…feeling Fatimah Busu jap)

Kawan dah tepon… kena pergi site secepat mungkin…pastu camner awak nak gi klinik…pegi bolehla saya hantar.. balik camner…

Takper la wak.. saya balik naik teksi jela..tunggu kat jalan besar..


Ok la..dah decide nak balik naik teksi.. tawakkal jer..harap cepat balik la..Sesampai jer klinik aku tgk dah ramaik insan –insan beranak kecik yang menunggu kat luar….aduuuuhhhh…ramai ni….Sekali lagi masa nak turun Ajeed tanya..boleh ke balik naik teksi.. Kalo ikutkan aku memangla taknak.. susah sgt rasa.. dengan bawak Hadif… panas lagi… tapi nak buat camner.. berkorban….Masa nak turun keter tu Ajeed cakap apa tau…

"Sorry la wak.. kena berkorban sket…… "

Ya la.. bukan sket ni bagi aku…banyak ni.. sebelum ni memang tak penah jadi macam ni.. dek kerana urgent punya pasal..terpaksalah dia pi jugak…sooo nak tak nak…berkorban… tunggu teksi tengah panas kat tepi jalan sambil gendong Hadif.
Tawakkal to Allah…

Masuk jer dlm klinik aku dapat nombor 82…baki yang datang petang adalah dekat 7 org…. sooooo..tungggguuuuuuuu jer.

Dah sampai giliran timbang Hadif plak tak naik..alahaiii kesian budak kecik ni..yerla baru lepas demam..batuk pun tak ok lagi. Dalam masa menunggu giliran tu sempat lagi mata kau melilau cari saper-saper yang aku kenal… nak tumpang balik skali….taknak tunggu teksi… mana tahu kan ader org sudi tumpangkan aku… harap-harapla..

Melilau dan terus melilau. Mulut plak terlebih ramah bercampur dengan muka tak tau malu ..sebabnya sibuk nanya org tu mana dia tinggal… takder la aku direct tanya

"Ko tinggal mana….aku nak tumpang boleh…..? "

Kan budi bahasa budaya kita… mula-mula tu cuit anak dia dulu… alolo…. Comelnya dia..minum air ribena erkk.berapa tahun ni kak….dah boleh cakap erk…anak saya pun suka minum air ni…bla..bal..bla… then baru tanya …

Akak tinggal kat ner?….

Taman Semarak….

OOOO…dekat ngan umah saya ni… Senang tak tunggu teksi kat depan ni kak..

Ntah la dik..akak tak penah naik teksi kat sini plak…

Then…senyapppp….. takdernya dia tanya aku naper aku tya gitu.. takperlla….dia tak paham kot... Usaha lagi…..melilau cari kawan..kot ader yang datang checkup anak skali hari ni… tetiba….

Ahhh,….. malas la sambung…. Tunggu part 6 la plak…

SEMUA DALAM SATU…. (Part 4)

Ok..kita sambung lagi.. kan semalam tak jadi nak gi pra test tu kan....tiba hari yang dijanjikan lain plak la kisahnya......

Kata bz.. boleh plak Acik Anie buat n3 bersiri macam ni….lantakla..

Pagi semalam … Isnin la kan.. ada 2 appoinment… 1 dengan Cikgu Pendek…satu lagi dengan Klinik Sungai Ramal. Aku dah arrange baik-baik dah… pagi QTI..balik dari test tu trus pegi klinik… tapi kita hanya merancang…

Dengan CP (Cekgu Pendek)… katanya kul 8 dia datang… tapi macam biasala..9-30 baru muncul..dah tu kena nunggu lagi.. ambik budak lain skali.

Dah settle sumer bawakla kami ke sekolah memandu… macam biasa..nak start test tu print ibu jari.. nak kuar pun gitu.. Aku pun pi la ofis…buat apa yang disuruh. Katanya lepas print datang balik..sambung blajar keter.. pastu ½ jam pi print balik..

Aku pun ikut la arahan 1 persatu…. ½ jam kendian masuk la aku print balik ibu jari kat ofis …then kuar balik sambung blajar keter..

Dah hampir 2 jam…tunggu punya tunggu cikgu yang nak buat QTI tu takder muncul-muncul… dah hampir 2 jam aku duk pulas stering keter tu sorang-sorang…naik lenguh labu lengan..perasan mcm dah tumbuh otot-otot kat lengan aku..cikgu yg ditunggu tak kunjung tiba….. 2 jam lepas tu baru dia datang….

Jom balik….

Aikk… saya lom test QTI la…

Tadi yg awak duk bawak keter tu kira test la tu..

Mana ada..batang idung cikgu tu pun aku tak nampak….jalan raya pun aku tak kuar.. duk main bukit..parking 3 penjuru…Tetiba datang terus nak balik…

Cikgu tu percaya kat awak.. tu dia takder nak tgkkk…..


Percaya kepala hotak hang .. kalu aku ok takkan sampai naik bukit pun boleh terundur… masuk parking gohead gostan dalam petak tak dapat kuar kuar ..terkial-kial sorang diri…stering kanan aku pulas kiri..kiri aku pulas kanan.. itu namanya pro….

Itu Prosakkkk namanya…..Tak ke bengong…. Adik beradik ngan bengap…

Ajeed dah call byk kali dah ..katanya urgent..dia kena sampai site secepat mungkin…. Soooooo…..camner ni… aku kat sekolah memandu lagi…. Hadif lom pi klinik ni… camner ni….tgk jam kul 1-30… klinik buka balik kul 2 … lambat datang kan kul 5 la jawabnya aku habis checkup.

Akan bersambung…

Tuesday, May 4, 2010

SEMUA DALAM SATU…. (Part 3)

Ok la.. takper la kalo cancell pun ..petang ahad tu dapatla kuar riadah dengan budak dua org ni…sooo dlm kul 5 weolss kuar pi taman dekat umah…

Ajeed dah janji awal-awal.. kalau Hafiy duduk elok-elok kat taska tak kacau orang babah bawak pi main ball kat taman. Bukan apa.. anak jantan aku ni kena slow talk sket ngan dia… aku dah mula risau..menyakit gigit mengigit datang kembali… dia suker gigit anak dara org la… anak dara tu.. jantan tak main la.



Sampai masa yang di janjikan.. bukan nak main ball sgt pun..sepak 2-3 kali… dia merayau pegi tgk org main kite..

Hohoho.. mintak nak main layang-layang la plak.. Si babah tu ngikutkan aje apa yang direquest.. kalo aku.. menangis la ko kat situ.. dah letihkan stop la dia… kejam tak…?

Kan betul apa yang aku cakap.. dia pegang kite tu tak sampai seminit… last-last..babahnya yang terkial-kial cuba dan terus mencuba utk naikkan layang-layang itu.. gagal jugak.. pastu dia salahkan takder angin… padahal Hafiy yang tak berjaya naikkan.. baik punya reason…

Naper tak naik-naik ni wak..dekat 10 min dah ni…

Angin takder la….

Cehh..salahkan angin….


Kesian tgk dia terkial-kial sorang diri aku pun offerkan diri aku utk tolong dia… barula naik…
Aku hanya memandang dari jauh jer la.. peneman setia Hadif..



Sempat lagi snap gambar si kecik..igt nak masuk contest BABY IN BLUE… tapi tak cantik la.. kena la pakai kamera mahal sket .. baru cantik kan….Lumayan wooo grand prize dia...



PS: Kena booking org Serdang ni…. PS kat taman ujung minggu ni… boleh tak?