Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, March 30, 2009

Maksud Nama Huruf yg Pertama

Cuba uolls tgk maksud nama tuu.. sama tak ngan karektor sebenar uolls

A -Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B- Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C -Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D- Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E -Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F- Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G -Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H -Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I -Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J -Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K- Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L- Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M -Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N- Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O- Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P- Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q- Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R -Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik.. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S -Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T- Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U- Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V -Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W -Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X -Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y- Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z- Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.


Notakaki: Kenkadang takleh cayer gak ...

XTVT hari minggu..

Takder aper yg menarik. Minggu ni turn aku balik RPK. So seharian berkurung dlm rumah. Sungguh memboringkan tuhan saja yg tahu. OTW balik klang malam sabtu lepas aku tgk hanya Bandaraya Shah Alam yg sokong Earth Hour. Mungkin dlm 60% kot. Kajang?.. hampehhh... Bangi?...sama gak... Klang lagila.... walaupun tak diwajibkan kita sebagai manusia yg meminjam bumi ni dari anak cucu kita sepatutnya peka dgn masalah global camni... kalau ader alasan kukuh tu tak kisahla kan.. setakat nak tunjuk ko tuh mmg jenis yg keras kpala... takyahla.. sorry la.. takleh aku nak respect ngan org jenis ni.
Naper aku emo sgt erk......

Notakaki: Tart telur kat ner yg sedap erkkkk?.. rasa nak makan gila babas nih...........huby aku ckp kat Mid Valley sedap... member aku Rica pun cakap situ gak... lagi la trasa nak makan.. dah terasa kat batang tekak nih..



Friday, March 27, 2009

Keciknya Dunia ni....

2-3 minggu lepas.. ader sorang member huby aku namanya Belon (jgn ko gelak n tya apsal nama belon)... sebab aku sendiri pun tak tahu... Kata Belon dia ader job untuk huby aku.. so dia nak kenalkan huby aku ni dgn sorang kontraktor la... so.. tunggu. punya tunggu ..sampai hari ni lom ader lagi jo yg belon nak kasi kat abg aku nih....

Pagi tadi Belon call abg aku...

Belon: Alllaaa...jidddd sory la..org yg aku nak kenalkan dgn ko tu ada masalah sket. Bini dia baru mati.. nama syarikat tu atas bini dia. So payment sumer tertunggak la....ambik masa sket nak settle..
Ajeed: Ooooo ya ke..bila meninggal?
Belon: Ko ader baca paper smalam ...alaaa..yg meninggal sebab sedut lemak tuhhh...
Ajeed: Ooooo yer ker... Bini dia tu bekas 1 tempat kerja ngan bini aku....

ooooooooo....... gitulah citernya.. kecik sgt dunia ni kan...
Katanya Belon.. laki dia nak saman klinik tuhh.... ya la..bini dia sihat walafiat.. tetiba mati mengejut.. kalo uollsss tempat diorang.. camner......?......LU PIKIRLA SDIRI.. nabil yg cakap...

Thursday, March 26, 2009

Simple but Sedapp nooooooo

Hari tu teringin sgt acik nak makan daging bakar kan.. tapi bila bakar kat atas kuali leper tu tak sedap la plak... rasa karat... weeekkkkk... pastu acki ubah resepi.. daging perap smalaman still sama tapi acik goreng jer tau,.... sedappppp bangggaaaaatttt... 3 pinggan acik makan tauuu.....tambah plak ngan tompayak & kunyit muda... kruk..kruk..kruk...(bunyi aku geget tau.). .. Biasanya malam masak 2 pot .. 1 utk aku..1 utk hubyku terchenta... tapi mlm tadi aku yg habiskan 2 pot tu.. tinggal cinonit jer utk ajeed.... aku sengaja tunggu dia balik..malas nak masak trus.. balik jer kata dia dah kenyang..so selamat.. takyahla aku masuk daporr lagi malam2 buta nak masak nasi utk dia.sebab dia balik pun dah kul 8-30...... hehe...

Sesaper yg tak suker makan tempoyak..angkat tangan...?

"Awak ni suker sgt makan benda busuk".. ader ke patut dia cakap tempoyak tu busuk.....

Huby: Ni pertama kali saya tgk org makan kunyit hidup...

Aku: Awak ni memang pelik....

Huby:Awak tu yg pelik..jgn makan byk-byk..nanti anak jadi kuning....

Sedap tau..kunyit hidup.. fresh jer rasa bila kita geget tuhhh.....kruk...kruk..kruk




Korang jgn terkexut plak... aku siap tapau lagi utk lunch.. lauk pauk kat sini kurang memberangsangkan la.. tak tertelan acik tau....


Siap packing dlm plastik tahan panas lagi tuh.... ermmm tak sabor nak makan tengahari...

Budak Jamang Skarang....

Bebudak zaman skrg ni biasala kalo benda tak elok tuh cepat jer diikutnya..cepat jer blajarnya. Teringat kisah anak buah aku Si Aqil masa umur baya-baya Sarah. Dia sebut aper tau?.. B_ _ I... skali ibunya dengar sampai bengkak dijentiknya.. Sampaila skrg ni tak brani dia nak menyebutnya lagi..

Tapi berbeza sikit ngan Sarah ni. Citer ni minggu lepas adik aku bagitau.. tgh elok 2 org ni dok main tetiba boleh Sarah cakap.. "Kau la odoh (bodoh)...".elok plak depan ayah dia.. aper lagi kena jentiklah mulut Si Sarah ni.. Aqil plak siap ngadu ngan ibu dia.. "Bu.. adik cakap kau la bodoh"..tapi Ya Ampun.. tak serik betul SiSarah ni.. tak mcm Aqil... diulangnya lagi..kaula odoh..kao la odoh...


Sarah ngan Ibunya... (adik aku No2..aku yg sulung)

Nota Kaki:.. TV jugak bagi pengaruh negative kat bebudak...


Tag dari Elly....

Sebelum jawab tag ni .. akak nak tya sket.. naper nama blog Elly Your Grandmother Love's you.. Dah lama aku doh mikir sorang-sorang (tangan tongkat dagu.. mata klip-klip..then kuar bulan bintang berasap kat kpala).. nak tunjuk betapa conpiusnya aku nih.. Sila jawab Elly yerr......

Jawab tag plak......

1) Lelaki no 1 dalam hidup anda-
  • Kalau 2 org boleh kan ..kira share 50-50 lah.... 1st Pok Cik Pin... 2nd.. Ajeed Lorenzo.....
2) Perdana Menteri M'sia no 4
  • Of Coz la Che Det.. ( yer ker... ) kalo tak tahu bukan warganegara Mesia la aku nih...
3) Gossip di tangga no 2 sekarang
  • Aku bukan wartawan.. tapi biola aku berlagak jadi wartawan sat... kalo no 1..Fusha Sunda... no2- Wahidooo kot
4)Selebriti paling chumel no 1
  • Ntah.. sumer tak minat... aura mereka takk berapa melekat kat aku...opsssss..terlupa... aku minat.. ermm.lupa plak nama dia.. budak AF gakk... alaaaa yg masa muzik² tu dia tak nyanyi lagu dia.. Si Sahri yg nyanyi.....
5)Kakak no 4
  • Aku anak sulung.. so aku takder nak dpt rasa kasih sayang kakak no4 nih...
6)Teman rapat no 10
  • Boleh tak aku suker hati nak letak member aku kat ranking no brapa.. aku letak Si Ira jer la....
7)Kawan paling kudukut no 6
  • Aderke.. rasa takder kot..kalo ader pun... biarlah rahsia.....
8)Kekasih no 2 anda
  • Of coz la Hafiy... bucuk²
9)Artis lelaki no 1 di hati anda
  • Aku suker Noryn Aziz.. of coz sebab suara dia very the powesssssss
  • Pembetulan: Kalo lelaki.... ermmm... takder yg terlintas kat fikiran aku skrg... mungkin tak kenal sgt kot...
10)Adik no 3
  • Namanya Apihhh... kalo korang slalu ambik tiket ngan Utusan Travel branch Putrajaya gerenti kenal... hensem uuuu...wa cakap luuuuu.......(sila jgn muntah)

Diakah kakak?...

Aku kan.. kadang-kadang very the vannggas kalo pi mana2 pastu adik aku ader skali. Mesti org cakap aku adik..Ila tu kakak. Aku dah byk kali nasihat dia.. " Ko tu jaga sket badan tu.. kan laki ko carik lain baru padan muka"... masa aku ingatkan dia baru dia tringat nak pasang badan.. kalo tak.. selebeh gitu jer...

Yg paling klakor ader org igt dia Tealady kat ofis.. bukan main sakan lagi aku gelak.. pastu baru termegeh-megeh nak pakai baju lawa-lawa...malam tu jugak dia call mak aku kat kg suh tempah 3 pasang baju.. Mak aku pun beli la kain.. then tempah...

Aku tgk gambar ni macam gedikkk jer.... cuba korang tenung saper yg nampak mcm akak....



Notakaki: aku pun kenkadang malas jugak nak melawa nih.. ntah aper kena... sedap jer mengata adik aku...





Wednesday, March 25, 2009

Hafiy @ McD...

Hari minggu lepas... aku dah bagi hint...malam sabtu tuh...

Aku: " Wak.. kalo tgk belon udara panas kat Putrajaya kan best"...

Huby: Abg kat sebelah workshop salah sorang yg terlibat dlm Festival tu... smlm ader tgk dia bukak belon tu kat workshop.. company dia satu-satu company tunggal kat mesia..
Aku:...wooooo

Dlm kul 4...Kitorang pun bersiapla nak kuar... bukan main ensem lagi Si Hafiy konon ..kot babah bawak gi tgk belonnn....



Dalam keter...sembang2 nak lepak kat ner....

Huby: KFC nak...
Aku:.(dlm hati aku.. dia tak nak gi tgk belon ker....)Tak nak la.. kalo McD boleh lepaskan Hafiy kat tempat budak-budak.. KFC paling dekat takder tempat utk bebudak main..

Huby: Awak nak ker tolong ISRAIL ke... kalo KFC AMERIKA jer...(pandai plak huby aku nih)
Aku: Ermm..yer gak erk...Takpayah la...
Huby: Mentang2 perang dah habis ..awak ppun nak berenti boikot gak... (senernyya dah lama kiorang boikot tak makan McD....
Aku: Takperla wak.. masuk jer la (aku menghasut)


Last-last kitorang masuk gak... tu pun 2 kali round.. baru buat keputusan nak masuk...

Ini jer yg aku order sambil lepak tgk Hafiy jadi model gelongsor...


Cukup suker makan mender nih... sampai stim mata tuhhh....(jangan ko perasan warna tangan anak & babahnya ) harap maklum yer...

Dah siap makan aku suh Hafiy main-main kat situ jap.. sementara babahnya makan.. sempat gak aku suh Hafiy pose ala-ala model gelongsor gituuuu.....

Dgn machoonya anak aku posed...

Hooreeyyyyy..... Belonnn panasss....huhu.... sian Hafiy...


Habis jer makan kitaorang singgah tgk layang-layang kat tasik cempaka sat... Hafiy dah tanggal kasut dia.. cukup tak suker oakai kasut tu.. mungkin sebab longgar kot.. aku sengaja beli yg besar sket.. leh pakai lama ...

Balik jer ngam-ngam azan magrib... tgk Berita....(pasal last day Festival Belon Udara Panas)
Huby: Kenaper awak tak cakap.. sepatutnya kita pi sini tadi...
Seeeeeee....... saper yg salah....
MEREKA & KUARGA MEREKA..
Belon Panas Kat McD jerla....yer-yer aku bagi hint kat dia malam tu.. boleh dia tak faham.. lenkali kena direct to the point....

Jenaka Pagi..

Pepagi dapat email dari member sorang nih... member lama aku.. satu rumah lagi.. tapi skrg dia dah pinddah.. tukar kerja.. dapat kerja lagi bagus.. dah lama tak dtg umah aku.. last dia dtg hari tu masa tgk Hafiy.. masa tu Hafiy 4 bulan. Berbalik citer tadi yer.. melalut-lalut plak aku nih... PINGUIN in new version....
Kesian anak dia kan?... baju pun dipakai terbalik..hehe

Cantiknya...



Rajinnya and baiknya Suziey bagi award ni kat aku... suker..sukerr...suker...(pastikan korank sebut suker tu bagi nampak gigi yer) baru nampak suker yg sebetulnya.. TQ Suzieyyy...
Nampak gaya aku kena kretivkan lagi blog aku nih.. kalo tak sia-sia jer aku display award ni kan?.. buat malu jer... Aku pun teringin gak nak hasilkan award untuk followers yg paling setia nih... tunggu la dulu... baru peringkat novis kat arena blog ni.. bila aku dah advanced sket..tgklah..tak terambik korank award kat blog aku nih...

Tuesday, March 24, 2009

Kisah Aku & Suamiku

Aku ader sebut dlm n3 tangkai mug dah tercabut pasal aku teringin sgt nak makan daging perap semalaman then dibakar.. sedapppp.wa cakap luuuuuuu....

Semalan punya citer kat ofis...aku call huby aku

Aku: Teringinnya nak makan daging bakar. Nanti kita beli daging fresh kat Pasar Malam erk...
Huby: Hari ni pasar malam kat mana erkkk...?
Aku:Hari ni tak tahu kat mana..kalo besok tahu la....kat Fasa 4
Huby: Yer la besok la beli...nanti kita pegi la....


Settle bab nak beli daging...

Malam tadi punya citer...aku tgh makan nasi nngan ikan jaket goreng + Kunyit Hidup + Tempoyak (gaul ngan cili padi tuh)

Aku: Tak nak makan la tumis-tumis..tak sedap.. nak muntah rasa
Huby: Perangai mengandung awak dah sampai ni... bla..bla..bla
Aku: (mata aku dah berkaca) Kalau saya cakap ngan ayah saya.. gerenti dia dah gi cari daging.... dgn tetiba airmata aku mengalir dgn derasnya....

Huby aku dgn tak semena-mena trus bangun.. tukar baju.. kuar pi cari daging. Tanpa sepatah kata ... aku tak sempat ak explain aper-aper.... dlm 30 min dia balik.. aku tak pandang pun muka dia... trus aku tutup laptop, tv.. lampu..tarik selimut... tido.... dia pun balik jer trus..tukaar baju..then tido...

Pagi tadi punya citer plak...dlm keter masa dia antor aku kerja

Huby: Awak buat naya saya.. semalam takder pun pasar malam..
Aku: Kan saya dah cakap.. hari ni baru ada... saper suh awak kuar tgh2 malam buta pi cari pasar malam...

Aku trus stop situ jer.. malas nak gaduh-gaduh... dlm kul 9 pagi aku dapat SMS dari huby aku "DAGING ADA DLM PETI AIS"..aku plak balas... TQ SOO MUCH....

Tengahari tadi punya citer plak....dia call aku ... bunyi suara pun mcm seriusss jer..

Huby: 3 kilo saya beli daging ...ader kat dlm peti ais...sampai beranak awak boleh makan.. takyah beli lagi...
Aku: Ya Allah banyaknya.. buat aper awak nak membazir.. saya cakap dpt dlm 1/2 kilo pun ok....
Huby: Semalam saya dgr 2 kilo awak nak.. sumer awak nak bakar...
Aku: Mana ada.... 1/2 kilo saya ckp...takper la.. nanti saya buat sup untuk awak malam ni...
bla...bla ...bla..bla

Aku: Takperla wak... time rehat dah habis la...
Huby: Ok la... nanti balik awak ambik hafiy erkkk.. ermmm...wakk.. saya beli skilo jer daging tu...
Aku: Awak ni gatal la.. saya dah agak dah..mcm tak logik jer awak beli 3 kilo...
Huby: Kalu saya beli 3 kilo..saya tampal sekilo kat belah kanan badan awak..skilo lagi belah kiri...

Kwa..kwa..kwa....
sajer jer huby aku melawak.. aku ni yer-yer pecaya 3 kilo dia beli..... tipah tertipuu weyyyy.......

Tangkainya Tercabut..

Sajer nak cakap.. Tangkai mug aku tercabut. Kalau tercabut senyap-senyap takper ..aku tak kisah.. ni tak ...siap jatuh depan sumer org.. sumer manager ader kat ofis.. bos aku pun ader.. nasib baik masa tu aku lom isi air.. niatnya nak buat air nescepe... kalo tak.... tak pasal pasal kena mengemop..... dah la aku ni jenis latah.. adoyaiii..hilang rasa kewanitaanku bila aku melatah.... (harap diorang tak dgr aper aku sebut...hehe)


Tapi nasib baik benda tu leh dicantum balik.. tapi tak leh melekat dgn betul sgt... lepas ni gerenti tercabut lagi

Kena gam ngan Gam Gajah..gerenti tak tercabut lagi... balik nanti la...


Nota kaki: Aku skang ni ngidam nak makan daging yg diperap semalaman.. kendian di bakarrrr..... huby honeyyyy.. plssssssss..singgap pasar malammm...beli daging segarrrr.......
Takder kena mengena ngan n3....

Hari Minggu yg syiookkkkkkk..

Sebab aku boleh bangu lambat. Hafiy pun sporting giler... selagi kitorang tak bangun dia pun sama.. tak bangun... wahhhh ..anakku dah pandai malas@liat bangun pagi nihhh....elok utk aku dihari minggu.. kesian untuk diabila hari skolah...

Cuba tgk dah kul berapa... masa ni dia siap tarik bantal busuk lagi tutup muka dia.. silau sgt.. matahari dah terang kat luar...

Gaya mcm org tua-tua tuh....

Dlm kul 10... baru dia bgn.. tu pun golek sana...golek sini..

Bangun jer tido..aku trus pasang CD ABC... ralit dia menengoknya..sebenarnya umpan tak nak dia "bukak radionya"... paham2 jerla.. kalau kuar suaranya aku nak buat kerja pun tak jadi..

Muka budak tak mandi.. Very the Pure...mulus tuulus dan kudus kan?...... hehe...

Monday, March 23, 2009

Sarah Belajar Sembahyang

Secara tak formal la.. Dia suka sgt kacau ibunya sembahyang. Telekong yg dipakai tu pun bukan saiznya.. adik aku biarkan saja aper dia nak buat... layan jer la.. budak ni kita nak kena buat camtu.. Makin kita larang makin dia suka nak buat.. kalo kita buat derkkkk.. pandai plak dia...

Dah siap solat la...siap doa lagi... "Ya Allah Ya Tuhan ku.. Kau Selamatkan Seluruh Ahli Kuarggaku dari sagala kejahatan.."..hehe.. (dialog aku tuh).. tak tahu plak aper dia mintak..

Yg ni dah mula rimassssss...... tgk muka pun dah tau.....


Pssssttt: Hafiy pun dah pandai sujud tau.. sujud katak.. dia duduk mcam katak pastu dia sujud.. itu nama sujud katak..hehe

Award Dari Suziey...

Ibu pada Aqeel yg ensem tuu..... (Hafiy yg cakap)
Nak ucap bebanyak terima kasih kat Suziey coz sudi berkongsi award ni dgn saya yer.. bertambahlah koleksi award saya.. sekarang lagi bersemangat nak berblog sebab ramai kengkawan yg sudi tinggal mesej/komen pada setiap n3 yg saya postkan.. Saya sekadar berkongsi cerita tentang dairi harian yg telah terjadi.. bakal terjadi..dan yg terjadi pada saya dan kuarga setiap hari.. Moga hubungan antara kenkawan tetap terus terjalin walau hanya di alam maya...

Saya pun tak tahu .. naper tulisan saya kali ni begitu formal.. tapi aper yg pasti saya nak berkongsi award ni dgn
  • Miza
  • Prema
  • Eye

Sila ambil dan display kat blog masing-masing yer...

Sebagai membalas jasa..

Takder la balas jasa.. org kata org berbudi... kita berbahasa.. yer tak? Aku jemputla Si Anis datang umah.. sebab hari tu aku ader pi umah dia sementara aku tunggu my huby balik.. dia siap offer makan nasi lagi..lauk nya asam pedas ikan patin.. sedapppp...jer bunyinya.. aku kata.."Takyah la susah,,susah.. " tapi dlm hati...errmmmm sedapnya nyumm..nyum... Tapi aku takder la makan... huby aku sampai trussss kitorang ke kedai BERLAUK.. tapau nasi.. lapor...

Besoknya Anis datang rumah.. takder aper aku nak jamu kat dia..aku beli goreng pisang kat Pakcik Gatal tu & makan colek limau bali & air teh oooooo sajaaaa.....ermmmm sodapnya colek tu.......

Pisang Goreng Pakcik Gatal ni mmg sedap.. tapi huby aku cukup tak suka .. katanya aku dah kena mandrammmm ngan pakcik ni.. sebab katanya "bukan sedap sgt .. awak tu yg dah kena manddrammm ngan dia.. sampai hati kan?...."

Limau bali ni plak adik aku yg bawak dari kg masa dia dtg hari tu... didatangkan khas dari klantan untuk aku... Mak aku ni mmg cukup paham aku suka mender-mender gini... ermm...TQ

Jomm.. Makan Cengkodok Hangit...

Hari ni aku berbekalkan cekodok hangit. Biasalah buat kerja pepagi kan.. byk bende nak kena settle.. aku bukan reti bangun awal.... kekdahnya ginila... goreng cekedok... cekodokku hangit.. tapi masih bolleh dimakan byk tu aku masuk pisang.. tepung sket jer.... cuma ader rasa pelik skit la... (pahit)..hehe.. ok aper... pahit tu kan obaaaaaaatttttt......

Silakan jangan malu-malu.....

Sunday, March 22, 2009

Kunci Tertinggal plak...

Aduiyaiiii.... aku slalu lupa..dah byk kali jadi kes ni.. naper la aku nyanyuk sgt ni.... Tertinggal kat atas peti ais. Tapi nasib baik aku ramai kawan kat area ni tau.. last-last aku numpang sekejap kat umah member.. nama nya Anis.. Siap tya dulu.. laki ko ader ker tak..kalo takder baru aku pegi.. kalo ader tak tahula.. tunggu tepi tangga la jawabnya.. sorang takper ..ni ader Hafiy skali tak ke kesian..

Siap jamu air milo lagi.. elok la..aku haus ni...hehe

Rajin sungguh si Anis ni.. bukan takat air milo jer.. kopok sedap (byk ikan) & dodol hijo lagi.. elok sesangat la.. dah lama aku teringin nak makan dodol.. kata mengidam kan.. haruslah nak makan macam-macam....huhu......... sedap tau dodol dia.. naper dia tak bagi aku tapau erkk... huiss.. lebih-lebih plak.. dah la org bagi tumpang..nak lebih-lebih plak..dush..dush ....#*%$@

Hafiy suker sgt makan kopok.. sampai nak tercekik kooo.. nasib baik aku perasan.. skali masuk mulut bukan main besar ..mana aku prasan...


Dlm kul 8.00 barula huby aku pulang..aku tak moh ckp byk nanti aku dimarahnya plak.. saper suh aku lupa kan? nasib baik sempat maghrib....
Moral: Jgn makan kepala ikan... cepat lupa...



Lapstik ku dah jahanammmmm..

Hafiy punya kerja... aku dah lama tak pakai lipstik ni..alih-alih belek beg nak pakai lipstik... dah jadi gini.... bila masa dia buat project ni.....

Tutup dia pun aku tak tahu mana dicampaknya....

Gambar blur sket.. ader pasir plak tu kat lipstik ni..tak tahula mana dia tonyoh

Hafiy..hafiy.. ko tak nak ibu ko lawo keee....?




Friday, March 20, 2009

Kisah Seorang sahabat..

Aku baru jer balik dari surau tadi. Sembang kejap ngan sorang akak ni... namanya Kak Ina..hehe.. kiranya dia ni pangkat akak aku la.. sebab dia jau lebih tua dari aku. Tapi aku bukan nak citer pasal umur dia.. Aku cuma nak bercerita cara lawak dia ngelat bila kena tahan ngan polis.. hehe...

Kisah 1..

Kena tahan ngan polis pasal tak pakai tali keledar
Alasan yg dia bagi...

Polis: Ni kenapa tak pakai tali keledar ni...
Kak Ina: Saya baru balik dari klinik cik..
Polis: Kenapa
Kak Ina: Saya mengandung la cik...
Polis: Jalan...jalan...

Padahal Kak Ina takder mengandung pun.. mungkin perut dia sedikit naik kot..hehe

Kisah 2..
Kena tahan ngan polis pasal tak tampal road tax & tak pakai tali keledar. Dgn member.. siap waning member jgn gelak.. member sorang tu siap pandang muka ke arah lain sebab nak tahan gelak. Member dia tu pakai.. dia jer tak..
Alasan yg dia bagi...

Polis: Ni kenapa tak pakai tali ni....road tax pun dah mati semalam ni..
Kak Ina: oh yer ke cik... road tax ader ni cuma tak tampal jer...kepala saya serabut la.. suami saya baru meninggal semalam.. mungkin dia lupa nak cakap dia dah byr road tax kot...
Polis: Ohh.. suami kamu baru meninggal la yer... jalan..jalan..


Kisah 3..

Kena tahan sebab anak buah dia yg takder lesen yg bawak keter ..dia kat belakang...

Alasan yg dia bagi...

Polis: Tunjuk lesen

Anak buah Kak ina: takder lesen
Kak ina: Kesian Cik budak ni dari Bersamamu TV3 tuuuu
Polis: (tunjuk isyarat tangan suh jalann................)

Kisah 4..

Kena tahan sebab bawak motor tapi takder lesen motor..pastu road tax motor plak tinggal dlm keter. Keter tu plak anak buah dia bawak balik Kelantan..

Kali ini dia kena saman atas 2 kesalahan. Semua rm300. Setelah dibuat rayuan hanya rm70 shj yg kak ina kena byr...

Moral of the story : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga ...hehe....

Thursday, March 19, 2009

Suspen + Excited

Excited sgt member aku ckp pasal latest pesen tudung.. selepas tudung ekin.. mesti lagi lawo ka
Kalo saper-saper berminat aku leh jadi dealer.. hehe


Fungsinya 2 dlm 1.. boleh lapik tido skali...


Hampessssss........

Tag dari Jivebumz....

Tak sangka plak aku di tag oleh Jivebumz.(panggil Ila jer la erk)........ takpe .. skrg memangggg free giler babas... so leh la nak membebel kat sini... itu pun kalo ader org yg sudi nak baca......

5 TABIAT BURUK DI ZAMAN PERSEKOLAHAN
  • Zaman skolah erk... masa dulu suka tido dlm kelas gak..(tido sambil letak buku atas kepala..walopon meja alu betul-betul depan meja guru. Ape aku heran... tapi yg aku heran cikgu tu mmg tak kisah aku tido .. tu sebab masa subjek dia jer aku tido.. subjek lain tak.. kalo tak silap Sejarah Islam Ting 6- tahun 2006- tapi aku bersyukur sebab aku dpt prinsipal dalam sejarah islam.... (mungkin cikgu tu doa kot..."Ya Allah Kau bukakanlah pintu hati anak muridku untuk terima segala ilmu yg aku berikan ni Ya Allah"..agaknya lah)
  • Baca buku teks tapi kat dalam aku letak novell......
  • Suka berangan masa dlm kelas.... org yg slalu muncul dlm angan ku Alex Yoong.. Foo Kok Keong... Max Biaggi....ntah giler benar tgk pakwe hensem ni dulu..... siap ader buku scrap lagik...
  • Aku duk asrama.. kalo time study mmg liat giler... slalu masuk lewat study...kadang2 ponteng pun ader... pastu masa study tu bukan aku baca buku pun...sembang ..ntah aper-aper lagi benda yg takder pekdah aku buat.. pada anakku Hafiy..jgn tiru perangai malas ibumu ini...
  • Masa kat asrama gak aku suker benar ponteng solat berjemaah.. aku ingat lagi ustaz masa tu nama dia ustaz jailani... siap pergi check dlm dorm lagi kuat kemain dia ketuk pintuuu... " Woi .. jemaah..jemaah...." ingat plak kat dia....masa tu bukan main lagi lintang pukang dibuatnya.. aper lagi nyorok dlm almari... nasib baik dia tak buka almari satu-satu. Skrg pun dia masih ader lagi kat situ..
3 SUBJEK KEGEMARAN ANDA... KENAPA??
  • Sejarah Melayu.. ntah ..suker sgt nak tahu pasal kisah-kisah lama yg dah jadi sejarah
  • Sastera- Cikgu tu merangkap cikgu kelass aku lucu sgt.. aku suker tgk cara dia ngajor... very the detailsss uuuuu........
  • Pendidikan Islam.. Ntah la..sebab Ustaz tu kot... dia baik ngan aku dan kuarga aku.. kalo musim doyan slalu bawak utk dia... sebab tu dia baik ngan aku.. sampai datang umah nak makan doyan

3 SUBJEK YANG ANDA TIDAK SUKA... KENAPA??
  • Of coz math jugak.. cikgu tu fokus kat budak otak math jer.. pastu 1 lagi suker sgt suh kita buat kat papan hitam... tu yg paling aku tak suker....sampai cikgu math aku bagi pilihan ..saper nak blajar boleh masuk class dia..saper tak nak boleh pegi perpustakaan..
  • Bahasa Inggeris - aku mmg lidah mlayu.. takleh nak spekeng.. kalo nulis karangan dlm BI pu mau cikgu tu gelak sorang-sorang sambil guling-guling hentak kaki kat lantai...
  • Geografi.. - Ntah mmg aku tak minat nak kaji geografi bumi ni...hehe

APA YANG MENARIK PADA KAMU...?

Kalo bab ni takleh tya aku .. kena tya huby aku.. gerenti tip top punya jawapan...tapi aku describe ni ikut
  • Aku pandai masak kot..
  • Pemaaf- agaknyala... tgk situasi gak
  • Mungkin aku sorang yg kelakar.... sebab aku tak suka situasi yg terlalu skema nih..

KAMU PALING SUKA...?
  • Beli belah baju & toys & buku Hafiy
  • Masak makanan kegemaran aku & Huby aku....
  • Blogging- aku bakal jadi blogger tegar nih

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA..
  • Hafiy dan Huby aku
  • Mak ayah aku
  • Adik badik aku.....
  • Petunjuk dari Allah S.W.T

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
  • Takder saper... skali skali atau sminggu skali aku cal mak aku (sebelum tido la) atau mesej adik-adik aku....
Aku sebenar malas nak tag sesapa.. tapi aku ader berkenan ngan list kat bawah ni.. biar dia jawab erk....
  • Kak Sal
  • Prema
  • Kak Dilla

Sila jawab erkk... anda di tag.. copy jer dari blogku & paste kan jer...

Beza dulu dan skrg..

Aku harap adik-adik aku baca n3 ni.......
Aku tak faham dgn budak sakarang terlalu taksub dgn kecanggihan H/P.. sampai lupa kewujudan org yg lagi tua dari mereka. Walaupun itu adalah darah daging mereka.
Aku tak faham kenapa remaja skrg lebih obses untuk berSMS dgn kekasih hati mereka daripada mewujudkan hubungan erat sesama saudara mereka sendiri...

Apa yg PALING AKU TAK FAHAM kenapa dlm masa 3 hari yg suntuk adik aku dtg sini dia tak nak bercerita @ bersembang @ bergurau atau apa-apa saja yg boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kami. Sepatah aku tanya sepatah jugakla dia jawab.. Apa yg dia tak puas hati pasal aku... atau mungkin dia tak suka bila aku minta dia jaga Hafiy...

Aku ada tanya adik aku yg dekat slayang ila..jawapan sama gak dgn apa yg jadi kat umah aku... katanya dia lebih suka berkurung dlm bilik, ber SMS, ber tepon.... so...untuk adik aku... kenapa mesti ader jurang antara kita.. kenapa tak boleh balancekan hubungan dia dgn pakwe @ kawan dia dgn hubungan kawin adik beradik.. cepatlah matang wahai adikku......

Dikala ini aku teringat zaman kami kecik-kecik dulu.. aku selalu dukung dia..peluk dia .. cium dia... betapa sayangnya aku pada adik aku........pastu gilir plak ngan ila yg kat slayang tu...dia pun buat perkara sama pastu mesti ila ckp...

"kak...adik sayang aku la....."
aku plak mesti membalas... tak..adik sayang aku la.. dia tak sayang ko......"

pastu kami berebut nak peluk cium adik........

Satu lagi yg aku takleh lupa kalo time nak tido.. kitorang tido satu katil..melintang.. kat tgh mesti yang bungsu... pastu suka sgt tarik kain selimut .. aku nak lebih... ila pun nak lebih ..yg selamat adik aku la..sebab dia duk tgh-tgh... pastu bila kitorang jeles nak tido tgh mesti kitorang cakap
" Dik ..kalo hantu dtg mesti dia makan yg tgh dulu.. hantu suker yg tgh.."
bukan main takut lagi adik aku......

satu lagi.... kalo time makan .. mesti aku nyakat adik2 aku.. like sorok lauk dia balik nasik ker..curik lauk dia ker.. letak cili dlm nasi ke..mcm2 la... pastu mesti bergaduhhh..tapi bergaduh kejap la...

itu cuma kenangan dulu-dulu.. skrg jauh skali kami nak buat gitu...........
aku rinddddddduuuuuuuuuuuuu sgt pada kenangan zaman kami kecik-kecik.......
Nasib baik skrg Hafiy ader.. bila aku kesedihan..aku peluk dia..aku cium dia... hilang segala kesedihan...
"besok kalo Hafiy dah besar jgn buat org sedih tau........"
"Ibu sayang Hafiyyyyy sesangat......... "

Bibik Hafiy Dah Pulang...

Pagi tadi huby aku antor dia kat SBK. Bas kul 8.30am. Sekejap jer dia dtg.. tak sempat Hafiy nak bermesraan ngan dia. 2 hari Hafiy duk ngan dia bukan main baik lagi.. sebaik-baik umat la...Siap manja-manja lagi.

Tgk la.. ralit duk nengok TV.. pic ni Cek Su dia yg ambik .. nak tunjuk bukti bahawa Hafiy baik/ok duk ngan dia..Kalo duk ngan ibu dia..takder nyer dia posing mcm ni...aku agakla masa ni mesti dia tgh tgk iklan atau katun Wonderpets.... hehe..naper budak suker nengok iklan erkkk?...


Siap boleh pegang bantal lagi tu....aku heran dgn aku tak nak plak dia pose camni.. jenuh aku suruh pun dia buat derkkkk jer.. kalo dgn Cek Su bukan main lagi ko errrrkkkk?.....

Balik nanti kalo aku tanya " Hafiy... Cik Su mana?"... gerenti dia merangkak pi cari dalam bilik.. kesian dia...Dia tak tahu yg org tu dah balik... gerenti la seminggu dia asyik duk jenguk dlm bilik cari Cek Su dia....

Hati aku meronta ver meroyan nak balik kg..last balik bulan 1...aduusssssss rindunya kat my parent...tolonglah dgr luahan hati bini mu wahai lakiku.....................

Wednesday, March 18, 2009

Alat utk cuci aquarium..

Aku pun tak tahu ape nama mender ni. Tapi yg pasti benda ni bercantum (1 dlm 1 luar) sebab yg kat luar tu bermagnet.. so maknanya kalo ko cuci luar otomatik dlm pun cuci..takyah la ko susah-susah nak celup tgn dlm air tonyoh bahagian dlm aquarium...

Aku pun sebelum ni mana tahu kewujudan benda ni setelah huby aku bela ikan baru² ni jer baru aku berminat utk ambik tahu. Soo easy kan?.. takyah nak penat-penat buang air, kumpul batu, cabut pokok.. pastu susah² ko tanam balik.. mmg tak efisen la cara tu... 1 lagi kalo air tu jernih ...confirm... nampak bersihla aquarium tu... sebab tu kena pakai filter then seminggu skali buang sekurang-kurang 3 liter air ke dalam tu dan di ganti dgn air baru.. (info dari my huby) kalo silap harap maap lah yerr......

Tapi masalah skrg ni alga byk sgt .. ( warna hijo yg melekat kat daun, pokok , batu- korang mesti igt tu lumut kan..tapi bukan.. itulah alga..) sedikit sebanyak mencacatkan suasana damai aquarium tu.. Ubat untuk bunuh alga ada jual kat kedai tapi mahal sgt..takperla...anggap jer alga tu lumut... hehe...



kalo ko gerakkan yg bahagian luar tu .gerenti yg dlm turut gerak skali....kalo ko cabut yg luat dari kasa tu..gerenti yg dalam tu jatuh ...
perasan tak siput (bintat kecil) yg melekat kat kayu, daun , dinding.. aku tak tahu mana muncul.. hidup bermaharajalela dlm tu....mencacatkan pemandangan jer....

Tuesday, March 17, 2009

Kisah Anak sedara ku

Sorang nama Aqil, sorang lagi Sarah. Alkisah suatu malam.. sedang leka ibunya melipat kain..

Aqil: Ibu..ibu... sungai buu....

Adik aku ni jenis selenga sket... dia boleh tak perasan air dah penuh dlm bilik tido & hampir masuk ke ruang tamu.. rupanya saluran mesin basuh tersumbat.. Apalagi panik gilala adik aku. Yg si Sarah plak boleh siap buka baju selua kononnya nak berenang . lagi menaikkan temperature amarah si ibu... hehe. bila terkenang balik kisah ni aku tesenyum sendiri...

Monday, March 16, 2009

Sayang seorang nenek (amok)

Jumaat Pagi.....perbualan ni aku tulis mana yg penting jer.. stakat hello, salam, bye-bye ..takder nak tulis..pandai-pandailah korang faham mesej yg aku tulis ni..


Mak: Kau balik bila jid?
My Huby:Balik pagi Ahad..balik hari jer
Mak:ala.. tak puas aku nak main ngan si kenit tu... tidola smalam...
My Huby:Ajid ada kerja la sabtu tu makk...
Mak: Mak ader beli hadiah ni..
My Huby: Mak beli apa..?
Mak: Beli BAJU ASKAR, beli keta mainan sket.. tak sabar mak nak tgk dia pakai BAJU ASKAR..
My Huby: Takper la Ahad pagi ajeed sampai la...


Sesampainya disana... terus keterujaan Hafiy terserlah tgk keta mainan, bola, tukul mainan yg ada bunyi tu...
Sebelum balik kajang sempat lagi mak aku suruh sarungkan baju askar..dia nak tgk cantik ker idak..aku tak ambik pic hafiy masa pakai kat sana







Kes aku plak...

Mak: Mak ader beli cerek ni.. ko ambikla
Aku: Naper mak beli.. kat umah dah adala...
Mak: Takperla.. ko ambikla..masak air utk buat susu Hafiy

Baru aku teringat.. beberapa minggu lepas aku tya dia beli mana cerek tu.. brapa harga.. aku tya sebab nak beli utk mak aku kat kg.. dia ngadu cerek dia dah bocor.. tapi disebabkan dia bagi cerek tu utk buat susu Hafiy..taklehla aku nak mandai bagi kat mak aku..tak aci plak kan?.....

moral of the story.. walopon benda tu tak seberapa harus kita tunjuk yg kita suka dgn pemberian mereka.. tak kiralah aper pun yg penting syukur dgn apa yg kita dpt..


Muka rezeki kan muka Hafiy ni........... hehe

Friday, March 13, 2009

Ada bezakah?

Mestilah ader kan..cuba banding yg dulu dgn skrg.. prasan tak rumput kat depan ala-ala lalang dah tinggi tuuuu... rumput halus kat pokok tu pun dah melebat...ikan jer tak besor besor.. mmg jenis ikan tak leh besar....

Dahulu- Masih nampak lapang lagi- mata tgk pun sejukkk...

Sekarang tgklah..pokok kat bawah tu dah merimbun..jadi lalang dahhh... pokok yg tinggi belakang skali tu pun dah hampir jejak bumbung..sekarang bagiku ader sedikit kusut........hehe


Thursday, March 12, 2009

Award & Tag Lagi



Kali ni datang dari Cikgu Dina.. aku lebih suka panggil dia cikgu... Skrg mmg style gini kot.. award & Tag datang skali dalam 1 pakej.. hehe PERATURANNYA:

1)Make a list of what u want on your birthday
2)The list should be 10 numbers
3)post the image of this award to your posting
4)give it to 10 frens of yours

okieyssss....jawab nieeee..........kiranya wishlist ni utk bulan 11 nanti la..

  • Nak mintak supaya huby kekal setia ngan saya hingga hujung nyawa.( Jgn pikir nak kawin lain walopon byk duit....sebenarnya aku sajer jer ckp aku tak kisah.. tapi aku nak tya wanita madu yg sanggup bermadu?...)

  • Nak mintak Tuhan bukakkan seluasnya pintu taubat untuk aku. ( Teringat dosa-dosa lama nak-nak menjawab ngan mak ayah...ngan huby pun sama katanya aku suka sgt nak membantah aper dia cakap..ntahla ..aku rasa biasa jer...)

  • Nak mintak supaya tuhan bukakkan pintu hati aku untuk rajin baca Quran.. (kalau tak bulan puasa jarang jer aku baca Quran... dulu rajin baca yasin setiap malam jumaat.. ntah naper lately ni setan suka sangat duk hasut aku.. mintak jauh dari setan-setan malas ni)

  • Satu lagi yg paling penting aku harap aku boleh solat tepat pada waktu ( maksud aku bunyi azan jer aku solat .. skrg ni makin parah..kadang-kadang kat tempat kerja aku kira sambung trus.. contoh kul 4-15 aku gi solat zohor.. sambil tunggu masuk asar...kul 4.45 masuk asar.. org kata kalo kita lewat solat nanti kita mati besok org lewat kebumi kita..Nauzubillah)

  • Aku harap suatu hari nanti aku boleh jadi "Mem" besar kat umah... ( contohnya la... mem.. nasik dah hidang.. mem..baju dah basuh.. mem.. lantai dah mop...mem.... toilet dah cuci...) aku takyah kerja duk umah layan blog sajerrr.. boleh gitu...

  • Aku harap kat simpanan aku cukup untuk anak² aku 2~3 keturunan... (bukan nak manjakan anak..cuma nak pastikan aku ader "rete" yg bakal diwariskan kepadanya)

  • Aku harap aku 1 family dapat pegi mekah buat haji atau umrah... (nak bawak ma ayah.. mak, abah...skali sumer mesti best)

  • Nak mintak supaya kami adik beradik rapat macam kecik-kecik dulu ( aku paham masing-masing ader komitmen... kalo boleh nak tinggal berjiran dgn 4 adik² yg lain...)

  • Nak jaga mak ayah aku.. nak teman dia sampai hujung nyawa dia..(aku skrg sedih betul.. 2-3 bulan skali baru dpt jenguk dia.kalaula dekat umah mak aku..setiap minggu aku balik kg... naper dulu ayah tak teroka tanah & tinggal kat Kajang erk..
  • Harap aku dapat bagi pendidikan yg terbaik untuk anak-anak aku..(tak nak diorang menyesal besok....)

Mau pecah gak otak mikir . Biasa sebelum ni tak kisah pun.. tiba jer birthday "ermmm dah 31 aku..tua dah.. lepas tahun ke tahun.. makin hari makin tua aku..." itu jer setiap thn terdetik kat dlm hati.. Oleh itu korang yg bakal pecah kpala silalah jawab yer...

eye10
miza
nenekrock
naga perang
suziey

itu jer la..tak nak ramai-ramai. bukan tak nak ikut rules.. tu pun kalo korang ader masa boleh la buat...

Bila dia sudah boring

Ginilah gayanya bila dia boring... tergolek depan TV sambil gigit kulit CD..(sedap sgt ke tu.. nak kata lapo ibu dah bagi makan rasanya)

Tarik-tarik langsir.. sket lagi habisla.. 1 rail tu tercabut.... dah la langsir sponser..kalo koyak tak berlangsir la umah kita sayangkuuuu....

Main ciku cak plak... layan jerla Si Hafiy ..daripada dia duk nangis baik la aku layankan saja perangai dia..


Dah boring tarik langsir dia makan isi CD plak.. hancussss.....
hoho.. yg ni sory.. NO COMPROMISE... sampai pecah kabinet TV dikerjakannya.. mula-mula elok jer slow-slow dia buka.. mata sambil kelip² kerling ibu.. dia igt ibu tak prasan...
last-last..dia boleh bergayut plak kat situ.. sampai torkopek engsel ..(selain engsel org org panggil aper erk?)