STICKY MOOD..
Hanya untuk promosi bulan Puasa & Raya sahaja (Bulan lain non-ado nyer)
Saper-saper yang berminat nak cuba daging rusa tempatan yg fresh (import tak main la)terus dari ladang boleh la bagitau Cik Anie yer.
Uolss mesti tertanya-tanya..camner rasa daging rusa erk?...nak masak camner sedap erk?... ok meh sini Cik Anie nak kabo kan.. tahun lepas aku dah cuba ..daging rusa ni memang sodap..lembutt jer.. takyah ko beriya-iya nak rebus/masak lama-lama.. 1 lagi pada mereka yg berpenyakit darah tinggi..usah riso sebab daging ni takkan menyebabkan darah korang lagi naik..
Daging rusa ni sedap sgt bila ko masak kicap atau rendang.. nak salai atau goreng cenggitu pun sodap sihhh...Kat bawah ni aku siapkan resepi lagi utk rujukan uolss..resepi untuk Rendang & Masak kicap.. semuanya mabelesssssss...
Resepi Daging Rusa Masak Rendang
Bahan-bahannya:-
1 kilo daging
bahan-bahan yg dikisar:-A
5 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
20 biji cili padi1
1/2 inci halia1
1/2 inci kunyit
2 batang serai
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan halus/manis
2 biji buah keras
segenggam cili kering- direndam
bahan- bahan:-B
1 inci lengkuas - dititik
4 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
10 helai limau purut
2 kotak kecil kelapa
1 cawan minyak masak
8 sudu besar gula - anda boleh kurangkan atau lebihkan ikut suka anda
1 sudu besar garam - anda boleh kurangkan atau lebihkan ikut suka anda
cara-caranya:-
1. Daging dipotong sederhana kemudian dicuci dan di toskan.
2. Kisar bahan-bahan A tadi.
3. Panaskan minyak, selepas tu tumiskan bahan kisar tadi hingga naik aromanya.
4. Masukkan daging dan kesemua bahan-bahan B tadi dan biarkan sampai daging lembut dan kuahnya pekat... dan jangan lupa sesekali kuahnya dikacau....
Resepi Daging Rusa Masak Kicap
Bahan-bahan nya :
1 kg daging rusa
2 sudu mkn black pepper sauce
5-6 ulas bawang putih
1/4 sudu teh lada hitam
Minyak utk menumis
1-2 lada capsicum (hijau, merah, kuning terpulang ikut selera)
1 biji bawang dihiris kasar2
Garam secukup rasa
Cara memasak:
Hiris daging dlm ketebalan 1", jgn terlalu tebal nanti lambat nak empuk.
Perap dgn 1 sudu makan black pepper sauce, sedikit garam. Perap utk seketika.Panaskan minyak tumis bawang putih, masukkan daging, lada hitam, garam, baki black pepper sauce. Masak sehingga daging empuk, kemudian masukkan capsicum & bawang potong. Kalau suka boleh tambahkan daun bawang.
Amacammm....ader brannnnnnnnn.....
Dibawah adelah harganya
Daging Rusa Segar Tempatan = 1 kilo = RM35 sahaja
Penghantaran Percuma untuk 5 kilo ke atas disekitar kawasan lembah Klang.
Saper-saper yg teringin nak cuba bolehla contact:
En Ajeed = 016 -203 7742 atau Cik Anie 016- 203 7741
Cepat-cepat sebelum kehabisan. Bulan lain takder jual.. bulan poser & raya jer kita jual.
2 comments:
cik ani..sy ade perap daging rusa ngan brg2 blanded n serbuk rempah lima..tp xtahu nk masak resepi ape..bole bg cdgn utk bahan2 yg sy gune 2..?trm ksh..
masa kicap berempahpun sedap..jgn berkuah..minyak-minyak sket..tabu hirisan bawang...lada besar..gerenti sedap
Post a Comment