Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, January 25, 2017

I-Brim 2017

Assalamualaikum..

Berbaki beberapa minit lagi loceng nak bunyi. Masa ni dah start pening dah, nak masak apa malam nanti. Aduiii.. masalah kronik ni. Hari hari pikir nak masak apa balik nanti.



Tengahari tadi Ajid call suruh settel pasal khairat kematian arwah abahnya. Sebab dia dah pergi tapi syarat sekarang tak sama macam dulu. Dulu teramatlah leceh. Kena isi borang apa. Sekarang senang sangat sangat . Sap sap soi..settled.


Kalo dulu nak kena pergi Takaful Malaysia, bawah banyak banyak document seingat aku. IC penerima, surat mati, salinan buku bank dan salinan surat beranak. Sekarang tak lagi yer. Mungkin sebab dah ada penama kat situ. So senang la kerja. Hanya perlu bawak surat mati jer, tuan punya badan ( pewaris)  dan ic pewaris. Pergi BSN cakap nak claim khairat kematian, I brim takaful, Pastu dia suruh isi borang pindah milik nama dan ic si mati. Lepas ambik cop jari dapat RM1000 cash. Done. Senang sangat, cepat dan mudah. Kalo dulu macam macam kan? Banyak songeh. Call kena banyak kali plak tu. Dah call email lagi document yang tak lengkap.

Tadi keluar pukul 1-45pm gitu, ambik time out, sampai BSN cantikkkk...hanya kitorang jer. best nya berurusan dengan bank kalo macam ni gayanya. Dalam 3.08pm gitu dah punch kad masuk balik. Kalo kat Bangi cawangan BSN kat area Ariani sana. Depan Mahkamah Syariah Bangi. Alaaa.. maps jer, taip BSN Bangi.

Settled satu bab lega rasanya. OK... time up..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Friday, January 20, 2017

Siapa Paling Cool

Assalamualaikum..

Dalam kebizian dan kelam kelibut di pagi hari as a supermom, sempat lagi i manangkap moment moment yang penting dan amat bermakna dalam hidup...cewaahhh...ayat terbelit belit. Gambar ni akan jadi kenangan manis bila diorang dah besar nanti. Masa tu dalam hati kita mesti akan terdetik... rindu diorang zaman kecik... huhu..tacing tau.

Seawal jam berapa uolss semua bangun?. Kalo yang kerja jauh mesti lagi struggle kan? Bangun pagi satu hal, prepared b/fast satu hal lagi, settlekan anak anak satu hal jugak...last sekali hadap jemm plak, ini yang paling tak tahan.. Fuhhhh...tabik spring buat supermoms kat luar sana. Aku yang tempat kerja kurang 5km dari rumah ni pun semput jugakla pagi pagi. Lewat keluar sikit, confirm hadap jem la. Yer la...hidup nowdays dah jauh berbeza dari zaman dulu dulu. Takyah beza dengan zaman dulu , beza jer dengan 2-3 tahun lepas. Dah banyak boleh nampak dah. Keperluan hidup masing masing berbeza, masing masing dah bertambah komitmen. Nak tak nak hadap jer la. Selagi ada nyawa, kederat dan daya upaya. Telan..


Paling awal untuk tahun 2017 ni aku boleh bangun pukul 6am jer ..hahaha. Macammana nak berbento pagi pagi. Tengok orang buat bento jeles, jam tu jugakla nak gi DIY cari lunch box.. poyo.. Dah ko rajin buat bento kat bantal jer cikanie oii.. Nasib la anak anak ko. Paling best pun aku boleh prepared roti telor jer pagi pagi. Haha.. Pagi ni dalam pic kat bawah ni , sapa paling sempoi? Makan roti telor sambil baring tengok Ninja Hatori. Hahaha ..rilex jer muka..gaya abang abang sangat dah Harraz ni.


Harraz ni kalo nak kasik dia senyap ko bagi jer apa apa makanan kat dia. Gerenti behave la dia. Sempatla ko nak siap pakai baju tudung semua. Shawl tak berapa nak sempat rasanya :)  Nak makeup pun sama tak sempat jugak. Kalo aku nak make up bagai, shawl melilit pin dua tiga,  aku kena pastikan jam 5-30am aku dah bangun.

Harraz punya feel ni kalo dapat makanan Ya ampunn. Lain macam wey. Mama Pengasuh dia cakap. tengahari sapa paling awal sampai dapor masuk cari nasi dia la.Barasan hadapan Sekarang makan nasik style orang tua dah. Mana nak nasik bubur. Muka dia mesti lain macam bila suap nasik bubur. Kat rumah pun aku main suap jer apa ada. Nasi dengan ikan goren sesajer pun telan. Senang jaga..hahaha.

Ok la.. ada kerja nak buat sket. Kita sembang lain kali..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie


Thursday, January 19, 2017

Khabar Ekonomi 2017

Assalamualaikum...

Petikan Dari Wassap...

Dalam surat khabar cina hari ni, kalau pandai, sila beli & baca akhbar "China Press". Muka depan atas sekali sebelah kanan cerita pasal masalah ekonomi Malaysia semakin teruk dgn nilai matawang jatuh, harga barang semakin naik.

Mereka menasihati bangsa dia ikat perut dan berjimat dengan tidak membeli barangan yang tidak perlu. Sedangkan akhbar & majalah melayu kita termasuk Utusan, URTV, Mangga dll hanya menyiarkan hiburan, artis baru naik, kahwin cerai artis,  kemalangan, bom sana sini, dadah, dan lain2 yg remeh temeh melekakan Melayu. Mereka tidak menyiarkan tajuk demikian kerana takut rakyat panik.

Semua jenis perniagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk Sogo. Pusat perniagaan Nilai 3  di Seremban sepi, tokey besar pening, sumber dari tokey pakaian di Pertama Complex. Bank dah pun mula tutup cawangan2 untuk kurangkan kos operasi. Mula2 Maybank kemudian CIMB dan kemudiannya pasti diikuti oleh bank2 lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi. Kalau dikaji tentang putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang menghampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018.

Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu. Mungkin sebahagian simpan dalam bentuk saham @ emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah. Yang nak berbini baru tu kena tangguhkan dulu.Sekarang ni pun hntaran tinggi.Klau nak sangat juga cari yang secondhand pun tak pe.Sekadar ingatan buat diri sendiri & teman2 ku semua.
surat khabar berbahasa melayu tetap mengatakan ekonomi negara stabil dan berkembang....

*********************************************************************************

Moh la kita pakat beli mas. Emas makin hari makin naik..turun kejap je..naik manjang..
Kalo macam ni kena stanby 20k okeyyyy.. Buat aset apa salahnya..


Meeleylehhhhhhh ailiooooooooooooooooooooooo...


Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Gas Habis

Assalamualaikum..

Aku pagi pagi kalo tak menguap 100x memang tak sah. Ngantuk sangat pehhal ntah....
Soooooo ambik peluang godek godek blog jap, bagi hilang mengantuk ni sket.

Aduii..sempat lagi menguap ni... Ekceli jadi lemau ni bukan apa. Bos kat blakang semua takder. Semua outstation , hari ke-2 dah ni. Paham paham jerla boss takder ni. Makanya setan setan pun datangla bertenggek atas mata, tidooo...tidooo...tidoooooo..... sat lagi hilang tido bawah tangga kan...haha.

Nak kongsi cerita dulu semalam dan semalam punya cerita. Cerita semalam jadi sebab kesinambungan dari cerita dulu semalam. :) Gas habis dulu semalam, semalam pun blom tukar. I is bz, call tak angkat..ah lantokk la. Makan mana yang ada jer la.\


Dulu semalam semua lauk dah siap masak. Tinggal nasik Harraz jer blom masak. Tengak menggelegak nasik tu gas tiba tiba boleh habis. Nasib ada dapur camping Ajid. Dapat jugak Harraz awak bekal untuk pagi semalam.

Semalam plak tak sempat nak tukar. Bz bebenor bigboss sekarang ni. Nak harapkan aku ofcoz susah la sket, schedule i sangat sangat la padat. Time free tu mungkin kedai dah tutup. Soooo nak tak nak guna jer la dapur kecik tu lagi.


Aku cukup dengan lauk simple jer. Goreng sotong celop tepung pastu goreng ikan talapia jeruk..fuhhhh sedap. Nasik panas. Cukupla. Perfect. Hafiy plak aku belikan nasi kukus jer. Belikan sau untuk dia jer. Anak aku sorang ni jenis yang balik terus nak hadap nasi. Dia punya selera naik mendadak. Body makin mengembang, inci makin menaik. Bakal mewarisi saiz apaknya mungkin. Yang pasti Hadif makin mengecil. Semalam pun tak nak makan nasik. Kenyang katanya. Makan apa ntah kat sekolah kenyang sampai ke malam gitu.

Tetiba rasa lapar plak tgk lauk malam tadi. Makan tak lagi ni..ok la gaisss...cincau..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Tuesday, January 17, 2017

Clearance Sale Katanya..

Assalamualaikum...

Rasanya baru jer duk cerita pasal baju melayu untuk raya tahun ni.. memang rezeki i la.. :)

Ekceli kawan nak cari baju melayu , katanya untuk kenduri adik ipar. So dia wassap la tanya kat tokey alfateh ni. Sebab dia pun costemer tetap alfateh ni. Alhamdulillah dapat. Yang paling best diorang sedang buat jualan penghabisan stok 2016. Harga pun boleh tahan murah la.

Kalo harga asal saiz S RM59, saiz 3 RM69 dan saiz 5 RM79 . Untuk habiskan stok yang ada ni harga jadi S RM35, saiz 3 RM45 dan saiz 5 RM55. Wowww sangat kan . Aku boleh jimat banyakkk sangat. Dari RM207.00 jadi RM135.00 sangat sangat berbaloi ok. Apa lagi..aku wassap dia suruh hantar kaler dan saiz yang tinggal. Katanya  kaler No18 tu jer yang ada saiz untuk budak budak ni.




Hijau yang first tu tema kitorang tahun lepas. cantikkan?.. :) haha... Ntah...aku obses sangat ngan hijau hari tu. Plan nak hijau terang No-2 tu, kemain hijau nau nau mata ni, tapi saiz 3 untuk Hadif takder, so ambik hijau yang no 1 jer la. Nak sangat hijau kan. Ambik jer la. Janji Hijau. hehe.


Warna dan saiz ni jer yang tally dengan anak anak aku.  Warna Pink Pepel ni . Entah nama tepatnya apa..Tapi warna ni jer la yang available. Duk pikir pikir jugak la. Tema asal kaler lain. Tak best la kan. Nak jugak cari kaler kuning. Tapi sebab nak murah punya pasal dapatlah warna ni. Aku rasa baik aku ambik jer la. Janji murah kan? Banyak aku dapat saved weyy..

Mesti korang rasa macam lambat lagi jer raya. Kecoh nak pilih baju raya sangat ni kenapa cikanie oiii...

Oii Cik Kak oiii.. ni dah nak masuk bulan 2. Bulan 5 dah puasa. 6 dah raya. Cer kira tinggal berapa bulan lagi. Pejam celik pejam celik dah raya tau. Elok cari sekarang. Hahahaha. Kan puasa dah malas nak jalan. Penat la..lapar la..haus la... khennn?.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Monday, January 16, 2017

Pantang Jumpa..Terus ke Mulut

Assalamualaikum...

Hari ni paling malas nak bangun pagi. Tak sihat plus hujan plus malas jawapan dia sambung tidur la best. Tapiiiii..jangan harap la nak rasa semua tu. Dulu dulu boleh la. Sekarang dah lain weyy.


Nak cerita pasal Harraz. Pagi semalam berak pagi macam biasa. Yang luar biasanya ada duit 10sen dalam pamper dia. Huwaaaa, bila masa dia makan aku pun tak tau. Cukup risau kalau biarkan dia main sorang sorang. Celah mana dia jumpa duit tu pun aku tak pasti. Ya Allah terkejut.. Nasib baik keluar. Apa lagi la yang dia telan sebelum ni yang tak kluar. Sebelum tu plastik halus. Sampai batuk batuk. Aku pun tak pasti selamat keluar ataupun masih "beristirehat" dalam usus dia. Harapnya takder apa apa yang bahaya la.

Ingat nak upload video dia tengah mengutip barang nak disumbat ke mulut tapi tak lepas plak. Berat sangat. Pantang lepa..memang cepat jer tangan dia masuk mulut. Aku risau satu jer. Lipas kat rumah memang banyak. Takut plak aku dia ingat roti ke biskut tiger ke. Jumpa taik lipas ke memang cepat jer rasanya bawak masuk dalam mulut.. Kalo dia tak tido memang aku takleh lelap la jawabnya. Bahaya...

Sekarang manja terlebih aku tengak. Macam kangaroo , menepek 24 jam. Kalo boleh dia nak kita depan mata dia. Kalo kita baring tido terkangkang depan tv suka la dia. Merayap dia satu rumah. Cuba kita bangun nak buat kerja... Bergemaaaaa,,,jiran sebelah pun dengar aku rasa. Tersangat lah comel pe'el macam tu. Aduyaiiii... itu jer lah nak citer..hahahha

Sekian Wassalam

Love
Cikanie..



Thursday, January 12, 2017

Warna 2017

Assalamualaikum..

Haihh..macam seronok jer hari hari datang idea nak buat entry baru. :)

Bukan nak promote tau, saja nak bercerita pasal baju melayu. Sebelum ni merata jugak la beli baju melayu bila tiba time raya. Memang pening seriously. Tapi sejak 2 tahun lepas i dah tak pening dah, sebab dah jumpa satu brand yang memang selesa sangat dan cantik terletak jer mata menengok ni bila anak anak pakai. Pada aku la. Korang cuba search Al Fateh Baju Melayu. Gerenti jumpa. Biasanya time raya dia buka khemah kat Warta Bangi. Bawah ni warna warna untuk tahun 2017. Cantik semuanya kan. Mana satu nak pilih ni.


Hujung tahun lepas dia ada update warna baju melayu untuk tahun ni punya. Yes.. warna yang di idam idamkan ada weyhh. So boleh proceed untuk cari baju omaknya plak yer. Warna tahun ni semua cantik cantik. Biasa setiap tahun tanya anak anak jer nak pakai warna apa. mak apaknya ngikut jer la. Tahun ni excited sket sebab Harraz dah boleh join pakai baju melayu. Mesti comel kan?.3 orang laksamana berderettt pakai baju melayu.hahaha. Tahun lepas dia pakai T shirt jer raya. Masa tu 4 bulan. Malas nak cari. Kesian dia. Renyah sangat aku tengok kalo baby pakai baju melayu.


Semalam aku tergerak nak mesej Admin Al Fateh tu dah siap ke baju melayu and bila start jual . Katanya in progress. So tunggu la. Tahun ni nak cari awal sket, takpun nak tempah online sebab saiz dah tau. Saiz mesti tak lari dari tahun lepas sebab aku tengok diaorang pakai yang tahun lepas ok lagi.. Blom membesar lagi gamaknya, Angah tu confirm ...2 tahun saiz sama. Apa kes ngah?


Yang ni tahun 2015 - Biru laut kot. Kan?.. Masa ni dah beli yang abang punya. Beli awal seba dia nak pakai konvo Pasti. Buat persembahan katanya.. Angah punya takder saiz. Pergi Warta jumpa la kat Al Fateh ni. Kebetulan saiz pun ada. Warna pun match. Kain plak cantik. Ambik la terus. Tunggu apa lagi. Tapi nampak lari sket la warna dari abang. Janji biru yerr.



Tahun lepas anak anak nak hijo..tenang jer mandang kaler ni. Hijoooo jer..teringat Zainal Abidin pulak dohh. Biasa tiap tiap baju hanya untuk anak jer. Apaknya recycle mana warna yang paling hampir. Hahahaha, apaknya tak nak beli yang lain, sooo buat apa nak membazir kan. Janji anak anak hensem di pagi raya. Cantik kan hijau ni. Kain dia memang lembut. Anak selesa pakai. Biasa baju melayu susah nak dapat yang perfect. Kecuali yang custom made. Kalo ready made cer cari sini. Gerenti puas hati. Bila la nak beli baju raya gegel plak ni. Dah lama sangat gian nak gegel ni. Tiap tahun asyik beli baju melayu jer.. Gaun, skirt, baju reben bila la boleh beli..ehhh..:)

Biasanya Al fateh buka sebulan awal dari puasa. Soo saper nak try tahun ni gi usha usha la kat Warta Bangi yer. Sekian iklan tak berbayorrr... :)

Sekian Wassalam,

Love
Cikanie

Wednesday, January 11, 2017

Meleleh tengok ...:)

Assalamualaikum..

Lapar sangat sampai tahap parkinson dah ni. Tapi gigih jugak nak menyembang ni. Sebab apa tau tak?.. sebab topik aku nak cerita ni pasal barang kemas weyhh..

Rata rata orang perempuan suka emas, Nak nak orang kelantan. Kalo tgk makcik kat pasar pasar pun tak sah kalo tangan, leher tak salut ngan emas ni.  Cer tgk makcik jual asam keping, dua 3 urat kat tangan woi. Itu baru kategori basahan, Barang kemas ni banyak kategori, kategori raya, kategori kenduri, kategori basahan, kateri dinner, kan?. Orang belah utara pun sama rasanya, kalo tak takder keluar citer mami jarum tu.. ehhh mana mana pun sama la..kalo dah nama perempuan, kalo dengan Emas memang ngam sebati sangat. Mungkin segilintir yang tak pakai tu sebab fobia..atau takut kena rompak kan?..hahaha. tak pun alergik.

Aku ni pun suka jer la.. Nak beli tu lambat la sket kot..kalo tengok barang kemas ni..rasa nak menitik ailio ada. Duit yang takde tetiba boleh jadi ada. :) sebab nak beli mas punya pasal. Ada ke orang tengok barang kemas ni takder perasan ghairah ehh? kalo aku tak boleh wey, cair meleleh ..huwaaa.

Semalam wassap ngan tokey mas, rege sekarang RM450.00 serial berat..kalo dalam gram kira la. ! rial berat bersamaan dengan 2.72 gram, lebih kurang RM 165.00 se gram. Kalo nak jual Emas lama dia nak ambik RM 370 jer. Macam banyak rugi tu. Kalu emas lama  boleh la sebab dulu kita beli murah. Tapi kalo mas baru, rugi manyak wooo...baik jangan jual. Simpan jer la buat aset. Terdesak nak pakai duit boleh panjat Ar Rahnu.

Dalam banyak banyak pattern ni mana yang jadi pilihan hati uolss?
Yang ni ke?


Atau yang ni?.. bulat bulat tu nampak sangat macam budak budak kan. Macam susah sket nak jaga, takleh ganas ganaz. Tambah ada baby ni kena tarik masuk mulut.. Ingat gula gula.


Tak pun yang ni jer.. simple..cantik dan tahan lasak. Pattern ni tak lapuk dek zaman. Kan?


Atau pun yang jenis ni?


Hadoiii.... sape nak bagi free ni...

Sekian wassalam

Love
Cikanie

Thursday, January 5, 2017

Poslaju..Alahaii..

Assalamualaikum.

Tetiba datang boring ....apa lagi..mari la idea. Mood kelaut hari ni..boring sangat. Pagi tadi 5-30 Harraz dah kejut. Mandikan dia terus jer la. Siap mand pakai cantik cantik bagi susu lalok balik. Separuh jalan mata dah nak tutup balik boleh plak dia bangun. Rupanya 1 pempers dah penuh taik. Pandai plak dia tak selesa.

Ekceli nak citer pasal Poslaju ni. 29 Dec lagi kazen aku posnya, 3 Jan blom terima lagi. Pelik jugak, biasa pos hari ni esok sampaila. Kali ni terlebih hari plak. Takpela, kebetulan ngan cuti tahun baru kan. Yang aku terkezutnya check no tracking... nama orang lain plak yang tukang received.


Persoalannya Bhanu tu siapa?, admin sini mana ada nama Bhanu. Heran makcik.
Cuba call kazen aku check balik betul tak alamat yang dia hantar. Alamat betul nama pun betul..habis Bhanu mana yang terima. Lepas call kazen aku call Poslaju Bangi buat report. Katanya dia nak check dengan Bahagian Operasi. Tunggu dia call balik. Sampai ke petang tak call. Masa ni nak marah pun ya. Bukan apa, sebabnya barang yang aku oder tu tudung sekolah anak member aku. Kesian anak dia.. Pakai tudung sama pagi petang 1st day sekolah tu. Geram betul ngan poslaju ni tau.

Pastu tiba tiba tangan aku ni gatal pi goggle no telefon kilang sebelah.

Aku: Hello, may i speak to Bhanu

Konfiden giler Bhanu ada kilang tu... terus call nak cakap ngan Bhanu.

Receptionist : Yes Bhanu speaking..

Seeeeeeee.... Bhanu yang angkat. Sah..barang aku hadekkk Poslaju tu hantar situ..
I is geram tau.. Tapi kesian pun ada ngan budak Poslaju ni. Kazen aku siap buat report kat HQ lagi garang aku orang lain yang received. Nasib lah ko dik. Tanya jugak Admin saper nama budak tu. Tak kenal katanya tapi Admin cakap budak baru kot sebab baju biasa lagi dia pakai. Tak pakai baju Poslaju merah tu.

Nak marah la jugak dengan si Bhanu ni pandai plak received barang orang. Check la dulu lain kali..Ehh boleh plak dia jawab. Barang yang dia received tu banyak, tak kuasa nak check satu persatu. Tapi dia perasan la satu barang ni namanya macam tak familiar. Ermmm...


Terus aku deal ngan dia balik kerja aku singgah ambik. Biar dia simpan kat Guard House jer ... Nasib baik petang tu si Bhanu ni tak lupa letak barang aku tu kat Guard House..
Aku bukan apa ..kesian ngan budak la. Takder tudung nak pakai. Takkan mak dia nak beli lain. Dah beli 5 ngan aku tu. Kesian la kan...

Alahai Pos laju

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, January 4, 2017

Permulaan 2017

Assalamualaikum..

Ibu , mama mummy, ummi gerenti tengah excited tunggu anak anak balik sekolah kan?, masing masing nak dengar cerita hari pertama kat sekolah kan?. Nak nak anak yang baru masuk kelas 1 . Lagi tak sabar nak dengar ceita menarik diorang. Seriously, pengalaman paling best bila tengok anak masuk darjah 1. Manis sangat. Perasaan masa ni bercampur baur, blend skali sedih, terharu, excited, heppy, risau, gerammm..hehe. Tapi betul la kan, aku pasti ibu lain pun sama jugak , bagi aku ia sangat manis. Tapi kalo kena anak balik nangisss, besok tak nka gi sekolah, besok taknak pakai tudung, pening...huhuhu..kejung..panik..kalo uolls berdepan dengan masalah macam ni apa nak buat yer ?


Alhamdullillah...  Permulaan 2017 berjalan dengan lancar. Tahun ni bermula sekolah agama tempat baru. Tuhan permudahkan segalanya , Alhamdulillah. Anak pun ok jer. Yuran semua settle, cuma ada buku yang blom dapat lagi, stok takder, samalah dengan buku sekolah kebangsaan.

Semalam si abang minta tukar kasut, kasut baru longgar plak katanya. Canner tu bang?. Balik dari sekolah mengadu kasut lama ketat plak, sakit kaki dia. Kena cari kasut lain la gamaknya. 

Angah yang paling excited tahun ni, suruh kita beli kasut tapak merah, katanya kawan dia pakai kasut tu lari laju ..menanggg. Layan kan ajer. Dapat kasut terus pakai stokin, praktis lari laju.. bergema satu rumah dia punya hentak tu. Dapat beg plak sampai atas katil, bawak tido skali, songkok pun sama. Pagi sampai ke malam ko bersongkok yer Ngah. Lantak,,janji hepy.

Gambar kat atas tu sempat lagi tulis nama kat sticker, katanya nak tampal kat pensil, pemadam pun dia tampal, gunting kecik celah celah pun jadi ko klepet, janji ada nama Aisy Hadif. Kasut, songkok sampin semua dia taruk. Janji hepy nak... Layannnn.

Semalam hari pertama babahnya ambik dari sekolah agama, hari ni pun sama sempat la tengok kawan se taska dengan nya balik berpimpin tangan 4 orang. Besok anak aku 2 orang join sekali. 6 orang la. :) . Ekceli rumah pengasuh dengan sekolah agama tak sampai 1 km pun. ikutkan boleh jer nak ambik babah dia tu. Tapi nak jugak suruh dia cuba balik sendiri. Berdikari la sket, as long di pantau oleh pengasuh kan?.. ok la tu.

Hari ni pun tak sabar nak balik. Nak dengar cerita diorang... seronok plak tengok gelagat diorang. Tapi masuk bab pilih jadual sekolahhh...hangin satu badan.. jap jap..dia punya kejap tu dekat 10 kali. Sampai kita dah lupa yang dia blom tukar jadual sekolah. I is gerammm.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie