Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, January 19, 2017

Khabar Ekonomi 2017

Assalamualaikum...

Petikan Dari Wassap...

Dalam surat khabar cina hari ni, kalau pandai, sila beli & baca akhbar "China Press". Muka depan atas sekali sebelah kanan cerita pasal masalah ekonomi Malaysia semakin teruk dgn nilai matawang jatuh, harga barang semakin naik.

Mereka menasihati bangsa dia ikat perut dan berjimat dengan tidak membeli barangan yang tidak perlu. Sedangkan akhbar & majalah melayu kita termasuk Utusan, URTV, Mangga dll hanya menyiarkan hiburan, artis baru naik, kahwin cerai artis,  kemalangan, bom sana sini, dadah, dan lain2 yg remeh temeh melekakan Melayu. Mereka tidak menyiarkan tajuk demikian kerana takut rakyat panik.

Semua jenis perniagaan terutama kain baju hilang pendapatan lebih 50℅ termasuk Sogo. Pusat perniagaan Nilai 3  di Seremban sepi, tokey besar pening, sumber dari tokey pakaian di Pertama Complex. Bank dah pun mula tutup cawangan2 untuk kurangkan kos operasi. Mula2 Maybank kemudian CIMB dan kemudiannya pasti diikuti oleh bank2 lain. Ekonomi mungkin akan meleset lagi. Kalau dikaji tentang putaran ekonomi yang meleset setiap 10 tahun sekali memang kita sedang menghampiri. 1988, 1998, 2008 dan kini 2018.

Oleh itu para sahabat, pakailah kereta yang ada, duduklah rumah yang ada, tangguh melancong dulu sebab cash amat perlu ketika ekonomi tak menentu. Mungkin sebahagian simpan dalam bentuk saham @ emas. Nak beli rumah baru, tunggu sat, nanti dia akan jadi murah yang amat sangat. Masa tu belilah. Yang nak berbini baru tu kena tangguhkan dulu.Sekarang ni pun hntaran tinggi.Klau nak sangat juga cari yang secondhand pun tak pe.Sekadar ingatan buat diri sendiri & teman2 ku semua.
surat khabar berbahasa melayu tetap mengatakan ekonomi negara stabil dan berkembang....

*********************************************************************************

Moh la kita pakat beli mas. Emas makin hari makin naik..turun kejap je..naik manjang..
Kalo macam ni kena stanby 20k okeyyyy.. Buat aset apa salahnya..


Meeleylehhhhhhh ailiooooooooooooooooooooooo...


Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: