Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, January 16, 2017

Pantang Jumpa..Terus ke Mulut

Assalamualaikum...

Hari ni paling malas nak bangun pagi. Tak sihat plus hujan plus malas jawapan dia sambung tidur la best. Tapiiiii..jangan harap la nak rasa semua tu. Dulu dulu boleh la. Sekarang dah lain weyy.


Nak cerita pasal Harraz. Pagi semalam berak pagi macam biasa. Yang luar biasanya ada duit 10sen dalam pamper dia. Huwaaaa, bila masa dia makan aku pun tak tau. Cukup risau kalau biarkan dia main sorang sorang. Celah mana dia jumpa duit tu pun aku tak pasti. Ya Allah terkejut.. Nasib baik keluar. Apa lagi la yang dia telan sebelum ni yang tak kluar. Sebelum tu plastik halus. Sampai batuk batuk. Aku pun tak pasti selamat keluar ataupun masih "beristirehat" dalam usus dia. Harapnya takder apa apa yang bahaya la.

Ingat nak upload video dia tengah mengutip barang nak disumbat ke mulut tapi tak lepas plak. Berat sangat. Pantang lepa..memang cepat jer tangan dia masuk mulut. Aku risau satu jer. Lipas kat rumah memang banyak. Takut plak aku dia ingat roti ke biskut tiger ke. Jumpa taik lipas ke memang cepat jer rasanya bawak masuk dalam mulut.. Kalo dia tak tido memang aku takleh lelap la jawabnya. Bahaya...

Sekarang manja terlebih aku tengak. Macam kangaroo , menepek 24 jam. Kalo boleh dia nak kita depan mata dia. Kalo kita baring tido terkangkang depan tv suka la dia. Merayap dia satu rumah. Cuba kita bangun nak buat kerja... Bergemaaaaa,,,jiran sebelah pun dengar aku rasa. Tersangat lah comel pe'el macam tu. Aduyaiiii... itu jer lah nak citer..hahahha

Sekian Wassalam

Love
Cikanie..



No comments: