Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, September 26, 2016

Lemau Lagi Sayu

Assalamualaikum..

Perkhabaran dari kampung, makcik yang kena kanser yang kitorang balik tengok raya haji hari tu khabarnya dah tenat. Malam semalam ambulance datang ambik kat rumah.


Lemah sangat kata anak dia. Sampai hospital rupanya oksigen dalam darah tak naik naik, Blood pressure pun semakin rendah. Doctor pun tak tau nak buat apa dah Dia suruh ahli keluarga pakat pakat baca yasin, biar dia pergi dengan sedniri. No more life support system. Kalo buat pun sakitkan dia jer. Buat anak anak dia keep on praying , jangan putus harapan, anyway prepare for the worst. Aku rasa nak balik sekarang jugak. Tapi tengoklah, tengah bincang ngan adik adik aku lagi ni kalo balik pun bawak Harraz jer la, besok pagi gerak. Lain tinggal. Pandaila apak dia settle kan.


Ekceli ..penatnya rasa nak balik ngan Harraz, Tambah dia pun tak berapa sihat tu. Demam dua hari lepas. Mata plak asyik bertaik jer. Dia selsema tapi effect nya kat mata. Asyik bertaik jer mata. Taiknya bukan sebarang taik... berketul besar. Kao pagi mata memeg takleh bukak. Kena basahkan dengan air dulu ..buang semua taik baru mata boleh celik. Cian bambam ibu. Tapi demi mak sedara , kena gagah jugak lah. Mak sedara ni ibarat mak kita la jugak, sayang, hormat, kasih macam mak kita. Takder mak kita dialah yang jadi mak kita..huhu..sedih plak.

Tapi best jugak kalo dapat balik ngan adik adik...hup hup horey..bole makan buah lagi. Tapi nampak gaya macam tak sempat singgah rumah ni . Terus pegi hospital takpun rumah makcik aku kat KB.. bye bye jer la Kuala Krai.


Okey la. Nanti kita citer lagi. Sebelum balik kampung kena settle tugasan Hadif. Zaman sekarang Mak yang ambik periksa. Anak tunggu siap jer. Kalo ada tugasan.. mak yang tukang goggle... mak jugak tukang buat.. anak tukang tampal jer.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: