Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Saturday, June 21, 2014

Resepi | Ayam Percik

Assalamualaikum..

Macam mana nak skip makan malam kalo menunya Ayam Percik, Ikan Percik..Ikan Tawar Budu..Ulam..
Saper tak nak. Sekarang mood rajin tengah ON..Mau tak rajin ada grop wassap rajin masak..ko masak aku terliur..aku masak ko terliur. Nak tak nak kena buat la nak makan wey. Paling untung orang sebelah senyum meleret...Dia pun dari nak diet terus tak boleh. hikhik.. Mana acikan gemuk sensorang. 2-2 baru balance. Tak boleh nak angkat body sama sama kita mengensot. Yer dop?

Sebelum ni rasanya menu Ikan percik dah ada. Ayam belum. Tapi benda sama jer . Tukar bahan utama jer. Nak ayam buat ayam, rasa nak makan ikan, beli jer la ikan.

Ayam or ikan percik ni memang dah jadi menu kegemaran family cikanie. Mak pun memang suka buat ikan percik. Kalo musim puasa memang tak pernah lupa la menu ni. Bukan takat puasa, musim tak puasa pun kalo balik kampung sekali sekali mak memang akan buat ikan percik. Ayam tu jarang jarang sangat dia nak buat. Mungkin faktor kemuakan dah capai level paling tinggi....hehehe. Ok ..terus pada resepi ayam percik kita tadi yer.. Antara bahan bahan dia,

Bahan Bahan:

Ayam potong 4. ( dada, paha tak kisah)
Bawang putih 1 Ulas
Bawang Merah 2 ulas besar
Halia skit jer..
Kepala Santan..(sebijik kelapa)
Garam Secukup rasa
Gula sket

Itu jer bahan bahan dia. Senang jer kan Pastikan ayam tu lumur dengan kunyit hidup dan garam dulu.
Dah agak agak meresap kunyit tadi masuk dalam isi ayam tu kita bakar ayam tu dulu. Bakar separuh masak, pastu tuang la sedikit santan yang di masak kuah percik tadi. Santan untuk permulaan tadi tak perlu pekat.. Sebab nak pasti juicy ayam tak hilang. Kalo kering sangat ayam tak best.. Basah basah sket baru best.

Bila ayam dah masuk barulah taruk kuah percik tadi. Pastikan kuah di masak hingga keluar minyak. Baru la sedap ayam percik kita.

Ok la.. Jangan lupa try puasa nanti. Yang jual kat bazar gerenti tak sama dengan yang kita buat sendiri. hihi.
Kita buat lagi sedappp...hehe

Sekian Wassalam

3 comments:

MAT NOR said...

sedapnya. masak sendiri memang puas hati dan jimat kalau nak makan sekeluarga

aCik Anie said...

hehe..memang puas hati la kalo masak sendiri.. hari ni rasa nak buat lagi..:)

VE said...

Nampak sedap. Lepas ni boleh la cuba. :)