Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, June 19, 2014

Hampir Hampir Nak Kena Mata

Assalamualaikum..

Ngantuk plak pagi ni.. Malam tadi kul 11 baru tido. ohhh..lupa plak kopi Yusmira ada stok kat dalam beg.. Bancuh la kejap..hehehe. Nak blogging pun tak senang sebab boss besar ada kat blakang ni. Sibuk jer pakcik ni. Bila terbayang teh tarik kat rumah..lahaiii...sedapppnya. Syok kena ngantuk gantuk ni. Kat tempat kerja instant punya jer la. Tak kuasa nak tarik tariknya. Sambil minum kopi sambil blogging la. Kerja takder yang urgent..Yi haaa.

Dalam beberapa minggu lepas.. Hafiy jatuh dalam bilik air...dia berdiri kat atas bangku kecik ..ntah macam mana badan dia tak balance, senget then tumbang, kepala plak terkena besi kepala paip. Kepala paip tu plastik.. tapi plastik tu tertanggal ..kena besi kat dalam tu.. cer bayang.. boleh tak korang imagine scene tu berlaku macam mana?..:)  Aku memang fail kalo benda benda cenggini berlaku. Panik tu dah la satu hal... menggigil sampai semua tindakan jadi slow.. Kesian Hafiy.

Kepala paip tadi kan dah cabut..tersembur air masuk dalam bilik. Sebab toilet tu kat dalam master bedroom.Boleh plak aku lupa..kat mana nak tutup paip ni.. Nak kasi air tu stop. Ya Allah..aku pun tak tau naper otak lembab sangat masa ni. Hafiy yang tengah sakit ni yang boleh cool. Dia plak tolong tutup batang paip dengan air yang tersembur tu dengan tangan dia.. Kesian Hafiy. Sorry nak.

Bila fikir fikir balik kan...sedih pun ada. En suami plak masa tu takder. 3 kali percubaan baru jumpa kepala paip sebenar yang boleh stopkan air tu dari basahan katil aku..lagi teruk banjirkan bilik tidor aku. Panikk..Panik..ginilah jadinya.

Lepas dah settle semua terus tukar baju..capai kunci kereta pecut selajunya ke klinik yang dekat dengan rumah jer. Tak nampak klinik lain. Klinik tu jer terlintas kat dalam otak ni. Sesampai situ terus masuk bilik. Budak situ sempat cuci. Bila panggil doctor..doctor cakap dia tak boleh nak jahit sebab luka tu dalam sangat. Kena pegi Kajang or Serdang. Masa ni baru aku boleh call Ajid. Dia plak baru lepas order makanan.. boleh plak dia licinkan satu pinggan nasi...cool giler laki den. Takpelah ...aku suruh dia terus pergi kajang jerla. Jumpa sana jer.

Sampai sana register semua... siap x-ray lagi sebab nak tahu kot kot ada effect lain . Ni yang bagus hospital kerajaan. Takder la lama sangat menunggu. Tapi dia punya check memang details. Settle x-ray barula Ajid sampai. Terus aku pass dekat dia. Sebab masa ni lutut jadi ketar..tangan gigil.. mood pun down. Hafiy plak maintain jer. Nangis masa jatuh tadi jer. Kat klinik tadi pun tak nangis.. Hospital pun tak. Cuma Ajid cakap masa nak cucuk bius 2 jarum muka dia berkerut cakap sakit..tapi tak nangis, sambil pejam mata sambil dia tahan sakit. Kena jugak la 5 jahitan. Aku tak boleh nak bayang..memang aku meraung dalam hati tgk kesakitan dia. Pastu masa jahit tu..relexxx jer sambil pejam mata. Sedar sedar bukak mata dah siap jahit. Hafiy memang kuat semangat. Bagusss.. Takyah nak lembik sangat macam ibu ni.

Dalam pukul 10 baru settle.. balik tu terus tertidur 2 beradik ni. Hadif pandai plak .

Kesian abang kan bu...dah takder abang

Ermm pandail la ko dik... Masa abang sihat bergaduh..bertumbuk... pantang salah..pantang tercuit..asyik nak gaduh jer. Rasakan bila abang sakit ni.. Sunyi ke tak sunyi ko main sorang sorang nak.

Ermm hampes...takder effect pun bagi korang ehh..Besoknya kat skolah cikgu cakap Hafiy terlebih aktif. Macam tak sakit apa apa.. Hadif plak macam biasala. buli dan terus buli si abang.

Malam tu plak aku tengok muka Hafiy dah nampak lenmacam. Membulat macam bengkak sket. Malam pertama ok lagi. Malam ke-2 dah membulat semacam plak. Risau lagi.. Mungkin tindakbalas luka tu kot. Nak bagi ubat pun doc cakap tak perlu.Sebab budak mana ada ubat tahan sakit kan. Cuma apa yang boleh aku buat..tuam jerla ke tepi tepi luka tu.Nasib takder muntah, pening, demam ker..kalo tak parahh.
5 hari lepas tu bawak Hafiy pergi klinik balik untuk bukak jahit tu balik. Sekali lagi budak kebal ni boleh relex. Ajid yang pegi. Aku mintak dia wassap gambar jer. Aku yang tengok dari jauh ni boleh ketar lutut. Darah macam srutttt naik ke kepala..Boleh rasa dengan jelas sindrom panik aku ni Adoiii..sindrom apa eh...

Tapi alhamdulillah ..sekarang dah ok dah.. dalam proses untuk hilang kan parut. Beli ubat kat farmasi jer. Apa nama ntah..lupa. Nasibla anak jantan.. Parut sket sket tu biasalah.. Baru macho kekdahnya.. Yer dop? Makan pun takder pantang.. Ayam ..telor..selamba makan. Orang cakap kalo kena hujan pun tak boleh parut tu jadi timbul. Betul ker?. Tapi hafiy ni main blasah jer. Dalam hujan bleh main lagi. Tapi memang betul betul nasib baik sebab tak kena mata. Kalo terkena mata memang la..tak tau aku nak cakap apa.

Dalam beringat pun boleh kena. Kalo dah nak jadi kan?..

Kerja dah menunggu..ok bye
Wassalam.

2 comments:

ietams said...

alahai hafiy..
tapi dia mmg kuat la.. boleh bertahan.. dalam kan luka tu

aCik Anie said...

Dalam....kita yg tgk ni tak tahan rasa nak tgk...gerun..dia yang rasa tak tau la mcm mana :(