Let's talk.. bukan telekung talk ok.. hehe
Masuk jer hujung tahun, hati berdebar debar bukan berdebar nak boleh bonus ke apa..bukan..berdebar nak mengadap suami yang confirm akan suruh resign. Ntah kali ke berapa dah dia suruh resign. Sampai lupa dah.
Masalah utama dia mintak aku resign.. anak anak. Tambah tambah plan tahun depan nak tukarkan abang abang ke sekolah agama kerajaan saja. Tuntutan budget uolls. huhu.. Sebelum ni aku hantar sekolah agama berbayar. Untuk 2 orang tu aku kena bayar RM540 . Itu dah termasuk belajar + Transit + Transpot. Untuk next year..confirm !! regenya naik lagi. So aku kena cari alternatif lain. Oh lupa.. baby RM300... berbaloi ker? Gaji bukan besar nau pun.
So sekarang anak aku kena cari babysitter yang boleh jaga Harraz, dalam masa yang sama boleh ambik abang abang kat sekolah agama. Balik rumah BS siap mandi makan dan BS hantar balik ke sekolah kebangsaan. Bayangkan kat sini tugas kita tapi BS yang buat. Tak kejam ke?
Persoalannya kat sini :
- Di manakan keadilan? Kenapa kita menafikan hak anak anak kita?
- Kenapa tugas seorang ibu diletakkan di atas kepala orang lain?..maksud aku BS tu la
- Besau nau ke gaji ko ? sampai nak kena korbankan anak anak. Rela ko pilih kerjaya dengan gaji yang tak seberapa tu. Mengalahkan gaji seorang DIREKTOR.
- Kenapa ko sanggup mengadap kerja ko..anak anak ko tak sanggup nak hadap.
- Last but not least SAMPAI BILA?
Inilah dilema aku wahai korang korang semua..
Tengok mata anak anak..ehh..Harraz pandang lain..
Sanggup aku tukarkan dengan kerja, sebab nak kerja jugak tugas MENYUAP, MANDIKAN, TENGOK HOMEWORK, HANTAR AMBIK SEKOLAH aku serahkan pada orang lain.
Hanya kerana ko nak kerja.. pikirkan dalam dalam Anie.
PIKIR..
Pandangan reader dialu alukan..huhuhuhuu..peninggggg....huwaaaaaaaaa
Sekian Wassalam
Love
Cikanie
No comments:
Post a Comment