Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, February 19, 2013

Cerita Pasal Bufday Cake Hafiy

Assalamualaikum........

Ermmmmm.. lama betul tak jenguk blog sendiri. Jenguk blog orang jer la, malas nak update blog.. aku dah tau pesen gini akan datang setiap kalo cuti panjang.Ini namanya Sydrome Balik Kampung. Apapun malas. makan jer rajin kot. kekeke.

Cuti CNY hari tu ingat tak dapat nak balik kampung dah..memandangkan boss asyik bz 24/7.. Tapi memandangkan ayah yang tak berapa nak sihat tu.... curik jugaklah masa cuti ni nak jengah diorang. Kalo diikutkan bz memang sampai sudah lah kerja takkan habis. Betul tak?

Sebelum balik Kelantan weolls balik Klang .. jenguk PIL dulu la. Menyinggah kejap kat SR bangi ni. Ingat nak beli kek sepotong 2 untuk Hafiy. Plannya balik Kelantan baru nak cari kek untuk dia . Makan ramai ramai kat kampung lagi best...

Pilihan dia adalah Blueberry Cheese... sedapla.. aku kalo kek yang bercheese memang berantu la wey.. Tetiba dia bersuara.

Ini kek abang ke bu.. takder pun Huruf H pun?...

Rupanya Secret Resepi yang tertulis kat kotak luar tu dia ingat nama dia.. Pastu bila dia cari huruf H takder..terus dia cakap itu bukan kek dia. Alahai anak.. tu la ibu suruh sangat Hafiy belajar membaca.. Inilah sebabnya.

Si ibu ni plak kesiankan anak... teruslah bagi cadangan kat si apaknya..

Takperla wak.. balik Kelantan ni kita singgahlah kedai kek kat mana mana...beli untuk dia sebijik..yang ada nama dia. 

Besoknya tu tengahari baru gerak balik Kelantan. Dalam kepala dah plan nak beli Cokelet Moist tu jer la.. Ermm dap dap..dap.... Moistnya cokelet dia. Dari Kl sampai la ke Kuala Lipis baru lah jumpa SR. Itupun baru jer bukan kat sana. customer ramai giler. Dan disebabkan customer yang ramai giler tu la berlakunya kejadian yang mengecewakan sekali lagi. Order cokelet moist.. tapi balik rumah tahu tak kek apa yang kitorang dapat.. Kek buah peach. Ntah kek saper la yang budak kedai tu bagi kat aku... Kalo kosong ok lagi... ni tak.siap tertulis nama anak cina mana ntah. Sabor jer la.


Yang kesiannya kat Hafiy la... H yang ada kat BIRTHDAY tu dia sangka nama dia...Nak hantar balik kami dah sampai rumah ... Gilo ko...jauh tu nak patah balik. Baik terus balik Kajang jer. Nak tak nak potong jerla. Hafiy makan pun 2-3 mulut jer.

Abang.. makan la kek bufday abang tu...
Tak nak lah... bukan kek abang.. kek orang cina..

kekeke.. kesian tu kesian jugak.. tapi gelak tetap gelak... Budak kedai tu la yang silap bagi. Aku pun satu hal jugak.. Lupa nak bukak kotak tu. Check balik betul tak kek kitorang. Tapi kan masa budak tu ambik dari petiais aku dah rasa sumting yang macam was was..Betul ke kek aku tu.. Tapi kerana meng"Ignore"kan kata hati itu.. inilah yang terjadi.

Ekceli budak kedai tu masukkan kek hafiy tu balik dalam freezer sebab nak menunggu lasagna yang big boss dalam keter tu order last minit. So ambik masak la sket kan....tu sebab budak tu masukkan dulu jer dalam petiais.. tak sangka plak cina sebelah tu pun menunggu sesuatu jugak.. aduyaiii.. kesal seribu kali kesal..

Apa nak buek. Benda dah jadi. Makan jerlah walopun tak sedap. Hafiy lagi best. Langsung tak jamah walaupun aku dah sapu nama budak cina tu. Tulis balik nama dia ngan spatula tu.. hampessss.. takder di heran..

kek org cina..taknak...

Ahad lepas pegilah balik cari kek sekali lagi untuk dia... nak celebrate kat skolah plak.. aduiii.. kek saja dah beratus anakku...


Dah beli kek beli plak jajan jajan sekali. Takkan kek semata kan?...alaaa..bukan makan banyak modal sangat pun.. gula gula sumi..itu jer pun....
dan macam biasalah....kata penutup dari boss..

ni lah padah tak dengar cakap laki...

geh..geh..geh.. biasala..ujung ujung aku jugak yang terkena...Terima jerla kekurangang diri sendiri..kekeke..lepas ni aku akan pastikan kesalahan sama takkan berulang...Janji bohhh....

Sekian Wassalam..


4 comments:

Sue Saari said...

Nape x ckp tu nama hafiy dlm bhsa cina...muahahahhaha...sian dia...anak2 la ni gitulh dh pndai...advance lg dr kita... ;)

aCik Anie said...

KAN DIA TANYA KAN.. MANA a BU...F MANA BU.. CAMNO TU...

Sue Saari said...

Kata at dia H dia dlm tulisan cino...ahahhahaaha

aCik Anie said...

hehehhee..tu la.. lupa nak habaq