Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, May 14, 2010

KISAH ORG SENTAP

Ini bukan n3 pasal resepi masak lemak….n3 ni pasal org tua yang merajuk tapi last-last pegi dapur makan nasik siap bertambah lagi dengan muka yg agak selamba.


Orang tua ni kalo merajuk memang buruk sangat rupanya.. kalo Hafiy merajuk bolehlah aku sogok ngan air NUTRIGEN.. tapi kalo bapak Hafiy.. surrenderrr weyyyy…

Ni sumer pasal masak lemak la yg jadi punca…. Biasala kalo timur dan barat bergabung.. haru biru jadinya.. nasib baik tak melayang lesung batu…. Uolss sedia maklumla cara masakan orang timur dan barat boleh kata agak jauh bezanya.

Malam tadi Ajeed mengidam nak makan masak lemak cara turun temurun keluarga dia la. Kalo ikut style aku masak lemak ni wajib masuk bawang n lengkuas pastu taruk daun kesum atau bunga kantan ker..daun kadok ke…tapi pesen dia cili hidup ngan kunyit semata..pastu masuk serai… memang aku tak berapa gemar kalo ikut style dia.. kalo ader aku ngap jer.. tapi takder la kata nak bertambah.. so bermula la citer malam tadi…

Dia balik awal lagi.. siap beli serai, cilipadi , santan dan ikan gerut…sedap la wey.. ikan mahal.. dia kalo nak masak cilipadi tak main la ikan kecik…. Ikan mahal ajer.. selero besoooooo…. Memang dah plan dan termaktub dalam undang-undang kuarga Acik Anie..saper masak mesti kena ikut style dia.. makna kalo aku masak ikut cara aku..gitulah sebaliknya. Suka tak suka harus terima dengan redha..Aku tgk dia excited giler.. tengahari tak makan..tahan perut nak makan masak lemak malam nanti.

Aku pun ke dapurla prepare apa yang patut… blender santan.. basuh ikan..tumbuk rencah bagai la… Aku pun bersuara la..

“ Banyak mana nak masak ikan ni… saya tak nak …awak jer la yang makan……..”
“Habis awak taknak makan la…. TAK PAYAH MASAKLA KALO MACAM TU ”

Huiiiiiiiii mak aiiiiii….terussss sentaappppp bebbbbb…… aku cakap taknak makan terus sentap habis….

Aku pun senyap jerla… dalam 5 minit aku duk mujuk dia suh masak… kerasssss..tak nak masak jugak…

“Makan Telor jer la…..”

Dari marah..terus merajuk nak makan telurrrrr jer……huhuuuhu……. Nak tergelak pun ader…Aku pujuk lagi… mana tahu berhasil….Hampa gak..dia memang nekad tak nak masak lagi…nak makan telur jer…..


Aku pun aper lagi..trus masuk dapur klung kleng klung kleng… (feeling isteri solehah jap)

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN GERUT style dia la bebbbbbb………aku panggil dia suh rasa dia tak nak.. tanya bahan-bahan yang patut masak pun dia tak jawab…aku pun buatla macam biasa ikut cara yg biasa dia buat. 20 min lepas tu..siap la masak lemak.. cuba rasa sket..perghh..sedap gak…

Kejap lepas tu dia datang bawak telur sebijik… aku tanya dia..

“Aiii…sebijik jer telur.. mana cukup… awak kan tak nak makan masak lemak ni.. masak telur lebih sket utk awak..ni utk saya jer…..”

Sengih-sengih ambik pinggan ceduk nasi… ceduk masak lemak skali…

Selamba jer buat muka toye….sambil berkata..

“Macam ni la masak lemak yang saya mengidam nak makan”

Trus bawak pinggan nasik depan TV…

“SEDAP LA WAK…”

Ermmmmmmm…. Hampeh…

“ Elok gak awak merajuk kan.. tak payah susah-susah awak masak kan..bijak-bijak…”

Tersengih-sengih….

Soo malam tadinya dinner masak lomak cili api sama telor dadar sajorrrrr….

3 comments:

ita cutevirus said...

acik anie, ikan gerut tu camne rupenyer???
kalo tak salah ita mmg org n9 masak lemak cenggitu... diorang tak letak bawang... pelik kan??

mendatak hijau said...

ngeri gak kalu org laki ni majukk...

Cik Anie said...

erm... mmg gitu... mil akak pun gitula caranya sebab dia pun asal belah sana..
nak cakap canner er... lebih kurang ikan siakap jgk

mh-huhuuhu..teramatlah ngeriiiii