Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, May 31, 2010

HAFIY ADMITTED -PART 4

Mulakan pagi ini dengan bismilllah dan doa semoga hari ini dan hari depan akan mejadi lebih baik dari semalam.. Amin. Cerita pasal Hafiy kena admit kat ward lom habis lagi rasanya. Last hari tu aku citer pasal aku pi test JPJ masa hari pertama Hafiy admitted kat ward. Kesannya aku fail buat 3 penjuru… bukit parking sumer lepas.. benda yang enteng macam tu aku boleh fail.. nak buat camner.. dah ketentuan-Nya… redha jerla.. melayang lagi RM180 utk ulangan.

Bagi aku … hanya nak cepat habis jer… nak cepat-cepat balik teman Hafiy kat ward.. walopon aku tgk dia dah hyperaktif sgt…tapi yer la..risau tu yang lebih.. ibu mana yang tak risau kalo anak dia tak sihat.

Masa aku menunggu utk test JPJ sempat lagi call Ajed ..tanya kondisi Hafiy camner. Katanya jap lagi doc akan ambik darah..buat test sekali lagi…kot ader jangkitan kuman kat selaput otak. Kalau sumer OK Hafiy akan discharge petang tu jugak… Sooooo…teruuuuus berdoa sambil bawak keter sebelah JPJ ni.. moga sumer ok ddan Hafiy boleh kuar segera.. JPJ kat sebelah ni.. sampaikan dia tanya aku.. sebelum test ni aku ada belajar ker tak.. mungkin aku lulus jalan raya pun atas ihsan JPJ tu.. mungkin la…

Dah settle sumer aku igt dah fail lagi… alhamdulillah..jalan raya lulus… dah siap sumer..terus call cikgu suh hantar hospital balik.. lupa nak kabo… masa aku pi test memang serabai giler.. yer la..korang bayang kat Spital dah la tak tido… pesan kat Ajeed bawak la baju yang elok sket… kasut sumer… dia bawak baju ketat giler warna pink tu.. match plak tudung pepel… bayangkan lah.. adusss.. nak tak nak pakai jerla..dah itu jer yang ada…

Dalam kul 2 aku settle sumer.. sampai kat spital terus tak lengah lagi.. masuk carik Hafiy.. carik punya cari…dia takder kat katil… risau dah..mana pi plak ni.. tanya orang sebelah katanya babahnya tgh mandikannya kat bilik air.. lega.. pi intai sekejap dalam bilik air popuan .. takder… rupanya dalam bilik air lelaki.. fuhhh…hepy giler aku tgk Hafiy..siap nyanyi lagi… lego rasa hati makcik..tgk anak dah sihat.. hepy pun ada…. Sementara tunggu mereka 2 org tu siap..aku ambik peluang nak mandi..benrsihkan badan.. yerla..melekit-lekit..dah la mandi tak bersabun… hazabbbbbb bermalam kat spital ni.



Dah siap sumer aku tgk Hafiy dah siap pakai baju…dia dah stanby nak mengada-ngada balik dahhhh. Len macam sket perangai dia sejak lepas demam.. mengada- ngada… nak tak nak layankan ajer… dalam kul 2-3 gitu.. segerembolon doc datang balik.. check sumer.. alhamdulillah.. dah boleh kuar petang tu jugak…

Masa misi cakap boleh balik tu....Ajeed takder... Ajeed balik umah jap.. terus dia datang balik kat Hospital.. takder terusnya… dia sempat tido dulu kat umah.. sebab Hafiy pun tertido kat sofa.. malas nak kacau dia.. biarlah dia tido dulu.. Ko pujuk macam mana pun dia takkan tido atas kati.. kat sofa ni gak la dia boleh tido.. heran aku.. kena badi apa ntah.. nak tak nak tunggu jerla kat sofa tu.. tersengguk-sengguk kepala aku.. nak tido sogan plak makcik.. yerla..laluan org ramai.. masuk jer nampak aku tido kat situ.. malam takperla..takder pelawat.. siang hari mcm-mcm rupa org yang datang..

Dalam 3-30 kul 4 gitu Ajeed datang balik.. kemas sumer barang .. settle sumer bill.. yihaaaaaa…boleh balik umah…. Ridu kat bantal sendiri..selimut sendiri.. yang paling penting…boleh tido aksi gaya bebasssssss….



Gud bye misi n doc..yang baik budi bicaranya. Kalo macam ni la layanan diorang tak serik la nak datang lagi… Kalo boleh tak nak lagi jejak kaki kat spital ni.. Apepun TQ pada misi dan para doctor yang merawat Hafiy. Pada kengkawan yang masih menghuni kat Hospital Kajang tu.. sabar jerla.. doa byk-byk… agar anak-anak cepat sembuh yer.. Acik Anie doakan agar..Qalisha.. Akif ceppat sembuh… jgn lasak-lasak sgt.. kan kena cucuk lagi….

No comments: