Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, March 23, 2010

MACAM² HAL

Semalam balik kerja singgah kedai jap. Beli ikan tongkol nak masak singgang. Dari minggu lepas lagi tekak ni rasa nak makan singgang ikan tongkol. Pastu lawan dengan ayam goreng. Sedap. MInggu lepas dah singgah kedai konon nak masak singgang ikan tongkol la.. Sampai umah tak lengah lagi prepare sumer bahan siap masuk periuk ..sekali tgk ikan takder dalam beg plastik. Rupanya cashier kat kedai lupa nak masukkan ikan tu. Aku tak pasti dia kita ker tak. Kalo dia kira tu.. halal jer la. Tapi aku rasa tak.

Balik jer dari kedai tgk adik lelaki aku yg kat Bangi ada kat umah. Aikk..mimpi aper nih dtg umah aku. Berkurun lama baru nampak muka walhal nak datang sini tak sampai 10 min kot. Takperla..mungkin dia nak jenguk anak buahnya kan.. dah lama² sket baru la kuar citer. Umah dia kena pecah. Sumer kain baju seluar kasut mahal² hilang..tong gas, beras pun dikebasnya. Tak tahu angkara saper. Kalo tahu senang citer plak.

Kes ni rupanya dah 2 minggu. Baru semalam dia pergi bank nak tutup akaun. Cerdik tak cerdik budak tuh.. Katanya" dia tak tahu no akaun aku.".. memang la tak tahu ..tapi sekarang mcm² org boleh buat.. bila ko tgk kat dalam akuan ko dah zero baru ko "gelaboh bewok"(bahasa kelantan). Yang aku bertambah heran dia boleh tinggal beg duit kat umah. Yang peliknya pencuri tu hanya ambik kad bank jer..IC dia tinggal plak...

Tapi dia dah buat report sumer pasal ni. Nasib baik yg ni ko buat.. kalo tak memang ko seorang manusia yg tersangatlah bijak. So malam tadi dia tido kat umah aku jer... kesian la plak.. duit pun takder.. akaun dah kena sekat... padan muka baru ko rasa.. masa senang ko tak pernah nak beringat. Dah susah ni ko sdiri rasa la. Itu baru dinamakan kehidupan.

Moga dari kes ni ko dapat blajar sesuatu. Tapi aku heran kenapa ader sajer masalah yg menimpa dia. Kat mana² jer dia tinggal (seingat aku la). baik Bahau- kena pukau, Kuantan- PS 2 yg aku bagi pinjam hilang, Pengkalan Chepa - Kena saman sebab buang sampah merata-rata kat bandar KB..ada saja masalah yang menimpa. Banyak sangat musibah yang menimpa..



Sedikit pesanan dari kakakmu....

Orang kata dari pengalaman hidup boleh mematangkan pemikiran seseorang. So harap² ko ambiklah iktibar dari apa yang terjadi. 1 yang penting.. hidup kalo takder restu dari org tua memang ko takkan senang. Pasti ada segala macam musibah yang menimpa.. so.. kalo ko free tu rajin-rajinkan lah tanya kabar ma ayah kat kampung. Jangan ada masalah baru ko nak tepon..Itu jer pesanan dari aku.

2 comments:

Anonymous said...

hmm...betul tu kak..skang ni mmg mcm2 kejadian terjadi nk nk lg kes pecah masuk umah bahye tau...umah sy dah bape kali dah kena pecah masuk dah naik muak buat repot polis tp keadaan masih mcm ni jgk...pelik betul la...huh!

Cik Anie said...

diorang terima kes ni mcm angin lalu jer kot.. hanya ikut procedure...