Assalamualaikum…
Baru baru ni kecoh plak kat Mesia ni pasal Isu Forex yang dikatakan HARAM. Kalo korang perasan la kat TV pun dah bagitau yang FOREX tidak dibenarkan dalam islam. Keputusan yang dibuat itu adalah hasil dari kajian demi kajian dari kumpulan kumpulan yang bertanggungjawab. Tergerak plak hati aku nak berkongsi sama benda ni dengan readers. Pada yang dah tau tu elok la. Pada yang masih blur lagi… baik korang baca.
Ekceli ada 3 kumpulan yang ditugaskan untuk mengkaji benda ni halal ker haram untuk kita orang islam. Orang bukan islam mungkin takder masalah la kot. Bagi kita orang islam ni bukan boleh main sapu bersih jer sumer. Kena tengok jugak cara dan konsep yang diorang pakai. So sama samalah kita leraikan segala kekusutan yang tersimpul itu. Bukan kita yang kena kaji .. Orang lain yang kaji. Kita tukang baca jer. Salah satu hasilnya yang kat bawah ni.. Hasil dari ….
KUMPULAN KEDUA
Pengkaji dari Universiti Utara Malaysia yang dianggotai oleh Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim, Dr. Hasniza Mohd Taib, Dr. Muhammad Nasri Hussain. Kertas mereka menyimpulkan seperti berikut :-
"Berdasarkan perbincangan di atas, perdagangan forex online adalah tidak dibenarkan oleh Syarak kerana adanya perkara-perkara yang menyalahi Syarak iaitu.
i. Pembelian wang tunai dilakukan secara kredit adalah terang-terangan bertentangan dengan kontrak Sarf dan mengandungi unsur riba.
ii. Sekiranya pembelian kredit itu ditakyifkan sebagai pemberian pinjaman oleh broker, perkara tersebut masih termasuk dalam aktiviti yang dilarangkan oleh Syarak kerana mengandungi unsur mendapat manfaat dari pinjaman, dan larangan mengumpulkan 'pinjaman' dan jual-beli'.
iii. Menjual matawang secara menangguhkan penyerahan adalah dilarang oleh Syarak. Syarat qabd dalam majlis tidak wujud di dalam transaksi ini. Keharusan melewatkan penyerahan (qabd) tidak boleh diaplikasi dalam urusniaga ini kerana tidak termasuk di dalam konsep 'darurat' bagi transaksi 'bonafide'.
iv. Urusniaga broker secara online ini mengandungi unsur bay' al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.
v. Urusniaga ini juga mengandungi ihtikar yang dilarang oleh Syarak.
vi. Urusniaga ini juga mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga atau angka."
So.. pandai-pandailah korang pikir. .. Nak ambik benda ni dari sudut yang mana satu. Tapi satu jer kita kena ingat… MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU… WAJIB bagi kita orang islam… nak nak plak kita nak bagi anak bini/ family kita yang lain makan… Takkan nak bagi makan dari sumber yang sah sah mengandungi unsur RIBA.
Sumber dari sini.