Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, February 6, 2013

Posterior Uretra Valves (PUV)

Assalamualaikum...

Dah lama aku goggle info pasal penyakit Posterior Uretra Valves (PUV) ni.. baru hari ini berkesempatan mengolah balik info berkaitan dengan penyakit ni.


Ekceli 2 or 3 minggu sudah aku ke rumah my kazen kat Bukit Serdang. Tujuan utamanya nak melawat anak lelaki dia ni. Anak dia ni di sahkan ada masalah yang melibatkan uretra, di mana salur untuk keluarkan air kencig  ini terkeluar daripada pundi kencing. Bayangkan ... dari baby lagi dia terpaksa ulang alik ke hospital buat checkup.. tukar wayar sebab dia tak boleh kencing secara normal..kena kencing pakai wayar.... kalo jadi kat kita camner...ermm.. seriously aku dapat rasakan kesakitan yang Danial rasa setiap kali tukar wayar baru...Bertabahlah duhai ibu..

Posterior uretra valves (PUV) hanya didapati di kalangan kanak-kanak lelaki sahaja berlaku dengan kadar 1:8000 iaitu setiap 8000 kelahiran kanak-kanak lelaki 1 orang akan dikesan. Semasa otot pundi kencing bekerja keras untuk mengeluarkan air kencing tekanan terjadi dan mengakibatkan air kencing patah balik dari pundi kencing ke salur ureter dan buah pinggang. Keadaan ini akan mengakibatkan buah pinggang dan pundi kencing menjadi bengkak dan boleh akibat kerosakan.

Tanda & gejala :

Dengan ultrasound, penyakit ini boleh dikesan semasa waktu kehamilan dan siasatan boleh dibuat selepas kelahiran untuk pengesahan PUV. Sebahagian kanak-kanak lelaki dikesan mengidap posterior urethral valve sebelum berumur 14 hari,dan untuk yang lambat dikesan, dalam umur enam bulan pertama hidup.
  • Sakit dan susah semasa membuang air kencing
  • Pengeluaran air kencing perlahan/lemah dan menitis
  • Lambat membuang air kencing selepas bayi lahir, selepas 48 jam
  • Kerap membuang air kencing
  • Kencing malam dan seluar didapati basah selepas setiap kali membuang air kencing walaupun telah diajar cara ke tandas.
  • Kenaikan berat badan tidak memuaskan dengan umur kanak-kanak
  • Jangkitan di salur kencing (melibatkan semua peringkat umur)
  • Pembengkakan yang berlaku disebabkan oleh pembesaran pundi kencing.
Walaubagaimanapun pengesanan awal boleh dilakukan semasa mengandung lagi melalui 4 cara :
  • Ultrasound scan untuk salur urinary Micturating Cystourethrogram (ini adalah satu x-ray yang khusus untuk pemeriksaan salur kencing. Satu salur getah dimasukkan ke dalam urethra dan pundi kencing dipenuhi dengan cecair pewarna- gambar x-ray akan diambil semasa pundi kencing dipenuhi dan semasa kosong) ianya akan menunjukkan keadaan posterior urethral valves sama ada pengaliran air kencing akan masuk semula ke dalam salur ureter dan buah pinggang.
  • Cystoscopy- ini adalah satu tatacara yang menggunakan tiub kecil dan boleh di lentur dengan lensa kamera berada di hujung salur untuk pemeriksaan di dalam pundi kencing
  • Ujian darah- untuk mengetahui perkembangan fungsi buah pinggang
  • Ujian kencing untuk mengesan jangkitan kuman
Tapi setiap penyakit tu kan ada ubatnya... kita sebagai ibubapa mesti sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan rawaran yang terbaik untuk anak anak kita. Terdapat 3 jenis rawatan yang mungkin boleh membantu untuk meringankan sikit kesakitan pesakit ini.
  • Rawatan sokongan - untuk mengurangkan gejala kepada kanak-kanak. Jika sekiranya kanak-kanak mengalami jangkitan salur kencing dan kandungan garam tidak seimbang, keadaan ini mesti dirawat dahulu. Kerana ianya memerlukan tiub getah yang dimasukkan ke dalam penis/zakar, melalui salur urethra ke pundi kencing sehinggalah air kencing boleh dikeluarkan
  • Cystoscopic ablation - Pakar urologi ( Pakar pembedahan yang khusus dalam merawat gangguan jangkitan salur kencing) akan merawat kanak-kanak dan menjalankan prosedur endoskopi ablation. Semasa prosedur ini dijalankan alat endoskopi akan dimasukkan melalui injap yang di turis dahulu
  • Vesicostomy - jika sekiranya kanak-kanak itu didapati mempunyai salur urethra yang sempit, pembukaan di pundi kencing perlu dilakukan melalui abdomen(?perut?). Pembukaan ini adalah sementara sahaja untuk memudahkan pengeluaran air kencing sementara menunggu kanak-kanak membesar supaya pembuangan injap urethra boleh dilakukan
Kesan daripada penyakit ini terpulang kepada banyak mana kerosakan yang terjadi kepada buah pinggang. Kanak-kanak lelaki memerlukan jangka masa yang panjang untuk rawatan susulan di hospital kanak-kanak yang ada kepakaran nefrologi ( doktor kanak-kanak yang pakar merawat penyakit salur kencing yang bermasalah) ataupun pakar kanak-kanak dan urologist.

Kadangkala walaupun selepas rawatan kanak-kanak tersebut masih memerlukan pemeriksaan ultrasound scan yang berkala untuk salur air kencing, pemeriksaan tumbesaran, pemeriksaan tekanan darah dan ujian darah untuk fungsi buah pinggang. Penilaian untuk tekanan pundi kencing dan fungsi (urodynamics)) akan juga dilakukan dari masa ke semasa. Kekurangan kawalan kencing mungkin satu masalah jangka masa panjang walaupun selepas dirawat.

Hampir 30% kanak-kanak lelaki mempunyai penyakit kegagalan buah pinggang, di mana ianya memerlukan pengawasan dan rawatan susulan yang berlanjutan.

Harap mama dan abah Danial bersabar dengan ujian ini. 

Sumber dari sini

Sekian
Wassalam


2 comments:

Noor Syazulzeela said...

Assalammualaikum
Sy nak tnya skrgni mcm mana perkembangan anak buah puan. Adakah dia semakin sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti normal ..

Sy sdg mengandung 27week turut dikesan anak dlm kandungan mengalami PUVs, esok sy akan jalani operation utk deliver baby seawal mungkin bagi menyelamatkan buah pinggangnya.

aCik Anie said...

waalaikumussalam..
sis..saya doa semuanya berjalan lancar..amin
pasal anak kazen saya tu..dia di kesan masa umur 3 bulan. Kencing boleh tapi sket sket kluar.. saluran sempit x lawas..x hbis,air kencing kumpul dlm prut..salur dio sempit kena Pkai tiub kncing je solution dio sampai 2 years Sbln skli tkr tiub..Kadang kadang x smpai sbln...tiub sumbt dgn kelodak2,nanah ..bila sumbt automatik dio akn demam yg sgt tggi..
Alhamdulillah..sekarang dah ok..lps umur dua tahun slowly pulih macam sediakala.