Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, December 13, 2012

Mata Yang Lapar

Assalamualaikum..

Gara gara menghapdet kisah nasik kukus ayam berempah punya pasal tak pasal pasal semalam balik jer kerja terus menonong mencari van nasik kukus. Kat Sek 7 ni kalo korang nak cari gerai dia memang sampai sudah pun takkan jumpa sebab diorang ni meniaga pakai van. Parking jer tepi jalan. Senang gitu kan... Bayar sewa van jerla. Sewa kedai tak payah. Pastu rumah tokey plak kat belakang tu jer...

akak...saya nak beli ayam jer boleh.. nak seketul jer..pastu nak kerak lebih * byk cekadak
bolehhhhhhhhhhhh..asal cakap....

Terus dia bungkus ayam seketul dan kerak nya yang super melambak..... sukerrrr..kerak dia sedap.


Saya suka kerak dia kak..makan ngan nasik gitu pun sedap..takyah kuah-kuah..

Dengar aku cakap gitu..lagi banyak dia isi.

Rumah tokey kat situ yer kak?
a..aaa... 
Dia la yang perap ayam ni sumer..
bukan... pekerjanya la yang buat..

Nak jer aku mintak bahan rahsia diorang. Agaknya bagi ker tak?.. setiap tempat mesti rasa berbeza beza. Bagi aku kat sini paling sedap.

Balik jer rumah terus masak nasik. Aku sempat lagi menunggunya. Tapi Hafiy dah tak boleh tunggu.. Separuh ayam dia dah habiskan. Kerak tu plak aku yang habiskan. 2 pinggan settle..terus pengsan

Wassalam..




3 comments:

Reena Onn said...

Kiranya memang owner nasi kukus ni taknak resepi dia jatuh dekat tangan orang lain la kan? :) Secret recipe gitu... Sedapnya!!

aCik Anie said...

takkan dibagi kot.. kecuali ugut dia..hahahahha

Ietams said...

mkn keraknya pun dua kali tambah nasi.
mmg sedap betul la tu