Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, December 20, 2012

Cerita Pasal Anak

Assalamualaikum..

Tetiba rasa nak membebel kat sini la. Ekceli hari ni ada ruang dan peluang nak berblogging ..apa lagi..moh la kita mencotcetcotcet.

Kurang lebih seminggu lagi dah nak masuk tahun 2013. Anak sulung aku baru 5 thn. Umur plak semakin tua. Kalo nak beranak sorang lagi kena pikir 2-3 kali. Penatttttttt................... Bila di fikir..naperla muda muda aku tak kawin erk?... Nyesal pun ada.... Eh..lupa la.. mana leh menyesal sebab masa muda muda dulu pakwe pun takder..camner nak ajak kawin. Jantan yang jenis menghabiskan duit adala. Nasib baik aku ni jenis yang cepat tersedar dari lamunan tau. Dalam cepat tersedar pun lesap gak duit ASB aku. Hehe..Usah dikenang cerita yang sudah. :(

Bab melalut nombor satu.

OK..ekceli nak cerita pasal anak ni. Bila dengar anak orang tu bijak..UPSR 5A...PMR8A..Wahh..kagum la. Camner diorang didik anak. Paksa ke ? santai ke ? hitler ker?.Aku ni dah mula risau. Walhal anak sulung baru 5 tahun. Aku tanya anak kawan kawan..biasanya yang bijak tu semua jenis yang minat blajar. Minat belajar maksud aku ni mak dia  tak perlu nak terpekik terlolong * aku la tu paksa anak dia baca buku tetiap malam. Walaupun 10 min satu hari.Aku?... macam kes kat atas la.

Ekceli aku dah susun target tau untuk anak anak aku ni. Seawal 4 tahun lagi. Melampau ker cara aku ni erk. Aku tengok orang lain rilex jer. Anak cemerlang jugak. Aku bukan apa... nanti risaula masuk darjah 1 pun masih tak tau membaca. Camner nak jawab soalan periksa.

Sekarang ni tak guna KBSR dah kan... KSSR kan sekarang?. Pastu penilaian dibuat seawal darjah satu sampai la ke darjah 6. Kiranya result UPSR tu dicompile 40% dari assessment band kat bawah ni. Satu lagi sistem buat aku pening kepala. Kalo dulu risau jer time balik cuti penggal. Kot turun kelas.. Malu wey.. sekarang canner erk?..Guene gamoknya  cikgu cikgu sekalian alam. Story me please.. Betul ke anak kita dinilai melalui sistem band di bawah ni. Takderlagi la no 1, 2, 3 kalo macam tu kan?. Ntahla ..aku pun tak berapa arif pasal ni.Buku rekod ada lagi ker tak? Cuba perati kat bawah ni :

Band 1 - tahu ABC.
Band 2 - tahu ABC walaupun di terbalikkan ZYX , still paham & boleh buat.
Band 3 - Boleh buat ayat
Band 4 - Boleh buat ayat dengan terperinci
Band 5 - Boleh buat ayat secara terperinci secara sukarela.
band 6 -  Boleh buat ayat secara terperinci & boleh menerangkan maksud kepada rakan& boleh membimbing rakan


Kiranya kat buku rekod dia nilai pakai band la yer..selagi tak lepas band 1 selagi tu la dia blajar sukatan yang dalam band satu punya?..sila jawab sekali lagi cikgu.

Dan ini adalah Target untuk Hafiy and Hadif. Tulisan melambangkan keperibadiannya..Yes...Aku sendiri pun serabut tengok tulisan aku nih. Masa ni tgh serabut pikir hutang piutang. hehehe.


Sekarang ni Hafiy kiranya dah masuk fasa ke-2. Fasa pertama dah settle. Alhamdulillah...Kiranya untuk fasa ke -2 ni dia akan masuk Band 3. Insya allah.. Target band 2 jer...Tapi masa 4 tahun ni dia dah konker band 1 & 2, elok la. Lagi senang kerja aku. So target seterusnya nak ajar dia membaca. Ingat nak guna kaedah Cahayaku..tapi kazen aku cerita cara Anakku lagi senang la. Lagi senang budak nak paham. So aku mesti dapatkan bukan and CD tu . Lama gak la mencari...yang jumpa Cahayaku jer berlambak... Yang Anakku malam semalam baru aku jumpa. Terus beli. RM36.90 tak salah.


Dalam satu set ni ada 8 jilid . Buku 1 hingga buku 8. Proses pertama dalam buku 1 tu adalah proses mengenal huruf vokal dulu. Dalam Cd tu dia tunjuk cara sebutan untuk vokal A, E U I O. Memang fokus pada mulut cikgu tu je. Camner nak sebut dengan betul.


Pastu dia siap warning lagi. Jangan sesekali kenalkan anak anak dengan huruf biasa...kenalkan mereka dengan sebutann terus. Baru budak cepat pandai tau. Jangan risau..sebelum kita jadi cikgu tak bertauliah kat rumah dia ada bagi sekali buku panduan . Dalam buku ni dia bagitau cara yang patut kita guna untuk kasi anak anak ni cepat paham.

Korang camner?.. cer citer....especially cikgu cikgu. Sharing is caring kan?..

Wassalam...



3 comments:

Anonymous said...

Salam kenal.. :)
Nice sharing dear..
Bagus betul perancangan awak. Anak sulong saya pun tahun ni baru 4 tahun..tapi mama dia ni masih blur2 lagi..skang dah buka mata sikit bila awak explain kat sini.
Now ni saya baru try guna Noddy application. Dari segi thinking skills bagus gak. sekejap je anak dapat faham.

MuzZz said...

Salam kenal :)
Nice sharing dear. Bagus betul awak buat planning utk anak2 belajar. Skang baru terbuka mata nak buat target macam awak. Sebelum ni main hentam kromo je. Anak saya pun baru masuk 4 tahun tahun ni. Risau sgt bila dgr sistem persekolahan skang ni makin advance! Takut anak tak terkejar..huhu

aCik Anie said...

SALAM KENAl kembali..
ermmm... memang kena ada target.. kalo tak mmg kucar kacir la,,,yer la..masa kita sebagai parttime houswife ni amat amat terhad