Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, March 19, 2012

Kisah Jumaat Lepas.

Assalamaualaikum..

Pagi tadi feeling cikgu besar pencen sebab datang kerja naik mejedis. Serius cakap.. rasa macam otai benenor.

Jumaat lepas kalo korang perasan angin ribut memang luarbiasa sangat. Kat Kajang la.. Kat tempat korang tak sure plak. Nasib baik Ajeed sempat balik umah. Ambik keter baru datang jemput aku. Kalo tidak, tak tahula macam mana.. Agaknya kul 8 kot baru sampai rumah. Nak tunggu hujan reda.

Sampai jer taska tgk pokok yang sebelah ngan taska tu pun tumbang. Besar beb pokok tu. Kalo la pokok tu timpa kan taska pastu ader plak budak kat dalam bilik tu masa tu.. Tak tahula apa nak jadi.. Nauzubillah. Nasib baik tumbangnya hala ke jalan. Tu pun terkena la bucu pagar tu sket



Tak habis lagi… Balik jer rumah… Masya Allah.. apa sudah jadi… motor dah basah kuyup, kain khemah dah tercabut. Tu la.. nak save budget cari khemah yang murah-murah.. Sudahnya koyak rabak kena pukul ngan ribut.

Semalam Ajeed dah beli ganti yang baru. Beli yang elok sket kot lepas ni datang ribut lagi kan.. tapi bila nak pasang baru perasan, besi panjang yang kat atas tu entah mana tercampak. Aku ingat mesti orang dah kutip jual kat besi buruk. Tak pasal-pasal kena cari yang lain. Nak beli mana ada jual erk?….



Nak pasang awning pun bukan rumah sendiri.. So plan jangka pendeknya macam ni.. pasang jer khemah.. Ada gak tempat berteduh motor buruk Ajeed tu. Satu lagi kalo takder khemah tak boleh kot…..Hadif ngan Hafiy ni suka main beskal kat luar , Diorang ni bukan reti panas ke hujan.. janji dapat main … kayuhhhh tak hingat. makin dilarang makin menjadi.. Baik aku suruh jer.

Sory… ini entry tiada penutup.. babai…

No comments: