Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Monday, May 31, 2010

DEMAM SAWAN (FEBRILE FIT)

Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
  • Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
  • Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
  • Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
  • Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam).
  • Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
  • Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.


Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.


Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.

Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.

Apakah penyebab demam sawan ?
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.

Adakah ia berulang ?
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.

Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.

Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?

  • Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
  • Bukakan pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
  • Lakukan jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan.
  • Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
  • Beri minum air secukupnya.
  • Berikan ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak anda tidak boleh memakan ubat demam, anda. boleh memberi suppositori paracetamol setiap 4-6 jam sekali:
  • Umur <> 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup

Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan. Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak (meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor

2 comments:

aCik Anie said...

saya pun ada denga produk ni bagus. Insya allah boleh cuba ni

Anonymous said...

Info yg bguna..tq :)