Friday, April 9, 2010

WAJAH DIRENUNG 70 KALI SEHARI

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari?

Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati. Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.



BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.



Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'

Ihsan dari Email.....

Sekadar berpesan dengan kebenaran.

2 comments:

  1. tq...ingat 5 perkara...sebelum 5 perkara...

    ReplyDelete
  2. sihat sebelum sakit
    muda sebelum tu
    lapang sebelum sempit
    hidup sebelum mati

    apa satu lagi erk

    ReplyDelete

Jgn Segan-segan.. komen jer...