Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, February 21, 2017

Resepi | Kuih Ketayap @ Bate Buruk

Assalamualaikum..

Tetiba terpikir lama dah takder resepi baru kat blog ni. Apalagi...toinggggg datang idea nak share resepi kuih ketayap. Bahasa kasar dia kuih bate buruk, taranum kena betul. Salah tarannum lain bunyi lain maksudnya. hehe.


Aku dan adik adik aku membesar dalam keluarga yang meniaga kuih pagi pagi ni. Dari kecik lagi kitorang memang dah kenal karipap, ketayap, lapis, cara, roti goreng, bekeng@bingka, kasui, pulut pagi, seri muka, puteri ayu, cekmek, kuih boom @ golek lenge. Macam macam kuih, sampai dah lupa dah namanya . Nak dengan tak nak blajar jer. Tapi yer la..dah tua tua baru datang menyesal tak belajar buat kuih lapis, menyesal tak belajar buat seri Ayu..menyesal tu menyesal ni. Semuanya menyesal sebab tak pernah nak tunjuk minat nak tau resepi jauh sekali nak buat sendiri. Sebab tu kami adik beradik takder sorang pun yang reti buat kuih. Lately ni i macam terpegun dengan adik adik i hokey.. Tak sangka memang darah Mak aku kuat mengalir dalam badan masing masing. Sapa sangka diorang boleh buat kuih ketayap ni, dulu kitorang tukang sambung buat jer. Macam kuih ketayap ni mak aku siap bancuh, kitorang tukang buat kulit, inti pun dah siap, Masak kulit isi inti ,
gulung. Tu jer la yang tau.

Sejujurnya memang dulu sangat sangat tak suka kalo kena tolong mak aku buat kuih. Bosannya lahai..balik balik tu, bangun seawal pagi lagi nak bakar kuih cara, sebelum ke sekolah pagi tu makan kuih cara tu jugak..petang kalo tak habis kat kedai pun makan tu jugak. Sayang nak buang la. Sebab kita tau penat nak buat tu, bangun kena paksa pagi pagi. Lagipun tak elok membazir :)

Bahan Bahan :

Kulit
Gandum - 1/2 paket
Air - , Masuk 2 cawan dulu . Agak Pekat campur masuk la lagi. Pekat likat dia macam lempeng jugak.
Telor - Sebiji
Pewarna Hijau
Garam

Inti
Kelapa - Sebiji- Kalo boleh nak yang kulit hidup (Tak muda tak tua) hihi
Gula Melaka- Sekeping
Gula Pasir- Sesedap rasa- Anggaran dalam 5 sudu teh.. agak la..rasa dulu, tawar tambah lagi
Daun Pandan- Selai
Air Sket.. Buat syarat nak lembapkan inti
Garam - Secukup rasa

Cara - Cara: 

Semua bahan untuk kulit tu di blend skali dan di tapis.,


Masukkan garam dan pewarna. Sapu minyak kat kuali ...tuang macam nak buat lempeng, tutup kejap then angkat.


Masuk inti tadi then gulung, cara gulung tu ..letak inti hujung bawah, jangan hujung sangat, lipat yang bawah, lipat kanan, lipat kiri, gulungggg.

Sekian Wassalam,

Love
Cikanie

Thursday, February 16, 2017

GST yang mencekik

Assalamualaikum..

Amukan sopan dalam hati pasal keadaan ekonomi sekarang. Bukan dalam hati la jugak.. cerita jugak kat member kat wassap. Haha. Memang betul betul mencekik rakyat marhaien macam aku ni. Mungkin bagi setenganh orang tak merasa, tapi bagi aku sekeluarga memang terasa sangat. terasa wey. Macam mana hari hari nak survive dengan keadaan ekonomi yang agak terkawal sekarang, bab kata orang tuh. Huhh.

No wonders la kedai Acheh kecik kecik sekarang ni hidup segan mati tak mau. Diorang pun tak dapat nak survive pusing modal kot. Aku prefer beli barang basah kat Kedai Acheh dari beli kat pasaraya. Ntahlah, tak lalu nak makan yang pasaraya. Mungkin sebab dah di momokkan dengan cerita yang belom pasti kesahihannya. Tu jadi macam erkkk... taknak la. Acheh mahal sket takpe, tapi fresh. Tapi lately ni kedai Acheh dah melampau mahal regenya. GST punya pasal la ni.


Semalam tekak teringin nak makan Mee Kuah. Sotong kat rumah dah ada, ayam pun ada. Cuma pi kedai cari kicap, cari daging sket, sayur, tomato , cili besar. Itu jer yang takder. Dengar cashier tu cakap RM12.40 kak...Mak aihhhh. Mahal nya. Daging import seketul tu RM5.++, Hampir sama dah ngan rege daging tempatan. RM22.00 sekilo wey. Dulu dulu 15-16 jer sekilo. Haishhh, gara gara GST la ni. Melampau.

Sekarang nak beli makan pun berkira kira sangat. Bahan mentah memang naik mencanak. Dulu seingat aku ikan sardin/selayang tu sekilo baru RM6. Sekarang dah RM12 wey.. Sardin pun sama...takder duit takleh makan sardin. Dulu sambar tu jer time hujung bulan. Tapi sekarang , berkira kira nak beli. Dulu orang anak ramai.. sardin penyelamat kan. Masak taruk kuah banyak. Makan la kita adik beradik. Sekarang nak beli apa yer nak jamu anak anak untuk alas perut diorang. Tak terpikir ke wahai pembesar pembesar negeri Antah Berantah?.. :(
Tetiba rasa nak akan sardin kicap jer malam ni. Hurmmm.


Balik kerja semalam tak lengah lagi masuk bersilat kat dapur. Resepi turun temurun Bonda biasanya menjadi igauan disaat kita homesick. Kan?. Potong bawang putih, tumbuk dengan lada hitam..tumis masuk lauk pauk tadi , masuk air masuk sos cili, masuk kicap cuka sket, garam aji..settle la. Mudah sangat. Biasanya dapat makan mee kuah ni time puasa. Arghhh rindula..

Lepas jer masuk, terus bergegas ambik anak kat sekolah. 6:35 diorang keluar. Tapi aku ambik lambat. Dekat kul 7 baru sampai. Pergi awal menyampah, satunya parking penuh, duanya diorang hilang ntah mana pergi, sorang ke toilet, sorang ke surau, tapi yang paling tak suka bila diorang hilang pegi beli makan benda pelik pelik kat Pintu B. Contoh makanan pelik pelik, megi celop air panas, serbuk manis manis tu..Ntah apa nama specifiknya. Ayam satay, semua tu tak sihat ok..huhu. Bila aku sampai lambat ambik diorang, aku tak perlu tercari cari, diorang yang menanti i tau..haha, kejam. Lepas pickup diorang terus bergegas ambik Harraz, bali rumah si abang terus mintak makan. Hahaha. Sebab tu aku kena cekap. Aku akan pastikan ada benda yang boleh diorang balun dulu. Kalu tak buat macam ni si abang bertukar jadi rimau. Stresssss mak hinccit. Makan kenyang settle..

Datang pagi pagi dah membebel.. nasib la, akceli bukan nak bebel sangat, tapi mengenangkan barang-barang yang super duper mahal plus harga tak masuk akal dek kerana GST mencekik ni, aku jadi geram. Dah, nak kerja..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, February 15, 2017

Pembuka Tirai 2017 - Shemphutttt...

Assalamualaikum..

Lama sangat rasa takder entry baru. Hurmmm... Bila keadaan tak mengizinkan apapun tak boleh buat. Ekceli lama sangat dah tak kena semput. Last kena masa mengandungkan Harraz. Hari hati ni dah nak masuk setahun la. Means setahun free semput, alih alih minggu lepas Rabu kena. Haduiii...siksa zahir batin tau.

Khamis tu dapat call dari guru kelas Hadif, Nada cemas sangat,

Datang Puan, Hadif demam panas ni..

Tak lengah lagi la. Agaknya semput datang ni bila keadaan diri kita dalam keadaan tak terkawal, stress, penat, mungkin nak cepat.. ermmm.. kan?.. sebab aku perati lately ni tanda tanda itu ada. Sekali datang batuk terus pakej dengan semput .


Balik dari ambik Hadif terus pegi klinik, check suhu semua la. Agak panas 30°c. Balik rumah paksa dia mandi, telan ubat then tidur. Dalam pukul 6 kejut dia bangun nak pegi ambik abang ngan adik plak. Masa ni la semput tu datang. Harraz mintak tolong pengasuh dia tengok jap. Dekat pukul 8 baru singgah ambik dia. Balik dari ambik abang terus aku singgah Klinik Famili. Ambik gas sahaja. Tapi hampehhh tak jalan wey. Aku pun tak tau , naper tak tahan. Wallahu aklam. Malam tu memang tak boleh tidur. Menangisss, dengan laki balik lambat nak kena urus anak anak lagi. Tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu.

Dalam kul 11 gitu kot laki balik terus mintak urut satu badan. Alhamdulillah lega sket. Pagi besoknya tu..kena lagi..aduyaiii..nak tak nak aku kena gi Klinik Kerajaan jugak. Tapi aku tahan jgk tengok macam mana. Jumaat pagi tu baru la terhegeh hegeh menapak gi Klinik Kesihatan, sekali masuk gas, makan ubat alhamdulillah ok sampai hari ni. Setakat ni ok lagi la. Mintak jauh la pasni. Taknak dah.


Aku dah ok tapi anak blom ok..lagi la risau.. Hadif dah lama jugak la tak kena demam. Musim demam kot sekarang. Ramai sangat budak demam. Dalam grop sekolah tu mengadu anak demam jer. Tu kata musim kan?

Sembang lenkali plak.. rasa macam nak muntah jer..apehal lak ni..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Wednesday, February 8, 2017

Amukan 2017

Assalamualaikum...

Sebelum nak cerita pasal amukan ni ..nak cerita pasal lain dulu. Isnin lepas pagi pagi datang kerja dapat berita sedih..memang terkejut dan tak sangka. Driver yang kerja almost 20 tahun kat sini meninggal dunia. Katanya demam pastu kena jangkitan kuman.. paru paru berair. Apa kaitan tak tau la. Tapi yang pastinya aku dah takut nak suruh anak mandi malam..takut kena paru paru berair.. nauzubillah... Sebelum weekly meeting semalam pun diorang bertafakur sejenak..menitik air mata MD kita. Sungguh mahal airmata itu.. mungkin sedih dan rasa kehilangan sangat. Takkpun dia banyak dosa ngan mendiang kot. :)

Ok.. boring yang teramat sangat.. soooo moh ler kita nyembang.. ada plak nescafe panas..cicah biskut plak..jaddiiii...bak kata Mat Dang.. :)


Ekceli hari ni hari lahir laksamana sulung aku yang ke 9. 9 tahun baru anak aku, tua bongkok 3 baru boleh dapat menantu la... Ntah naper..tacing sangat pagi ni..teringat balik saat saat dia lahir kat dunia ni. Perasaan masa pangku dia tu memang tak boleh nak describe kat sini.  Anak sulung biasala..sakit dia lain macam sket..terkesan sampai sekarang. Parutnya pun masih ada. Nak jer  aku tunjuk kat dia bila datang time degil dia tu. Macam malam tadi amukan besar bsar dah berlaku. Geram sangat..aku dah la semput.. sekali sekali kena ajar jugak kan.

Malam tadi semua buat hal..sampai si kecik setahun jagung pun dah pandai tunjuk protes. Strees betul mak hinccit malam tadi.. apalagiiiii.....taring keluar la.. terus semua takut. Aku ambik tudung, kunci kereta, kunci rumah konon nak lari tinggalkan diorang.. Macam biasa la...Hadif dah nangis nangis, Harraz plak menggelabah sebab aku bangun.. dia ni biasala..nak menepek 24jam. Yang aku hairan..Hafiy bolehh relexx jer.. buat muka tak bersalah. Takder pun nak tunjuk takut aku nak keluar rumah ni. Aduiii..ibu ko kemain berlakon..silap satu jer , Ahmad Idham takder situ, Ziela Jalil ke..kalo diorang ada tengok scene malam tadi  terus mintak aku sign kontrak watak Ibu Tiri Yang Propa..:)

Tak habis lagi cite tadi ni. Hadif dah mula nak mengekor aku..

Siapkan kerja dulu..
ok buuuuuu

Masa tu tengah buat latihan subjek DST.. dia boleh suruh aku refer buku teks, walhal lepas aku mengamuk elok jer dia buat semua. Betul semuanya..seeeeee.....:(

Tolong kemas dalam bilik..atas katil tu.... ..
ok buuuuu

Style diorang buat kerja dalam bilik atas katil, sebab nak ekon. ok..aku layannn..yang jadi aku mengamuk tu..buat satu soalan..pastu berderet benda lain semua dia hangkut naik katil, dengan lori, dengan buku buku buku conteng, dengan Lego lego dia susun susun penuh atas katil..Haduii....

Aku tunggu jer..nak tengok reaksi Hafiy... dia sorang ni hati kering sket..
Dia boleh relex main ngan Harraz kat luar. Hadif ni dah macam ibu kucing hilang anak dah ni ke hulu ke hilir tak tentu arah ... saja jer aku ugut nak tinggalkan diorang 3 bradik. Adehhh... sian plak.


Dah siap semua, atas katil dah clear, buku latihan dah settle aku suruh diorang masuk kereta...berdesup tekan minyak sampai tempat gelap aku stop keter situ, lampu enjin semua mati. Kena tarbiah sket diorang malam tadi. Tau takut weh .

Selagi takde siapa yg mintak maaf tak boleh balik..duduk sini sampai pagi.. 

Hadif awal awal lagi mintak maaf...Hafiy aku kena tanya dulu baru mintak maaf masa tu jugak aku dengar dia menangis..hai bang...dalam hati ada taman rupanya.. Abang abang..keras hati macam ibu jugak..tapi cepat plak cairnya..huhu

Pagi ni babahnya text..

[11:06 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Hafiy smlm tido teresak2 nangis...dia sedar thok sy terus peluk sy   [11:06 AM, 2/8/2017] +60 11-1633 8xxx: Mimpi ke                        
[11:06 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Sy tanya dia td knp ibu marah...dia ckp tak tau                        
[11:07 AM, 2/8/2017] +60 11-1633 8xxx: 😞                        
[11:07 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Awk control sikit marah...                        
[11:08 AM, 2/8/2017] Jidlorenzo: Anak2 kita ni ade darah pahlawan...tak boleh kasar

Hadoiii la....itu baru dua...sket lagi 3 laksamana...laksamana bungsu tu pun ada ura ura nak melawan dah tu..haipp..haipp jer mulutnya..pandai yer..

Ok la..tubuh lenguh lenguh rasanya..dapat baring 2-3 minit sedap ni....hahhaaha..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Friday, February 3, 2017

Rezeki Balik Kampung

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setakat ni mood menulis masih ada. Hahaha. Uolss jangan jemu la baca cerita cerita merapu aku ni. Bangun pagi tadi sakit sakit badan rasanya. Mungkin kesan balik kampung hari tu ko..haha. Takpun tubuh dah tua. Urat pun dah banyak putus, maklum jer la. :)  Mak aku cakap sakit sakit tubuh ni satu jer sebab dia, masa pantang dulu malas nak tungku,malas nak urut, malas nak pantang. Kesannya hari ni la. Sakit sakit badan. Uolss yang muda muda tu jangan pandang remeh isu pantang bersalin ni tau, jangan jadi macam acik ni. Tengahari tadi bantai tido kat surau. Niat hati nak makan, tapi tak larat sangat terguling terus kat sana sampai loceng masuk bunyi. 1.00pm ~ 2.30pm... bestttt tido.
.
Saja jer nak menyembang petang petang ni sambil makan biskut gula cicah nescafe sejuk. Dah ketagih nescafe sekarang ni. Bahaya sebenarnya nescafe ni kan? dalam satu hari tak boleh kalo tak minum, mesti lemau rasanya. Hari hari mesti order dengan abang kat depan.
.
Sambung cerita balik kampung hari tu. Aku balik Sabtu kan ? Ahad tu mak sedara aku datang rumah suruh ke rumah mak sedara yang sorang lagi. Ambik daging katanya. Kenduri ke?...tetiba jer. Haihh tanda tanya betul. Sangat sangat menjadi tanda tanya ok. Tak lengah lagi la kitorang ke sana pagi ahad tu. Mandi cepat cepar..zassss.. sampai .hehe. Dekat jer ngan rumah mak aku. Dalam 20 min jer. Sesampai di sana baru tahu cerita sebenar.

.
Ceritanya gini.. haha. Lembu yang pakcik aku bela ni kembung perut. Mungkin sebab makan nangka kot. Agaknya la. Tak boleh nak berdiri langsung, lemah longlai, Dah bagi telan sebotol minyak TYT pun tak jalan. Nak tak nak sebelum rugi besar kena sembelih jugak lembu ni. Selagi belum jadi bangkai tak jatuh haram yer kita makan daging dia. Tak lengah lagi dalam kul 2 gitu tak silap aku la, Pakcik aku terus kerjakan lembu tu dengan anak anak dia jer. Nasib ada anak balik cuti hari tu Pastu lapah pun 3 beranak tu jugak. Konon laki i pagi tu sempat la datang nak melapah siang daging sekali. Sekali sampai sana tinggal kepala jer yang belum terusik. :) . Nak tak nak jugak Ajid bawak balik kepala lembu dengan kaki . Kepala tu banyak lagi isi . Dia rajin nak mengerjakannya..ahh lantak la. Bawak jer la balik. Kaki plak dia bakar pastu buat sup urat keting.. mabeles ok. Kalo ko rajin boleh la makan. Laki i rajin yer. Cehh nak jugak up laki sendiri.

.
Balik kampung kali ni feel dia sama macam balik raya haji. Air asam perut ada, singgang tulang ada, daging goreng ada. Memang perfecto. Makan tak hinggat. Tengahari tu makan rumah Makcik aku yang sembelih lembu tadi la, malam plak wassap makcik aku yang sorang lagi nak datang dinner rumah dia. Alhamdulillah..kenyanggg hari, puassss sangat sangat sangat makan daging kali ni.


Dan besoknya plak kenduri rumah pakcik aku yang dekat KB. lembu ada, kambing pun ada. Naik sekilo lemak tepu aku balik 4 hari raya cina hari tu. Kalo seminggu. Memang tembun. Besar pintu gamaknya. I muka moody sket sebab "handbag" kat depan aku tu tak boleh letak langsung. Nak menepek duapuluhempat jam kekdahnya. Mak hinccit stress sangat. Lantakla nak..ko gigit cawan plastik sampai separuh, nasib cepat tersedar...ermmm sempat lagi dia makan cawan tu. Harraz ooo Harraz..

Ok la gaisss, sambung lenkali, ada kerja nak settle sket.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

Thursday, February 2, 2017

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum..

Seriously, balik kampung kali ni sangat sangat memenatkan. Sebab apa tau? satunya cuti kejap sangat, aku balik sabtu pagi, selasa dah datang. Berapa hari jer. Plan asal balik Khamis, tunda balik pagi Jumaat, tunda lagi, Sabtu baru jadi. Siapkan kerja Ajid punya pasal ni. Customer nak sebelum raya cina. Nak tak nak kena buat la. Satu hal lagi ada problem sket pulakkk,  pasal barang yang dia buat tu, nak kena cat balik, cat plak kebetulan habis, kedai cina banyak dah tutup..merayau sampai ke Shah Alam cari barang yang dia nak.
.
Jammed pun satu hal. Bukan jem nak balik KL, jem masa hala balik dari KB. Kazen kawin Isnin tu. Sedia maklum la cuti panjang, masa ni la orang nak buat kenduri. Memang time ni la boleh sambung cuti kan..Penattttt sangat dari KB ke KK 4 jam wey..Biasa 45min ke sejam. Ni bantai sampai 4 jam. Aduii, dah la Harraz asyik nak menepek jer. Letih ya amat. 4 jam tu dah boleh sampai Lipis dah. Nyesal masuk KB time raya gini. Kematu bontot, pinggang sakit.

.
Masa balik Kelantan hari tu tak jem langsung. Orang lain dah gerak balik Khamis tu lag kot. Best sangat sangat..anak pun mood cantik semuanya. Tolak Harraz :( Harraz ni len macam sket perangai mengada dia tu. Budak budak ni hepy sebab apa tau, Aisyah kazen kenit diorang tu tumpang kitoarang. Lakinya kerja. Budak budak dah jumpa geng apa lagi. Main sampai tak reti nak stop.

.
Singgah makan kat Bentong siap siap, nanti malas dah berenti cari kedai lagi. Tapi takleh percaya sangat. Budak budak ni kejap lapar, kejap kang nak berak, kejap kan nak kencing, aduii macam macam karenah. Banyak kali jugakla berenti. stendek la jalan ngan baby ni.
.
Alhamdulillah, masuk jer asar kita dah sampai depan rumah. Gerak awal, keter pun kurang, tapi sebab berenti banyak kali, lambat jugakla sampai. Harraz ni aku heran betol la. Singgah makan pun nangis, singgah basuh kencing pun nangis.. Hadoii stress mak hinccit.

Sampai depan tangga rumah bonda, tgk wajah bonda hilang sekelip mata rasa penat tadi tu. Aura seorang Bonda. :)

Sekian Wassalam

Love
Cikanie