Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, November 17, 2017

Tanda Tanda Dah Tua :)

Assalamualaikum...

Tergerak hati nak klik 'new post', ehhh hidup lagi rupanya blog ni. ingat dah masuk muzium seram dah tadi.

Ekceli takder apa pun nak cakap...hahaha.. tapi tangan ni rasa gatal gatal sangat dah nak taip sesuatu.
Sepanjang beberapa bulan menyepi...eh bulan ke tahun..lupa, last post rasanya pasal kuih ketayap tu. Tak ingat pulak tarikh betulnya. Banyak fasa yang aku lalui. Fasa yang paling tak tahan adalah fasa trimester pertama.. Ya..ya.. aku ngandung lagi...Nak buat macam mana senyum lebar sangat kat laki. Itu bukan aku cakap, doctor yang cakap..hahahha.

Sekarang dah masuk 25 minggu atau yang malas nak kira tu 6 bulan lebih la.. In shaa allah jika di izin kan tuhan tahun depan bulan 3 dapatlah aku merasa cuti 3 bulan bergaji. hehe. Jangan tanya dah scan ke belum.. hehe... Sebab baru jer buat scan details hari tu. Masih dalam tempoh terkejut di samping nak tergelak gitu. Apa pun syukur.. alhamdulillah.

Intro terpanjang la pulak.. biasalah dah lama tak blogging :)
2 minggu lepas genap la 40 tahun.. jangan risau angka jer meningkat.. dalam bab ni kita gunapakai kekdah apa ada pada nombor gitu. Tapi agak merisaukan jugaklah sebab solat sunat masih kurang.. mengaji quran ikut mood, tutup aurat belum sempurna lagi.. masih banyak ruang ruang kosong yang perlu ditampal sebelum ajal datang menjemput. Tunggu lepas beranak kita re arrange balik azam berazam ni. In shaa Allah..

Sejak masuk 4 series ni apa yang aku perasan:

  • Habis waktu kerja henfon dalam beg pun lupa nak bawak keluar. Sudahnya silent mood sampai ke pagi gitu.
  • Kalo keluar malas nak melawa. Asal pakai baju seluar jer. Kadang kalo nak pegi beli ayam pun bantai kain batik jer. sarung tudung dah.. asal siap jer.
  • Keluar dengan laki baru teringin nak berhias gitu. Itupun kalo jauh sikit la tempat yang nak dituju. Kalo setakat nak keluar makan dekat dekat ..asal pakai baju jer..
  • Malas nak makeup. Kadang tengok kulit muka orang..teringin nak licin gebu gebas macam tu. Tapi ya ampun.. malas tahap tertinggi kalo nak calit foundation ke, lipstik ke, maskara eyeliner jauh sekali. Nak nak lipstk aku dah habis kena tonyoh dengan si Harraz, compact powder pun hancur berderai retak seribu bertukar menjadi bedak talcum dah.
  • Kalo keluar belanja dapur ke, keluar taman ke, keluar mandi manda ke, ko rela jadi tukang jaga beg saja. 

Uolls ada tak simpton simptom kat atas tu?.. Kalo adanya maknanya dah tua jugakla..
Minggu lepas buat lawatan ke Batu Pahat. Ziarah adik laki aku. Alang alang my bunda ada sini. Bawak la dia pegi sana. Maklumla jer la, sejak dia berhijrah ke sana, kami adik beradik belum lagi berkesempatan ke sana. Dah alang alang semua ada sini. Kita plan pergi sana balik hari jer la. Drebar drebar semua kerja sabtu tu. Nak tak nak pegi Ahad tu jer sampai sini dekat pukul 12. Hambik ko.. Terus terasa nak demam Isnin tu. :)


Sementara anak anak tengah galak duk mandi.. Kami yang tua ni tukang jaga beg jerla..
Budak baju hijau memang takut air. Langsung tak boleh nak letak. Jadi anak kanggaru dari pergi sampai lah abang abang habis ber "galak".. :)

Stop sini dulu yer.. lepas ni bila tahun nak update new post pun tak tahulah. Wallah huaklam.. silap silap aku mengandung lagi tahun depan baru update kot... hahahaha..


Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: