Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, February 3, 2017

Rezeki Balik Kampung

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setakat ni mood menulis masih ada. Hahaha. Uolss jangan jemu la baca cerita cerita merapu aku ni. Bangun pagi tadi sakit sakit badan rasanya. Mungkin kesan balik kampung hari tu ko..haha. Takpun tubuh dah tua. Urat pun dah banyak putus, maklum jer la. :)  Mak aku cakap sakit sakit tubuh ni satu jer sebab dia, masa pantang dulu malas nak tungku,malas nak urut, malas nak pantang. Kesannya hari ni la. Sakit sakit badan. Uolss yang muda muda tu jangan pandang remeh isu pantang bersalin ni tau, jangan jadi macam acik ni. Tengahari tadi bantai tido kat surau. Niat hati nak makan, tapi tak larat sangat terguling terus kat sana sampai loceng masuk bunyi. 1.00pm ~ 2.30pm... bestttt tido.
.
Saja jer nak menyembang petang petang ni sambil makan biskut gula cicah nescafe sejuk. Dah ketagih nescafe sekarang ni. Bahaya sebenarnya nescafe ni kan? dalam satu hari tak boleh kalo tak minum, mesti lemau rasanya. Hari hari mesti order dengan abang kat depan.
.
Sambung cerita balik kampung hari tu. Aku balik Sabtu kan ? Ahad tu mak sedara aku datang rumah suruh ke rumah mak sedara yang sorang lagi. Ambik daging katanya. Kenduri ke?...tetiba jer. Haihh tanda tanya betul. Sangat sangat menjadi tanda tanya ok. Tak lengah lagi la kitorang ke sana pagi ahad tu. Mandi cepat cepar..zassss.. sampai .hehe. Dekat jer ngan rumah mak aku. Dalam 20 min jer. Sesampai di sana baru tahu cerita sebenar.

.
Ceritanya gini.. haha. Lembu yang pakcik aku bela ni kembung perut. Mungkin sebab makan nangka kot. Agaknya la. Tak boleh nak berdiri langsung, lemah longlai, Dah bagi telan sebotol minyak TYT pun tak jalan. Nak tak nak sebelum rugi besar kena sembelih jugak lembu ni. Selagi belum jadi bangkai tak jatuh haram yer kita makan daging dia. Tak lengah lagi dalam kul 2 gitu tak silap aku la, Pakcik aku terus kerjakan lembu tu dengan anak anak dia jer. Nasib ada anak balik cuti hari tu Pastu lapah pun 3 beranak tu jugak. Konon laki i pagi tu sempat la datang nak melapah siang daging sekali. Sekali sampai sana tinggal kepala jer yang belum terusik. :) . Nak tak nak jugak Ajid bawak balik kepala lembu dengan kaki . Kepala tu banyak lagi isi . Dia rajin nak mengerjakannya..ahh lantak la. Bawak jer la balik. Kaki plak dia bakar pastu buat sup urat keting.. mabeles ok. Kalo ko rajin boleh la makan. Laki i rajin yer. Cehh nak jugak up laki sendiri.

.
Balik kampung kali ni feel dia sama macam balik raya haji. Air asam perut ada, singgang tulang ada, daging goreng ada. Memang perfecto. Makan tak hinggat. Tengahari tu makan rumah Makcik aku yang sembelih lembu tadi la, malam plak wassap makcik aku yang sorang lagi nak datang dinner rumah dia. Alhamdulillah..kenyanggg hari, puassss sangat sangat sangat makan daging kali ni.


Dan besoknya plak kenduri rumah pakcik aku yang dekat KB. lembu ada, kambing pun ada. Naik sekilo lemak tepu aku balik 4 hari raya cina hari tu. Kalo seminggu. Memang tembun. Besar pintu gamaknya. I muka moody sket sebab "handbag" kat depan aku tu tak boleh letak langsung. Nak menepek duapuluhempat jam kekdahnya. Mak hinccit stress sangat. Lantakla nak..ko gigit cawan plastik sampai separuh, nasib cepat tersedar...ermmm sempat lagi dia makan cawan tu. Harraz ooo Harraz..

Ok la gaisss, sambung lenkali, ada kerja nak settle sket.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: