Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, February 21, 2017

Resepi | Kuih Ketayap @ Bate Buruk

Assalamualaikum..

Tetiba terpikir lama dah takder resepi baru kat blog ni. Apalagi...toinggggg datang idea nak share resepi kuih ketayap. Bahasa kasar dia kuih bate buruk, taranum kena betul. Salah tarannum lain bunyi lain maksudnya. hehe.


Aku dan adik adik aku membesar dalam keluarga yang meniaga kuih pagi pagi ni. Dari kecik lagi kitorang memang dah kenal karipap, ketayap, lapis, cara, roti goreng, bekeng@bingka, kasui, pulut pagi, seri muka, puteri ayu, cekmek, kuih boom @ golek lenge. Macam macam kuih, sampai dah lupa dah namanya . Nak dengan tak nak blajar jer. Tapi yer la..dah tua tua baru datang menyesal tak belajar buat kuih lapis, menyesal tak belajar buat seri Ayu..menyesal tu menyesal ni. Semuanya menyesal sebab tak pernah nak tunjuk minat nak tau resepi jauh sekali nak buat sendiri. Sebab tu kami adik beradik takder sorang pun yang reti buat kuih. Lately ni i macam terpegun dengan adik adik i hokey.. Tak sangka memang darah Mak aku kuat mengalir dalam badan masing masing. Sapa sangka diorang boleh buat kuih ketayap ni, dulu kitorang tukang sambung buat jer. Macam kuih ketayap ni mak aku siap bancuh, kitorang tukang buat kulit, inti pun dah siap, Masak kulit isi inti ,
gulung. Tu jer la yang tau.

Sejujurnya memang dulu sangat sangat tak suka kalo kena tolong mak aku buat kuih. Bosannya lahai..balik balik tu, bangun seawal pagi lagi nak bakar kuih cara, sebelum ke sekolah pagi tu makan kuih cara tu jugak..petang kalo tak habis kat kedai pun makan tu jugak. Sayang nak buang la. Sebab kita tau penat nak buat tu, bangun kena paksa pagi pagi. Lagipun tak elok membazir :)

Bahan Bahan :

Kulit
Gandum - 1/2 paket
Air - , Masuk 2 cawan dulu . Agak Pekat campur masuk la lagi. Pekat likat dia macam lempeng jugak.
Telor - Sebiji
Pewarna Hijau
Garam

Inti
Kelapa - Sebiji- Kalo boleh nak yang kulit hidup (Tak muda tak tua) hihi
Gula Melaka- Sekeping
Gula Pasir- Sesedap rasa- Anggaran dalam 5 sudu teh.. agak la..rasa dulu, tawar tambah lagi
Daun Pandan- Selai
Air Sket.. Buat syarat nak lembapkan inti
Garam - Secukup rasa

Cara - Cara: 

Semua bahan untuk kulit tu di blend skali dan di tapis.,


Masukkan garam dan pewarna. Sapu minyak kat kuali ...tuang macam nak buat lempeng, tutup kejap then angkat.


Masuk inti tadi then gulung, cara gulung tu ..letak inti hujung bawah, jangan hujung sangat, lipat yang bawah, lipat kanan, lipat kiri, gulungggg.

Sekian Wassalam,

Love
Cikanie

No comments: