Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, February 15, 2017

Pembuka Tirai 2017 - Shemphutttt...

Assalamualaikum..

Lama sangat rasa takder entry baru. Hurmmm... Bila keadaan tak mengizinkan apapun tak boleh buat. Ekceli lama sangat dah tak kena semput. Last kena masa mengandungkan Harraz. Hari hati ni dah nak masuk setahun la. Means setahun free semput, alih alih minggu lepas Rabu kena. Haduiii...siksa zahir batin tau.

Khamis tu dapat call dari guru kelas Hadif, Nada cemas sangat,

Datang Puan, Hadif demam panas ni..

Tak lengah lagi la. Agaknya semput datang ni bila keadaan diri kita dalam keadaan tak terkawal, stress, penat, mungkin nak cepat.. ermmm.. kan?.. sebab aku perati lately ni tanda tanda itu ada. Sekali datang batuk terus pakej dengan semput .


Balik dari ambik Hadif terus pegi klinik, check suhu semua la. Agak panas 30°c. Balik rumah paksa dia mandi, telan ubat then tidur. Dalam pukul 6 kejut dia bangun nak pegi ambik abang ngan adik plak. Masa ni la semput tu datang. Harraz mintak tolong pengasuh dia tengok jap. Dekat pukul 8 baru singgah ambik dia. Balik dari ambik abang terus aku singgah Klinik Famili. Ambik gas sahaja. Tapi hampehhh tak jalan wey. Aku pun tak tau , naper tak tahan. Wallahu aklam. Malam tu memang tak boleh tidur. Menangisss, dengan laki balik lambat nak kena urus anak anak lagi. Tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu.

Dalam kul 11 gitu kot laki balik terus mintak urut satu badan. Alhamdulillah lega sket. Pagi besoknya tu..kena lagi..aduyaiii..nak tak nak aku kena gi Klinik Kerajaan jugak. Tapi aku tahan jgk tengok macam mana. Jumaat pagi tu baru la terhegeh hegeh menapak gi Klinik Kesihatan, sekali masuk gas, makan ubat alhamdulillah ok sampai hari ni. Setakat ni ok lagi la. Mintak jauh la pasni. Taknak dah.


Aku dah ok tapi anak blom ok..lagi la risau.. Hadif dah lama jugak la tak kena demam. Musim demam kot sekarang. Ramai sangat budak demam. Dalam grop sekolah tu mengadu anak demam jer. Tu kata musim kan?

Sembang lenkali plak.. rasa macam nak muntah jer..apehal lak ni..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: