Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, February 16, 2017

GST yang mencekik

Assalamualaikum..

Amukan sopan dalam hati pasal keadaan ekonomi sekarang. Bukan dalam hati la jugak.. cerita jugak kat member kat wassap. Haha. Memang betul betul mencekik rakyat marhaien macam aku ni. Mungkin bagi setenganh orang tak merasa, tapi bagi aku sekeluarga memang terasa sangat. terasa wey. Macam mana hari hari nak survive dengan keadaan ekonomi yang agak terkawal sekarang, bab kata orang tuh. Huhh.

No wonders la kedai Acheh kecik kecik sekarang ni hidup segan mati tak mau. Diorang pun tak dapat nak survive pusing modal kot. Aku prefer beli barang basah kat Kedai Acheh dari beli kat pasaraya. Ntahlah, tak lalu nak makan yang pasaraya. Mungkin sebab dah di momokkan dengan cerita yang belom pasti kesahihannya. Tu jadi macam erkkk... taknak la. Acheh mahal sket takpe, tapi fresh. Tapi lately ni kedai Acheh dah melampau mahal regenya. GST punya pasal la ni.


Semalam tekak teringin nak makan Mee Kuah. Sotong kat rumah dah ada, ayam pun ada. Cuma pi kedai cari kicap, cari daging sket, sayur, tomato , cili besar. Itu jer yang takder. Dengar cashier tu cakap RM12.40 kak...Mak aihhhh. Mahal nya. Daging import seketul tu RM5.++, Hampir sama dah ngan rege daging tempatan. RM22.00 sekilo wey. Dulu dulu 15-16 jer sekilo. Haishhh, gara gara GST la ni. Melampau.

Sekarang nak beli makan pun berkira kira sangat. Bahan mentah memang naik mencanak. Dulu seingat aku ikan sardin/selayang tu sekilo baru RM6. Sekarang dah RM12 wey.. Sardin pun sama...takder duit takleh makan sardin. Dulu sambar tu jer time hujung bulan. Tapi sekarang , berkira kira nak beli. Dulu orang anak ramai.. sardin penyelamat kan. Masak taruk kuah banyak. Makan la kita adik beradik. Sekarang nak beli apa yer nak jamu anak anak untuk alas perut diorang. Tak terpikir ke wahai pembesar pembesar negeri Antah Berantah?.. :(
Tetiba rasa nak akan sardin kicap jer malam ni. Hurmmm.


Balik kerja semalam tak lengah lagi masuk bersilat kat dapur. Resepi turun temurun Bonda biasanya menjadi igauan disaat kita homesick. Kan?. Potong bawang putih, tumbuk dengan lada hitam..tumis masuk lauk pauk tadi , masuk air masuk sos cili, masuk kicap cuka sket, garam aji..settle la. Mudah sangat. Biasanya dapat makan mee kuah ni time puasa. Arghhh rindula..

Lepas jer masuk, terus bergegas ambik anak kat sekolah. 6:35 diorang keluar. Tapi aku ambik lambat. Dekat kul 7 baru sampai. Pergi awal menyampah, satunya parking penuh, duanya diorang hilang ntah mana pergi, sorang ke toilet, sorang ke surau, tapi yang paling tak suka bila diorang hilang pegi beli makan benda pelik pelik kat Pintu B. Contoh makanan pelik pelik, megi celop air panas, serbuk manis manis tu..Ntah apa nama specifiknya. Ayam satay, semua tu tak sihat ok..huhu. Bila aku sampai lambat ambik diorang, aku tak perlu tercari cari, diorang yang menanti i tau..haha, kejam. Lepas pickup diorang terus bergegas ambik Harraz, bali rumah si abang terus mintak makan. Hahaha. Sebab tu aku kena cekap. Aku akan pastikan ada benda yang boleh diorang balun dulu. Kalu tak buat macam ni si abang bertukar jadi rimau. Stresssss mak hinccit. Makan kenyang settle..

Datang pagi pagi dah membebel.. nasib la, akceli bukan nak bebel sangat, tapi mengenangkan barang-barang yang super duper mahal plus harga tak masuk akal dek kerana GST mencekik ni, aku jadi geram. Dah, nak kerja..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: