Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, January 12, 2017

Warna 2017

Assalamualaikum..

Haihh..macam seronok jer hari hari datang idea nak buat entry baru. :)

Bukan nak promote tau, saja nak bercerita pasal baju melayu. Sebelum ni merata jugak la beli baju melayu bila tiba time raya. Memang pening seriously. Tapi sejak 2 tahun lepas i dah tak pening dah, sebab dah jumpa satu brand yang memang selesa sangat dan cantik terletak jer mata menengok ni bila anak anak pakai. Pada aku la. Korang cuba search Al Fateh Baju Melayu. Gerenti jumpa. Biasanya time raya dia buka khemah kat Warta Bangi. Bawah ni warna warna untuk tahun 2017. Cantik semuanya kan. Mana satu nak pilih ni.


Hujung tahun lepas dia ada update warna baju melayu untuk tahun ni punya. Yes.. warna yang di idam idamkan ada weyhh. So boleh proceed untuk cari baju omaknya plak yer. Warna tahun ni semua cantik cantik. Biasa setiap tahun tanya anak anak jer nak pakai warna apa. mak apaknya ngikut jer la. Tahun ni excited sket sebab Harraz dah boleh join pakai baju melayu. Mesti comel kan?.3 orang laksamana berderettt pakai baju melayu.hahaha. Tahun lepas dia pakai T shirt jer raya. Masa tu 4 bulan. Malas nak cari. Kesian dia. Renyah sangat aku tengok kalo baby pakai baju melayu.


Semalam aku tergerak nak mesej Admin Al Fateh tu dah siap ke baju melayu and bila start jual . Katanya in progress. So tunggu la. Tahun ni nak cari awal sket, takpun nak tempah online sebab saiz dah tau. Saiz mesti tak lari dari tahun lepas sebab aku tengok diaorang pakai yang tahun lepas ok lagi.. Blom membesar lagi gamaknya, Angah tu confirm ...2 tahun saiz sama. Apa kes ngah?


Yang ni tahun 2015 - Biru laut kot. Kan?.. Masa ni dah beli yang abang punya. Beli awal seba dia nak pakai konvo Pasti. Buat persembahan katanya.. Angah punya takder saiz. Pergi Warta jumpa la kat Al Fateh ni. Kebetulan saiz pun ada. Warna pun match. Kain plak cantik. Ambik la terus. Tunggu apa lagi. Tapi nampak lari sket la warna dari abang. Janji biru yerr.



Tahun lepas anak anak nak hijo..tenang jer mandang kaler ni. Hijoooo jer..teringat Zainal Abidin pulak dohh. Biasa tiap tiap baju hanya untuk anak jer. Apaknya recycle mana warna yang paling hampir. Hahahaha, apaknya tak nak beli yang lain, sooo buat apa nak membazir kan. Janji anak anak hensem di pagi raya. Cantik kan hijau ni. Kain dia memang lembut. Anak selesa pakai. Biasa baju melayu susah nak dapat yang perfect. Kecuali yang custom made. Kalo ready made cer cari sini. Gerenti puas hati. Bila la nak beli baju raya gegel plak ni. Dah lama sangat gian nak gegel ni. Tiap tahun asyik beli baju melayu jer.. Gaun, skirt, baju reben bila la boleh beli..ehhh..:)

Biasanya Al fateh buka sebulan awal dari puasa. Soo saper nak try tahun ni gi usha usha la kat Warta Bangi yer. Sekian iklan tak berbayorrr... :)

Sekian Wassalam,

Love
Cikanie

2 comments:

ietams said...

saya pun buntu gak ni cik anie.. nak pilih color ape ye tahun ni..

aCik Anie said...

banyak kaler ada tu..pilih jer mana satu yang berkenan hehe