Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, January 20, 2017

Siapa Paling Cool

Assalamualaikum..

Dalam kebizian dan kelam kelibut di pagi hari as a supermom, sempat lagi i manangkap moment moment yang penting dan amat bermakna dalam hidup...cewaahhh...ayat terbelit belit. Gambar ni akan jadi kenangan manis bila diorang dah besar nanti. Masa tu dalam hati kita mesti akan terdetik... rindu diorang zaman kecik... huhu..tacing tau.

Seawal jam berapa uolss semua bangun?. Kalo yang kerja jauh mesti lagi struggle kan? Bangun pagi satu hal, prepared b/fast satu hal lagi, settlekan anak anak satu hal jugak...last sekali hadap jemm plak, ini yang paling tak tahan.. Fuhhhh...tabik spring buat supermoms kat luar sana. Aku yang tempat kerja kurang 5km dari rumah ni pun semput jugakla pagi pagi. Lewat keluar sikit, confirm hadap jem la. Yer la...hidup nowdays dah jauh berbeza dari zaman dulu dulu. Takyah beza dengan zaman dulu , beza jer dengan 2-3 tahun lepas. Dah banyak boleh nampak dah. Keperluan hidup masing masing berbeza, masing masing dah bertambah komitmen. Nak tak nak hadap jer la. Selagi ada nyawa, kederat dan daya upaya. Telan..


Paling awal untuk tahun 2017 ni aku boleh bangun pukul 6am jer ..hahaha. Macammana nak berbento pagi pagi. Tengok orang buat bento jeles, jam tu jugakla nak gi DIY cari lunch box.. poyo.. Dah ko rajin buat bento kat bantal jer cikanie oii.. Nasib la anak anak ko. Paling best pun aku boleh prepared roti telor jer pagi pagi. Haha.. Pagi ni dalam pic kat bawah ni , sapa paling sempoi? Makan roti telor sambil baring tengok Ninja Hatori. Hahaha ..rilex jer muka..gaya abang abang sangat dah Harraz ni.


Harraz ni kalo nak kasik dia senyap ko bagi jer apa apa makanan kat dia. Gerenti behave la dia. Sempatla ko nak siap pakai baju tudung semua. Shawl tak berapa nak sempat rasanya :)  Nak makeup pun sama tak sempat jugak. Kalo aku nak make up bagai, shawl melilit pin dua tiga,  aku kena pastikan jam 5-30am aku dah bangun.

Harraz punya feel ni kalo dapat makanan Ya ampunn. Lain macam wey. Mama Pengasuh dia cakap. tengahari sapa paling awal sampai dapor masuk cari nasi dia la.Barasan hadapan Sekarang makan nasik style orang tua dah. Mana nak nasik bubur. Muka dia mesti lain macam bila suap nasik bubur. Kat rumah pun aku main suap jer apa ada. Nasi dengan ikan goren sesajer pun telan. Senang jaga..hahaha.

Ok la.. ada kerja nak buat sket. Kita sembang lain kali..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie


No comments: