Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, January 5, 2017

Poslaju..Alahaii..

Assalamualaikum.

Tetiba datang boring ....apa lagi..mari la idea. Mood kelaut hari ni..boring sangat. Pagi tadi 5-30 Harraz dah kejut. Mandikan dia terus jer la. Siap mand pakai cantik cantik bagi susu lalok balik. Separuh jalan mata dah nak tutup balik boleh plak dia bangun. Rupanya 1 pempers dah penuh taik. Pandai plak dia tak selesa.

Ekceli nak citer pasal Poslaju ni. 29 Dec lagi kazen aku posnya, 3 Jan blom terima lagi. Pelik jugak, biasa pos hari ni esok sampaila. Kali ni terlebih hari plak. Takpela, kebetulan ngan cuti tahun baru kan. Yang aku terkezutnya check no tracking... nama orang lain plak yang tukang received.


Persoalannya Bhanu tu siapa?, admin sini mana ada nama Bhanu. Heran makcik.
Cuba call kazen aku check balik betul tak alamat yang dia hantar. Alamat betul nama pun betul..habis Bhanu mana yang terima. Lepas call kazen aku call Poslaju Bangi buat report. Katanya dia nak check dengan Bahagian Operasi. Tunggu dia call balik. Sampai ke petang tak call. Masa ni nak marah pun ya. Bukan apa, sebabnya barang yang aku oder tu tudung sekolah anak member aku. Kesian anak dia.. Pakai tudung sama pagi petang 1st day sekolah tu. Geram betul ngan poslaju ni tau.

Pastu tiba tiba tangan aku ni gatal pi goggle no telefon kilang sebelah.

Aku: Hello, may i speak to Bhanu

Konfiden giler Bhanu ada kilang tu... terus call nak cakap ngan Bhanu.

Receptionist : Yes Bhanu speaking..

Seeeeeeee.... Bhanu yang angkat. Sah..barang aku hadekkk Poslaju tu hantar situ..
I is geram tau.. Tapi kesian pun ada ngan budak Poslaju ni. Kazen aku siap buat report kat HQ lagi garang aku orang lain yang received. Nasib lah ko dik. Tanya jugak Admin saper nama budak tu. Tak kenal katanya tapi Admin cakap budak baru kot sebab baju biasa lagi dia pakai. Tak pakai baju Poslaju merah tu.

Nak marah la jugak dengan si Bhanu ni pandai plak received barang orang. Check la dulu lain kali..Ehh boleh plak dia jawab. Barang yang dia received tu banyak, tak kuasa nak check satu persatu. Tapi dia perasan la satu barang ni namanya macam tak familiar. Ermmm...


Terus aku deal ngan dia balik kerja aku singgah ambik. Biar dia simpan kat Guard House jer ... Nasib baik petang tu si Bhanu ni tak lupa letak barang aku tu kat Guard House..
Aku bukan apa ..kesian ngan budak la. Takder tudung nak pakai. Takkan mak dia nak beli lain. Dah beli 5 ngan aku tu. Kesian la kan...

Alahai Pos laju

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

2 comments:

ietams said...

lorrr.. kadang2 budak post laju ni memang kurang alert sikit.
memang rasa mcm nak marah, tapi ada gak rasa kesian

aCik Anie said...

tu la..kesian plak...tapi dah puas marah la..haha