Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, January 4, 2017

Permulaan 2017

Assalamualaikum..

Ibu , mama mummy, ummi gerenti tengah excited tunggu anak anak balik sekolah kan?, masing masing nak dengar cerita hari pertama kat sekolah kan?. Nak nak anak yang baru masuk kelas 1 . Lagi tak sabar nak dengar ceita menarik diorang. Seriously, pengalaman paling best bila tengok anak masuk darjah 1. Manis sangat. Perasaan masa ni bercampur baur, blend skali sedih, terharu, excited, heppy, risau, gerammm..hehe. Tapi betul la kan, aku pasti ibu lain pun sama jugak , bagi aku ia sangat manis. Tapi kalo kena anak balik nangisss, besok tak nka gi sekolah, besok taknak pakai tudung, pening...huhuhu..kejung..panik..kalo uolls berdepan dengan masalah macam ni apa nak buat yer ?


Alhamdullillah...  Permulaan 2017 berjalan dengan lancar. Tahun ni bermula sekolah agama tempat baru. Tuhan permudahkan segalanya , Alhamdulillah. Anak pun ok jer. Yuran semua settle, cuma ada buku yang blom dapat lagi, stok takder, samalah dengan buku sekolah kebangsaan.

Semalam si abang minta tukar kasut, kasut baru longgar plak katanya. Canner tu bang?. Balik dari sekolah mengadu kasut lama ketat plak, sakit kaki dia. Kena cari kasut lain la gamaknya. 

Angah yang paling excited tahun ni, suruh kita beli kasut tapak merah, katanya kawan dia pakai kasut tu lari laju ..menanggg. Layan kan ajer. Dapat kasut terus pakai stokin, praktis lari laju.. bergema satu rumah dia punya hentak tu. Dapat beg plak sampai atas katil, bawak tido skali, songkok pun sama. Pagi sampai ke malam ko bersongkok yer Ngah. Lantak,,janji hepy.

Gambar kat atas tu sempat lagi tulis nama kat sticker, katanya nak tampal kat pensil, pemadam pun dia tampal, gunting kecik celah celah pun jadi ko klepet, janji ada nama Aisy Hadif. Kasut, songkok sampin semua dia taruk. Janji hepy nak... Layannnn.

Semalam hari pertama babahnya ambik dari sekolah agama, hari ni pun sama sempat la tengok kawan se taska dengan nya balik berpimpin tangan 4 orang. Besok anak aku 2 orang join sekali. 6 orang la. :) . Ekceli rumah pengasuh dengan sekolah agama tak sampai 1 km pun. ikutkan boleh jer nak ambik babah dia tu. Tapi nak jugak suruh dia cuba balik sendiri. Berdikari la sket, as long di pantau oleh pengasuh kan?.. ok la tu.

Hari ni pun tak sabar nak balik. Nak dengar cerita diorang... seronok plak tengok gelagat diorang. Tapi masuk bab pilih jadual sekolahhh...hangin satu badan.. jap jap..dia punya kejap tu dekat 10 kali. Sampai kita dah lupa yang dia blom tukar jadual sekolah. I is gerammm.

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: