Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, January 25, 2017

I-Brim 2017

Assalamualaikum..

Berbaki beberapa minit lagi loceng nak bunyi. Masa ni dah start pening dah, nak masak apa malam nanti. Aduiii.. masalah kronik ni. Hari hari pikir nak masak apa balik nanti.



Tengahari tadi Ajid call suruh settel pasal khairat kematian arwah abahnya. Sebab dia dah pergi tapi syarat sekarang tak sama macam dulu. Dulu teramatlah leceh. Kena isi borang apa. Sekarang senang sangat sangat . Sap sap soi..settled.


Kalo dulu nak kena pergi Takaful Malaysia, bawah banyak banyak document seingat aku. IC penerima, surat mati, salinan buku bank dan salinan surat beranak. Sekarang tak lagi yer. Mungkin sebab dah ada penama kat situ. So senang la kerja. Hanya perlu bawak surat mati jer, tuan punya badan ( pewaris)  dan ic pewaris. Pergi BSN cakap nak claim khairat kematian, I brim takaful, Pastu dia suruh isi borang pindah milik nama dan ic si mati. Lepas ambik cop jari dapat RM1000 cash. Done. Senang sangat, cepat dan mudah. Kalo dulu macam macam kan? Banyak songeh. Call kena banyak kali plak tu. Dah call email lagi document yang tak lengkap.

Tadi keluar pukul 1-45pm gitu, ambik time out, sampai BSN cantikkkk...hanya kitorang jer. best nya berurusan dengan bank kalo macam ni gayanya. Dalam 3.08pm gitu dah punch kad masuk balik. Kalo kat Bangi cawangan BSN kat area Ariani sana. Depan Mahkamah Syariah Bangi. Alaaa.. maps jer, taip BSN Bangi.

Settled satu bab lega rasanya. OK... time up..

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: