Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, December 22, 2016

Bila Kau terrrrr Over Confident..

Assalamualaikum..

I is ngantuk.. dah nak cecah meja dah muka i ni..seksa sangat mengantuk depan boss ni kan?.
So untuk hilangkan rasa mengantuk aku ni..kita borak borak la dulu. Jap lagi nak ke suaru plak. Sempat lagi ngadap blog..hehe.

Cuti sekolah pun dah bakal melabuhkan tirainya minggu depan. Makanya rutin harian akan bermula. Sekarang boleh bersenang lenang lagi . Anak anak pun "masuk asrama " kat Serendah sana nun. Biar Ciksue dia la yang pening. I nak relex jap. Minggu depan satu lagi. Pening balik..Aduiii.

Ni nak cerita pasal minggu lepas. Berjimba sakan. Sesubuh alam anak anak dah bangun. Kalo bab berjalan laju jer korang. Tapi hari ni bukan nak citer aktiviti hari tu. Nak citer ni pasal aku ni yang hover sangat confident tu sampai rasa macam poyo pun ada.

Ila : Tayar ni kurang angin ni..kena isi ni..\
Aku : Yer ke ..ok lagi ni..
Ila : Takpe la ..isi jer la.  Ko pandai ke kak?
Aku : Tanya la orang situ.... Abang..kalo Exora berapa nak isi yer
Abang Saga : 45 ok dah..

Settle dia punya , aku ambik getah tu.... srettt...srettt...srettt..... tuuut..tuuutttt...tuttttt...

Ok .. settle...

Ila : Kak.. Mmg isi angin tak bukak tutup dia ke?
Aku : Memang macam ni... masuk tu...
Ila: Masuk dah tu..ok la...

Let's gooooo........

Dan semalam.. turn aku kena isi angin keter sendiri.. Aku tgk akak sebelah bukak tutup dia tu.


Kena buka tutup dia ehhh?... abih Exora ila tu selamba jer angin masuk..
Memang ajaib la kalo macam tu....
Hari tu angin masuk tu hanya sekadar halusinasi aku la yer..
Bila over konfiden jadi gini la..POYO jer..

Adik aku blom tau ni.. Kalo dia tau gerenti aku kena balik..hahahaha..

Sekian Wasalam

Love
Cikanie


Wednesday, December 7, 2016

No Words :(

Assalamualaikum..

Rasa nak lempang muka sendiri laju laju. Semalam hari paling haru biru dalam hidup ..:)
Melampau plak rasa statement gitu. Macam ni la. Ada benda yang kita boleh cerita dengan orang terdekat kita. Ada benda yang perlu kita simpan. Contohnya macam kebodohan semalam. Aku pilih untuk cerita kat blog jer la. Sebab aku konfirm berapa kerat jer pun yang baca kan atau takder orang baca langsung. Maka kat sini rahasia kebodohan aku selamat. Hahahahaha..

Pukul 6.10pm
.
Lepas ambik Harraz terus berdesup balik rumah. Harraz dah mengamuk ni. Maklum la nak tido. Biasa pun balik rumah, main main kejap dia tido la. Memang time tido dia la time tu 7-8pm
Sampai depan rumah kelam kabut cari kunci takde.. Aduiiiyaii..sudahhh mana ilang ni. Dalam keter yilek, beg klinik anak yilek.. beg baju Harraz yillek.. beg kerja aku punnnnn yilek. Lantas call kawan suruh tunggu ofis kot tinggal atas meja ofis. Kena telifon cepat. Kan semua orang dah balik. Jawabnya tunggu dalam keter la aku. Nasib abang abang takder. Kalo tak lagi haru biru dibuatnya.

Pukul 6.30pm
.
Berdesup patah balik ofis. Nasibla kawan tu blom pulang. Katanya tunggu aku sampai dulu baru dia tutup pintu. Cari punya carik punya cari pun yilekk.. Sudah..mana mau cari lagi ni. Allah.. Dalam laci takder, dalam drawer takder, atas meja punggg takder. Kesian kawan sorang tu. :( Tq Mr Leong sebab tunggu. Takper la dia tak baca pun.

Pukul 6.55pm
.
Keluar balik.. otak macam blur kejap. Tak tau nak tuju ke mana. Harraz kat sebelah plak asal lampu merah jer dia nangis. Keter jalan ok jap, merah balik melalakkk balik. Korang boleh bayangkan tak situasi aku masa tu macam mana? Dengan anak nangis, dengan kunci hilang tak jumpa jumpa lagi. Aku berhenti tepi hiway klebek balik celah celah kusyen keter kot kot jatuh celah celah situ la. Aku biar jer Harraz menangis. Dah lost dah masa tu. Tepikir nak tunggu laki balik kerja duduk rumah kawan, rasa macam menyusahkan kawan plak. Terpikir jugak nak telefon suami mintak balik awal. rasa macam takut kacau kerja dia plak. Sudahnya keputusan yang aku ambil drive waktu magrib ke Salak Selatan dengan anak sebelah melalak untuk ambil kunci rumah dengan suami. Di tambah plak duit kecik takde, smart tag zero. Masya Allah. Mulut tak putus putus zikir sambil ngulit Harraz. Ya Allah ..Rabbi Yassir Wala Tu assir Rabbi Tammim Bil Khair...

Semalam baru tahu.. Tol sungai besi pakai tiket masih boleh bayar tunai yer. Semalm jugak baru tau lorong tambah nilai kat tol Sungai Besi takder. Kena gi topup kat ofis jer. Tollgirl tu suruh topup kat petronas depan tu jer. Tapi aku tak boleh buat gitu. Harrah melalak dalam keter ni. Boleh masuk tak setakat ni? dalam cerita aku ni ?..hahahha..

Pukul 7.30pm
.
Sampai tempat kerja suami. Aku tak turun pun. Dia bagi kunci, aku ambik, dia datang tempat duduk Harraz, main main dengan dia kejap, tapi Harraz masih menangis..aku ambik dia letak atas riba dia stop. Bertuahh anak, letak balik dalam carseat , melalak macam masuk hantu balik. Macam macam dah aku pikir masa ni. Terus mintak izin dengan suami nak balik. Lalu balik ikut Tol Sungai besi. Ambik tiket . Budak tol kesian tengok Harraz menangis. Sampai tol kajang pecah duit bayar tol 1-90 dengan duit 100. Sempat jgk budak tu tegur Harraz menangis. Agaknya macam macam diorang pikir kot. Sepanjang jalan dari Salak South ke Kajang tu dia melalak. Akhirnya lepas tol Kajang.. tertidur sendiri. Pandai plak. Letih sangat gamaknya kot

Pukul 8.10pm
.
Sampai rumah. Lena plak Harraz tido dalam carseat. Sampai aku nak kejut pun kesian. Dah puas melalak baru reti nak tido. Letih la tu. Sempat lagi angkat baju kat luar. Saja aku buat dulu . Nanti bila dia dah sedar, satu kerja pun aku tak boleh buat.  Malam tadi solat Maghrib pun terlepas. Sampai rumah dah Azan Isyak.

Masuk rumah, punggah barang semua.. sempat lagi intai celah celah seat kot ada jatuh. Pun tak jumpa. Mana hilang ehh.. call kawan kot dia ada terambik.. pun takder jugak. Ok la..dah penat. Give up pun ya.. Letih , menyampah semua ada. Besok buat baru jer la satu set. Settled.  Dah siap solat, mandikan Harraz, tidokan Harraz, aku keluar balik intai dalam kereta. Rasa ketidakpuasan hati masih nampak kat situ kan?.Terdetik nak ambik kopiah suami yang jatuh tu... Kopiah tu asalnya atas dashboard belakang. Naik turun bumper selamba tak brek jatuh la kat seat tu.

Nahhhhhh.... Allahhhh


Kebodohan apakah ini CIKANIE... nyesalllll tak tengok bawah kopiah tu. Berat sangat tangan nak angkat kopiah tu naper cikanie oiiii?
Situ dia duduk. Dahhhhh...rasa memang nak lempang muka sendiri jer masa tu, siyesss.. Kopiah tu jatuh tutup kunci. Tangan  plak boleh beratttt jer nak cari bawah kopiah... :(

Pengajaran untuk diri sendiri
1- Jangan panik
2- Cari dengan rilex
3- Coolllll... baru boleh kita pikir dengan waras kan?

Sekian Wassalam

Love
Cikanie