Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, November 10, 2016

Susu Murah

Assalamualaikum..

Trending sekarang kat FB minyak masak naik ..gas naik, bil spital kena bayar ..Trump naik.. Apa lagi yang naik.. semuanya naikkkkk jer. Opsss lupa, yuran sekolah agama tahun depan naik...transport naik...transit naik.. Tahun ni bayar 270/mth, tahun depan 350/mth... fensangggggg... Lelahnya cari rezeki zaman sekarang. Belum habis bulan,  duit dah bercabang terbang sana sini. Dapat tengok duit pun hujung hujung angka jer la.  Sedih kan. Rata rata semua orang mengeluh pasal ni. Unless orang yang kaya raya ada bisness sendiri ..mungkin takder effect la. Bagi golongan macam aku, kerja makan gaji ni umpama kais pagi makan untuk petang kais petang makan untuk besok. Gitu la metaforanya. Sebab tu dalam quran pun ada sebut, nak kaya berniagalah keran 9 per 10 rezeki tu datang dari berniaga. Taknak kaya, makan gajila sampai pencen. Huhu. Jeles jugak tengok Kak Di (GreenArd), Kak Pilla, Kak Elly, Peej (FAME), Sepet (Seqy Beauty) Kak Migha pulak dengan Niqab Qibtiyyahnya.., Kagum..kagum. Semua ni aku follow dari zaman depa Zero lagi. Nowdays depa semua tu Zero to Hero. Bangga betul dengan diorang, tabik, memang berani.


Ok la..stop citer pasal duit ni, nak citer pasal susu murah. Ohh lupa plak susu pun naik tau. S26 rumusan bayi yang dabel pek tu dari Rm84++ dah jadi RM88++ tau. Nangis la kalo sebulan 3 kotak yang dabel tu harraz minum. RM88 X 3 = RM 264. Tapi demi anak , tutup sebelah mata jer la.


Google punya google..jumpa la sorang hamba Allah yang jual susu dengan harga yang agak murah sket. Beza dengan pasaran dalam RM 12 . Okey lan kan,,save banyak dah tu kalu 12X 3 dah berapa aku dapat save. Alhamdulillah.

Sekarang bab bab susu ni aku dah tak risau lagi. setiap bulan beli yang jumbo jer. Tahan la dekat dekat sebulan juga. Sapa sape nak susu murah boleh PM kita. :)

Sekian Wassalam
Love,
Cikanie


No comments: