Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, November 24, 2016

Fakta Anak No-2

Assalamualaikum

Nak tunggu rehat lama sangat . Dah macam macam lagu dah perut aku ni nyanyi. Lapar giler weyy. Belek belek phone terjumpa gambar Laksamana Tengah yang sedikit over. Aku rasa satu lagi fakta pasal anak tengah ni suka menyakat.

Duit belanja sekolah kebangsaan kita bagi untuk makan benda lain yang dia beli. Kalo kat Sek7 tengah trending sekarang binatang yang macam macam. Ada yang buat dari getah, dari plastik. Yang getah tu tahannya. Siap pakej dengan lembik lembik gitu..eeeeeeeeeee geli pun ada. Singgit satu woii. Tanpa rasa bersalah jer dia beli , balik rumah usik ibu . Geliiiiii.

Aku rasa cikgu pun dah penat  nak sekat penjual depan sekolah ni. Jual ntah apa apa. Macam macam. Ayam yang cucuk singgit tu takyah kira la. Dah menjadi makanan yang wajib dibeli setiap petang dah. Dah berbuih mulut cakap. Tetap diorang beli. Pernah sekali aku tengok Si Abang beli meggi . Meggi bodo yang celop air panas tu jer. Senggit secawan. Dalam cawan putih tu jer dia taruk. Senangnya depa tarik perhatian budak budak sekolah kan. Megi ni sah sah la budak suka. Aku memang jarang beli stok meggi simpan rumah. Ada pun 3-4 bulan sekali. Mula mula tu sorok simpan. Lama lama dia tau jugak. Terus malas nak beli. Semua takyah makan. Tapi balik rumah tuk nenek dia tersengih meggi depan mata. :)


Apa korang rasa dok tengah syok layan Lara Aisyah terjun binatang macam ni atas riba korang? Camne rasa agaknya yer tgk binatang lembik lembik gini. Eeeeeeeee...Hari tu ulat sutera tu...kemain boncitt lagi.

Ni la perangai si tengah yang kadang kadang buat ibu stress. Tapi jangan risau , memang dia pandai settle. Dia datang blakang kita slow slow dia cium kita. Tak ke cair nengoknya dop?..hahaha, sweet talker sangat. Bila duduk sorang sorang teringat gelagat dia. Rindu plak. Tapi kalo ada depan mata, geram tau. Rasa nak cubit cubit isi lembut kat celah paha tu.

Ok la, nakgi surau jap. Sket lagi ada Safety Audit. Dah lupa dah skill nak mengaudit ni.. :) lama sangat tinggal.

Sekian wassalam

Love,
Cikanie

No comments: