Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, October 18, 2016

Solid Food My Bambam

Assalamualaikum

Sejak ada anak kecik seronok jer update blog, hahaha.. Nampak gaya setahun sekali kena beranak sorang, baru berjalan nuffnang aku kot. 2015 setahun tak blogging, memang tinggal lansung, aku agak la sebab aku stress sangat nakkan baby tapi tak dapat dapat, tu adea tarak datang.. huhu... takderla..gurau jer. Syukur sangat dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah.


Caption paling sesuai-- Kenyang Perut suka hati..:)

Aku start bagi solid food kat Harraz masa dia 7 bulan. Alhamdulilah..responnya sangat baik..haha. Mangkuk pun dia nak makan. Semalam bagi 2 bekas bubur nasi. Habis Mama dia cakap. Balik rumah pukul 8-30 tido..Pukul 5 bangun menyusu. Kenyang sangat gamaknya.


Semalam buat Bubur Nasi Hentam Saja.. Semua aku masuk, bilis, kentang, karot, bayam, ayam sket. Pastu aku campur nestum susu sket. Rasa dia creamy la sket. Sedap la. Lepas tu dia berak taik keras. Tak ok ke erk?. Risau jugak.. Ke sebab keras sangat. Rasanya dah lembut tu. Mungkin perut dia tak boleh teima sepenuhnya. Biasanya solid food 8 bulan ke atas kan?. Dia plak hujung bulan ni baru masuk 8 bulan. tapi rasanya dah boleh kot.


Sikit lagi Abang tak larat la nak dukung dia. Sekarang ni pun, kalo letak atas riba dia jer cepat cepat suruh angkat balik. Berat katanya. Si Angah lagi la. Langsung takleh nak riba. Katanya adik kuat sangat. Haha..bukan adik yang kuat, Angah tu yang kurus kering. Nasik tak nak makan. Coki coki jer ko makan ngah. Tak sampai seminit dah taknak riba.

Kat surau tadi dengar khabar kawan aku dapat baby setelah 15 thn kahwin.. Alhamdulillah. Hepy sangat dengar. Semoga kita sentiasa ikhlas dengan amanah yang Allah Taala kurniakan ni. Amin

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: