Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, October 7, 2016

Resepi | Udang Masak Lemak

Assalamualaikum..

Udang masak lemak ni kalo versi kelantan kita panggil gulai kuning udang. Ladi "in" kalo campur kacang panjang sekali. Sedap.. Sedikit berbeza dengan cara sini sebab aku taruk rempah ketumbar.
Kita pegi resepi terus la senang. Biasanya kalo kita tengok resepi..maksud aku kalu kita goggle resepi kat internet mesti kita go thru pada bahan bahan dan cara nak buat kan. Takder masa dah nak baca tulisan panjang panjang sini ni..hehe.


Bahan Bahan :

Udang 1/2 Kilo
Kelapa 1/2 biji
Kacang panjang 2-3 urat
Bawang merah 5-6 biji (kalu kecik) Besar dalam 2-3
Kunyit sebesar jari
Lengkuas 2-3 hiris
Bawang putih sulas
Cili padi 2-3 biji @ cili kering 2-3 bijik
Ketumbar satu sudu teh
Garam
Asam keping

Cara-Cara :
Bawang, kunyit , lengkuas, cili, ketumbar di blend halus. Blend la senang. Kalu tumbuk lambat hancur. Ketumbar tu elok tumbuk dulu, baru masuk blender ..blend sampai hancur.

Masuk dalam santan... masuk udang...asam keping, agak agak udang dah merah masukan kecang tadi. Kacang tu potong la pendek pendek. Agak agak muat tekak nak masuk..haha.

Dah masuk kacang tu stanby garam..rasa... siap.
Jangan lama lama ..hilang manis udang tu.
Selamat mencuba

Sekian Wassalam

Love
Cikanie

No comments: