Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, October 11, 2016

Resepi | Telor Dadar Bersayur

Assalamualaikum..

Resepi paling malas, paling senang paling mudah. Hehe.. ekceli dah bertahun aku stop makan telor dadar. Sebab musababnya bukan aku banyak duit, bukan .. tapi sebab aku muak. Dulu zaman bujang boleh kata hari hari makan telor dadar. Maklumla malas berganda ganda time bujang bujang dulu..tido lagi best. Sejak kawin boleh kira dengan jari la aku makan telor. Tu pun cuit cuit gitu jer. Goreng untuk anak,,cubit la semulut dua. Tapi sejak aku taruk sayur ni aku boleh makan dengan berselera sekali. Tak rasa muak dah..hilang semua rasa loya tu.


Mula tu mak aku goreng taruk daun kelo atau pucuk kelo..better pucuk la. Aku try makan..eh sedap plak. Balik sini cari pucuk kelo takder. Aku try masuk sayur bayam..eh sedap jugak pakai bayam pun.. Anak anak yang tak makan bayam pun otomatik makan bila aku taruk dalam telor.. hahaha..ini sudah bagus.

Bahan Bahan :
Telor 2 bijik
Pucuk Kelo segengam
Bawang
Cili
Garam
Aji
Cuka makan sket

Cara-Caranya:
Bawang ngan cili tu hiris halus
Masukkan telor
Taruk Garam aji...masuk cuka sket. Cuka ni fungsi dia untuk kasi telor tu rangup. Tepi tepi telor tu kan nampak macam crunchy... tu la kekdahnya.
Pukul laju laju..haha
Pastu baru masuk pucuk kelo tadi
Goreng masa minyak tengah panas


Masak...
Sedap tau. Kalo susah sangat nak cari pucuk kelo boleh usha usha aci sebelah rumah koraang. Biasanya orang india suka kelo ni. Mesti ada. Mintak pucuk dia sket. Macam aku.. hahaha. Ambik tepi jalan.

Sekian wassalam

Love
Cikanie

No comments: